Catatan

Selangor - lawatan singkat warga selatan

Imej
Jumaat sekitar jam 8.30 pagi penulis bergerak ke kota Selangor untuk menghadiri majlis walimah sepupu. Penulis berhenti rehat di kawasan rehat pagoh. Menikmati secawan milo panas. Keadaan di kawasan ini agak padat. Rata-rata warga asing negara jiran memenuhi ruang. Pandangan ini bersandarkan kepada nombor pendaftaran kereta. Kami tiba di halaman rumah abang ipar penulis sekitar jam 11.30 pagi. Setelah tidur sebentar, penulis bersiap untuk menghadiri solat Jumaat. Selepas melihat-lihat GPS di telefon pintar, maka diputuskan ke masjid kajang. Tanpa merujuk kepada kakak ipar, penulis terus bergerak masjid yang terletak 7km dari kediaman. Masjid tersebut agak besar juga ruangnya walaupun bangunannya tidak kelihatan baru. Selesai tahiyyatul masjid, tazkirah Jumaat bermula dengan seorang lelaki muda berjubah hitam. Intisari tazkirah berkisar dari pengalaman dari seorang kristian kepada seorang muslim. Azan Jumaat dialunkan persis azan di kota Makkah. Ah betapa hati ini bagai digaru d...

Amal Maaruf Nahi Mungkar ... semakin dilupakan?

Imej
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Al Imraan : 110) Apabila kita berjalan di kota ...maka terlihat oleh kita sepasang merpati (kekasih) sedang berpegang tangan dan bermanja. Apa tindakan kita..? "Boleh jadi dia dah bernikah ... biarlah.." "Aku ni pun bukan baik bebeno..." "Rasa macam nak tegur .. tapi kena belasah pulak .." "Geram tul aku  nengoknya ..." "Benci betul..." "Ehem...Asalamualaikum...saudara-saudari ni suami isteri ke atau adik beradik? Jik...

Bila nak mula dakwah?

Imej
"Bila nak start berdakwah?" Soalan seumpama ini jarang kedengaran di mana-mana bahagian atau kawasan kedai kopi apalagi majlis mesyuarat tertinggi parti... "Nak dakwah kena masuk badan dakwah..." "Nak berdakwah? Tu kerja para ustaz dan ustazah..." "Nak dakwah? Belajar agama tak sampai ke mana...sibuk nak ambil alih tugas orang..." Kebanyakan dari kita agak terasing dan merasa berat untuk kerja dakwah. Bagi kita, dakwah hanya tugas golongan yang tertentu sahaja. Bukan tugas semua insan bergelar muslim. So, macammana pula dengan hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, sampaikan dariku walau satu ayat ... Jadi ianya adalah satu suruhan Rasulullah SAW yang mematahkan hujah pemalas yang mengatakan, ilmu masih belum cukup....tak berapa pandai nak cakap dan sebagainya kerana Nabi SAW memerintahkan untuk menyebar luaskan ilmu walaupun hanya sepatah.... DEFINISI DAKWAH Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan i...

Ini majlis rasmi kita

Seorang rakan penulis berkesempatan menghadiri majlis pelancaran bertaraf kebangsaan di ibu kota pemerintah tengahari yang agak mendung tetapi terik dan hangat. "Apa yang menjengkelkan aku kenapa mesti ada acara tarian dua pasangan ? Meskipun mereka berpakaian tradisional tetapi penari perempuan tidak berhijab...." "Yang lebih menarik ialah sebaik sahaja acara tarian pembukaan berakhir, bacaan doa pun dipanjatkan seolah-olah tidak berlaku sebarang kefasadan sebentar tadi. Betullah sabdaan Rasulullah SAW akhir zaman semakin ramai penari / penyanyi akan muncul..." Teringin rasanya hendak melihat pembukaan majlis rasmi dimulakan dengan bacaan beberapa potong ayat-ayat suci Al Quran beserta terjemahan.. "Tapi ada yang kurang senang..." "Kalau begitu apa bezanya dengan musyrikin Makkah yang menghalang bacaan Al Quran..?"

Remaja kita cenderung bercumbu dan berpeleseran....

Imej
Remaja melayu-Islam kita semakin hari semakin gemar dan cenderung untuk berpeleseran, bergaul bebas antara berlainan jantina serta bercumbuan. Mengenai hiburan usah ceritala. Sejak sebelum zaman Pak Maon lagi remaja kita cenderung ke arahnya.... Mungkin ia dianggap biasa di akhir zaman... Tetapi kadang-kadang kita merasa agak pelik. Kemana perginya fungsi NGO dan parti politik untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah dengan melancarkan kelab rempit mampu menamatkan masalah rempit dan lain-lain yang berkaitan seperti bohjan dan sebagainya? Adakah dengan mengadakan pesta-pestaan seperti pertandingan menari, menyanyi dan sebagainya mampu menutup masalah hendonisme yang semakin meruncing? Ataukah ianya hanya menambahkan lagi bilangan remaja couple? Kemana pula fungsi NGO dan parti politik atas nama agama? Hingga ke saat ini kecenderungan kumpulan ini ialah kepada remaja yang bermasalah dan remaja yang sudah ada kesedaran beragama. Tanpa menafikan kepentingan untuk kedua-dua kump...

Hijau....bahaya...

"Wah pakai baju hijau hari ni?" Itu satu pertanyaan yang bernada sinis. Di barat mungkin mereka terkena penyakit Islamiphobia - takut pada Islam - atau senghaja ditakut-takutkan kunun agar manusia menjauhi Islam... Tetapi di tanah air, ada penyakit lain yang lebih menakutkan sebahagian besar pendukung parti merah. Penyakit green phobia. Sangat berpantang dengan segala yang berwarna hijau. Kunun cuba merujuk kepada gerakan pembangkang. Maka segala bangunan ditukar jika asalnya berwarna hijau diubah kepada warna lain. Dalam satu program, "Ustaz suka warna apa ustaz?" "Hijau...." "Ustaz biar betul ustaz...." fasi cuba provok ahar peserta melatah. "Puan....dalam al quran dinyatakan di syurga segalanya berwarna hijau. Kalau kita tak suka warna hijau maknanya kita esok tak suka masuk syurga..." Hijau warna syurga. Usahlah dipolitikkan pula...

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Taaruf Kem Komandan Istilah kem komandan biasanya akan digunapakai dalam aktiviti kem bagi program-program kursus mahupun program latihan seperti jatidiri, kem kepimpinan dan sebagainya. Kem komandan biasanya dikaitkan sebagai individu yang paling berkuasa dalam melaksanakan dan mengatur disiplin peserta, peraturan program, keselamatan perjalanan aktiviti secara keseluruhannya. Watak-watak 1. Watak kem komandan Sungkai Tatkala penulis menyertai kursus di Sungkai Perak. Kem komandan muncul buat pertama kalinya semasa menyambut kedatangan kami. Memberikan arahan untuk ke penempatan. Kemudian taklimat ringkas di dewan. Sangat menjaga disiplin dan masa. Kami pernah didenda dan dihamun tatkala perhimpunan selepas makan tengahari hanya semata-mata kerana meja makan yang tidak bersih. Akibatnya kami didenda berlari mengelilingi padang. Setiap kali sebelum masuk ke dewan untuk aktiviti, kami akan berkumpul di padang 'huru-hara' untuk memeriksa kehadiran mengikut masa, bar...