Catatan

Eid Adha dan pengorbanan - dengan RM1.00 anda mampu berkorban!

Imej
Aidil Adha muncul semula mengikut aturan giliran yang telah ditetapkan olehNya. Aturan ini tidak pernah berlomba-lomba untuk mendahului antara satu dengan yang lain. Tidak pernah berlaku Eid Fitri didahului oleh Eid Adha sebagaimana siang dan malam yang silih berganti tanpa ada yang tiba-tiba malam mahu terus menutup siang ketika jam pukul 12 tengahari atau tiba-tiba jam 1 pagi di Malaysia mentari terus muncul kerana ingin berlumba dengan malam... Aturan dan perjalanan alam, hari dan waktu yang berlaku mengikut urutan ini adalah merupakan sunnatullah yang amat sempurna. Dan 10 zulhijjah 1433 ditetapkan pada Jumaat 25 oktober 2012. Hari raya eid adha atau dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai hari raya korban - mungkin kerana ibadah korban yang berlaku atau kerana mengenang peristiwa korban Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail, adalah sambutan yang kurang meriah disambut khususnya bagi umat Islam di selatan semenanjung. Dirawikan bahawa sambutan eid adha di kawasan utara d...

Pertukaran dalaman dan keributan....

Imej
Pertemuan bersama yang berbahagia dan semua ahli pejabat pentadbiran pagi itu seolah telah diramal akan sebabnya. Masing-masing sudah dapat meneka apa yang bakal terkeluar dari lidah para pentadbir tertinggi.... Dan apabila perjumpaan bermula, maka benarlah apa yang telah tertelek di dalam pemikiran. Percaturan untuk penstrukturan semula organisai pentadbiran. Daripada raut wajah dan ruang bersuara yang diberikan, kesemua ahli sebulat suara menerima cadangan para pentadbir tanpa sebarang bantahan. Walaupun keputusan tersebut mengakibatkan pertukaran tempat dan bilik beberapa orang di dalam jabatan, ianya kelihatan baik dan tenang sahaja. Sebaik sahaja selesai jamuan, gerak kerja perpindahan telah dimulakan dan menjelang zuhur, ada staf yang sudah selesa berada di lokasi baru.... Mungkin ada yang kurang senang dengan keputusan ini khususnya yang tiada di pejabat semasa keputusan dibuat dan membabitkan pula bidang tugas dan lokasi bertugas. Tetapi untuk apa?  Bukankah hijrah ...

Majlis anugerah

Imej
Petang yang bersejarah sekitar jam 2.30 petang di dewan besar lama telah berlangsung majlis penganugerahan untuk pelajar yang telah berjaya meraih pencapaian melebihi paras kiraan cemerlang. Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan golongan ini dengan harapan agar ianya dapat menjadi pemangkin kepada golongan yang telah mencapai status cemerlang ini agar dapat mengekalkan status kehebatan mereka ini sepanjang peperiksaan yang bakal ditempuh tatkala berada di kampus permai ini. Acara bermula sekitar jam 3.00 petang meskipun pada asalnya dijangka akan bermula sekitar jam 2.30 petang. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pihak yang diraikan agar dapat hadir dalam majlis tersebut. Pendaftaran pelajar bermula seawal jam 2.00 petang dalam keadaan petugas pendaftaran masih belum memperlihatkan batang tubuh mereka lagi. Terpaksa penulis memulakan proses.. Acara di dalam dewan juga ditunda beberapa minit kerana PP1 terpaksa pulang ke pejabat bagi mengambil buku daftar yang tertingg...

Kita berarak lagi

Imej
Malam 20 Oktober 2012 sekali lagi warga organisasi ini turun beramai-ramai ke bandar penggaram untuk melakukan perarakan raksaksa. Bukan perarakan untuk bantahan..jauh sekali perhimpunan haram...tetapi perarakan untuk menyedarkan warga Penggaram akan kedatangan sambutan gilang gemilang yang diraikan saban tahun di organisasi bakal menjelang tiba tidak beberapa hari lagi. Meskipun perjalanan dari kediaman menuju ke lokasi disulami dengan pelangi, hujan dan sekali-sekala kilauan kilat, namun penulis tekadkan keazaman menuju ke lokasi. Sebagaimana tahun lepas, pesta perarakan ini diadakan semasa kemunculan musim tengkujuh. Walaupun kali ini hujan yang turun di sepanjang jalanan tidak selebat hujan tahun sebelumnya, namun ia belum bererti kawasan perarakan tidak dilimpahi air hujan... Penulis tiba di bulatan simpang rantai selepas maghrib berlabuh. Namun di kawasan tersebut kenderaan mula sesak. Simpang ke pukul 9 seperti terempang dengan sesuatu. Hujan turun renyai. Tatkala berjay...

Kelas enam dan tujuh

Imej
Kelas ke enam hari ini ialah ceramah perdana berkaitan tajuk sukarelawan. Al fadhil Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, aktivis yang terlibat dengan peristiwa mavin marmara dipersilakan hadir untuk bercakap mengenai topik besar ini. Kehadiran 12 seksyen adalah amat memberangsangkan. Tidak dapat ditangkap niat setiap hadirin adakah kerna terpaksa ataukah memang rela ...hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui. Bagi kami, ini adalah jalan yang cuba dibukakan pintunya agar pelajar-pelajar ini mahu mengambil sesuatu darinya. Bila berakhir ada pelajar yang memaklumkan bahawa mereka telah membeli tiket untuk pulang ke kampung bagi meraikan eid adha pada petang rabu hadapan. Maka perlu ada kelas ganti? Wah...nampaknya mereka pandai bercerita pada waktu yang agak terdesak ini. Kenapa tidak dijadikan isu dalam FB? Maka mahu atau tidak senang atau tidak..perlulah kepada kelas ganti. Maka dipersetujui dengan gerak hati yang agak keberatan bahawa kelas ganti adalah pada waktu biasa pad...

Penghulu : Pengalaman emas dalam kehidupan singkat

Imej
Penulis menjawat jawatan selaku penghulu mukim tidak begitu lama. Tidak sampai pun tempoh setahun. Betullah seperti ramalan nakal penghulu mukim 8..penghulu pertama yang bertugas dalam satu mukim dengan penulis. Beliau meramalkan bahawa penulis tidak akan lama bertugas selaku penghulu. Tatkala ia melafazkan perkataan berbau sumpahan itu, penulis hanya tersenyum di dalam hati. Tidak terlintas pula dalam fikiran penulis untuk meninggalkan jawatan tetap seperti ini. Ya ..mungkin kebanyakan di antara kita gagal untuk mentafsir tugas sebagai seorang penghulu. Kebanyakan di antara kita beranggapan bahawa Penghulu itu adalah ketua kampung manakala ketua kampung itu adalah penghulu. Tafsiran tersebut adalah terlalu sempit dan salah sama sekali!! Ketua kampung atau istilah di negeri Darul Ta'zim ini dikenali sebagai Pak Naib...yang sebenarnya bermakna Naib Penghulu, merupakan manusia yang dilantik oleh Pejabat Daerah dengan sokongan dan dokongan ADUN untuk mengetuai beberapa buah kampun...

kedai makan orang kita

Imej
Penulis sememangnya kerap makan di kedai-kedai makan sama ada sarapan pagi ataupun makan malam dek kerana masa untuk memasak adalah terhad. Oleh yang demikian, penulis kerap menemui pelbagai karenah pelayan yang berada di kedai-kedai makan ini. Kita mungkin acapkali dipertemukan dengan pelayan yang melayan kita secara biasa ..  iaitu yang sabar menunggu kita membuat pesanan. Kadang-kadang kita mengambil masa yang agak lama untuk membuat pesanan hingga menyebabkan pelayan terpaksa menunggu agak lama untuk kita membuat keputusan. Ada juga pelayan yang kita lihat agak kurang sabar apabila menunggu kita membuat pesanan. Ianya merupakan fenomena yang biasa kita temui. Kita boleh membaca dari gerak isyarat tubuh badannya yang kelihatan sedikit resah .. Tetapi yang paling melukakan ialah apabila kita duduk di bangku dan meja yang disediakan, kita diperlakukan seolah-olah tidak wujud di tempat tersebut hingga memakan masa lebih dari lima minit barulah muncul seseorang dengan soalan...