Catatan

Kalau ribut solar melanda....

Imej
Petang semalam tatkala bersantai di hadapan peti televisyen sambil menonton siaran astro, dokumentari menceritakan mengenai ribut solar yang agak besar dijangka melanda sekitar tahun 2013 dan 2014. Ribut solar ini jika berlaku boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik dan ianya mengambil masa sedekad untuk dibaik pulih!! Apabila perkara ini benar2 terjadi, kesemua peralatan termasuk telefon bimbit dan sebagainya tidak boleh digunakan lagi. Tengahari ini penulis berada di Pejabat Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenslan baru setelah ditegur kerani di pejabat tanah mengenai salinan kad pengenalan yang tidak memperlihatkan lagi wajah penulis dengan jelas. Tatkala tiba, pelanggan kelihatan ramai. Mengambil nombor di kaunter mendapat no. Pendaftaran7197 dan nombor sekarang ialah 7158. Kelihatan hanya ada dua kaunter sahaja yang melayani nombor ini dan sebenarnya hanya satu sahaja yang berfungsi.  Sesuatu yang lebih menjengkelkan ialah penghawa dingin pejabat tidak...

SABAK MUNI - Bila Burung Sabak Berbunyi

Imej
Burung Sabak - dinamakan juga sebagai burung hantu atau burung pungguk dan perkataan muni pula bermaksud berbunyi mengikut istilah di kalangan orang jawa. Begitulah yang tertulis pada kenyataan di dinding bangunan baru sekolah kebangsaan Seri Sabak Uni, sekolah yang menjadi medan seterusnya untuk tahun 2013. Program bermula selepas solat Jumaat dalam keadaan penulis agak terlewat. Awal pagi berada di halaman pejabat Tanah Daerah Kluang. Menjelang zawaal memecut menuju ke pejabat sebentar. Solat Jumaat di Jamek Menara Nan Sebatang dan akhirnya menuju ke lokasi .. Tatkala tiba, pelajar sudahpun berkumpul di kawasan yang ditetapkan oleh guru mereka. Beberapa minit kemudian, peserta masuk ke dewan yang merupakan kelas-kelas yang dibuka dijadikan dewan sementara dengan lantai yang ditutupi oleh tikar yang baru sahaja dibeli oleh guru yang bertanggungjawab. Menjenguk juga ke penginapan sementara yang disediakan yang merupakan bilik pra sekolah mempunyai dua bilik mandi kurang selesa de...

KERNA Sekeping Tanah Kurnia

Sekitar jam 7.30 pagi tatkala penulis tiba di ruang legar pejabat tanah, kelihatan manusia yang beratur sudah sedia panjang. Sebenarnya telah dijangkakan akan keadaan luar biasa ini. Namun dek kerana urusan lain yang perlu dibereskan, jam 7.30 pagi dilihat sebagai waktu yang paling ideal untuk bersama merasai jerit perih rakyat yang ingin memiliki sekeping geran tanah kurnia. Sebagaimana lazimnya setiap kali menjelang pilihanraya umum, maka pada saat itu pejabat tanah daerah akan mengumumkan pembukaan permohonan tanah kurnia. Dan meskipun terpaksa beratur panjang untuk mengambil borang dan seterusnya menghantar borang, orang ramai kelihatan setia menunggu giliran. Sudah dua jam menunggu namun masih belum tiba di kaunter. Dari suara yang kedengaran ada yang sanggup berkampung sejak awal subuh lagi... Begitulah sikap kita terhadap sedikit anugerah duniawi. Sanggup mengharungi segalanya. Meskipun belum pasti boleh dapat, tetapi usaha dibuat semahunya. Berbeza dengan tawaran pahala...

Rajuk tak sudah - fenomena apa?

Imej
Sekarang ini semakin ramai yang bakal merajuk ( menunjukkan rasa tidak senang (dng mendiamkan, tidak mau bergaul) kerana mungkin tidak terpilih sebagai salah seorang calon pilihanraya. Tapi ada juga yang merajuk kerana ideanya ditolak mentah-mentah ataupun separuh masak. Dalam satu pasukan, sememangnya wujud pelbagai ragam dan karenah. Walau dalam pasukan atau gerakan apa pun, sama ada gerakan dakwah, gerakan politik, belia bahkan dalam pasukan kerja sekalipun. Maka apabila idea yang dilontarkan tidak mahu diterima pakai, maka ada kemungkinan sang pemberi idea akan merasa jauh hati dan merajuk. Ada kalanya, idea yang dilontarkan sering dikritik, ataupun terlalu banyak campur tangan asing yang dibuat pada idea yang telah dikemukakan. Maka rajuk akan datang.  Ada juga segelintir manusia yang merajuk apabila ditegur. Kalaupun sebenarnya yang menegur itu hanya sekadar hendak memberikan sedikit pandangan. Rupa-rupanya segala yang dilakukan pantang dikritik. Maka ia akan merajuk ...

Kem komandan : sebuah pengalaman terkini

Imej
Minggu pertama dalam bulan April, sebagaimana yang telah dijanjikan agak lama, kami bergerak menunaikan permintaan beberapa keluarga di Paloh, bandar terpencil dalam daerah Kluang yang dikelilingi oleh pepohon kurma Malaysia (kelapa sawit) yang menghijau. Beberapa minggu sebelum itu kami telahpun hadir ke bangunan sekolah tersebut untuk berbincang dan membuat sedikit tinjauan .. Walaupun selepas daripada detik tinjauan itu berlaku beberapa perkara yang seolah-olah membolehkan program ini terbatal, tetapi dengan kehendak Allah jua yang mengatasi segala kehendak makhluk lain yang bersifat fana', program ini dapat berjalan jua .. Penulis tiba di lokasi program sejurus sebelum masuk waktu Jumaat. Kami kemudian bersama ke masjid berhampiran. Khatib yang menyampaikan khutbah adalah yang terbaik setakat ini jika hendak dibandingkan dengan masjid-masjid lain dalam negeri gapura selatan yang pernah dihadiri oleh penulis. Buat pertama kalinya juga penulis tidak tertidur kerna tertarik ...

Ada yang pelik di situ

Seusai solat Maghrib penulis bergegas ke sebuah restoran yang agak tersohor di Malaysia. Berkebetulan bonda dan isteri telahpun membuat pesanan. Beberapa minit kemudian, pesanan pun tiba. "Nape air nih rasa cam kopi..?" Pelayan di panggil. Kemudian dia datang sambil menunjukkan di menu.. "Tadi order yang ni kan..white choclate..?" Selepas isteri meminum sedikirt ternyata ianya berperisa nescafe.. "Kalau nak tipu pun agak-agak le.." rungutnya. Setelah dipanggil pelayan kedua maka terbukti air yang disajikan sememangnya tersalah ataupun senghaja berlaku kesalahan. Maka ianya diganti. Kemudian muncul masalah lain. Menu yang dipesan tidak kunjung tiba. Kemudian bila ditanya rupanya belum dibuat lagi? Sebuah restoran dan tersohor. Tetapi gagal mempamerkan perilaku layanan yang terbaik untuk pelanggan. Pengurus juga buat-buat tidak tahu. Harga boleh tahan melantun....

Peluklah lagi....

Imej
Dengan penuh perasaan bangga, salah seorang artis pujaan rakyat Malaysia memberikan kenyataan bahawa dia sememangnya senghaja membuat acara pelukan terhadap rakan-rakan artis lelaki lain selaku seorang sahabat. Rupa-rupanya bila kita merangkul atau memeluk lelaki yang bukan ajnabi dengan memasang niat sebagai seorang sahabat maka ianya diharuskan? Mungkin ini fatwa yang diambil dari mahaguru mereka di belahan barat bumi ... Oleh kerana artis kini menjadi ikon golongan remaja, maka kenyataan yang dibuat adalah amat menyedihkan para pencinta Islam. Kenapa mereka hanya mahu berkiblatkan barat dalam segala aspek kehidupan mereka dan kemudian akan ditiru dan dianggap sebagai tatalaku yang sebenar. Maka tidak hairanlah nanti apabila para pemuja mereka mampu berpelukan di khalayak ramai dengan rakan atau sahabat bukan ajnabi sekalipun dengan alasan 'sahabat'.. Kenapa pula golongan pemuja artis masih mahu menjadikan mereka ini selaku role model dan masih enggan untu...