Catatan

Apakah ini dianggap syiah juge?

Imej
Hadis ini dipetik daripada kitab terjemahan sheikh zamihan mat zin al ghari...adakah dengan hadis ini kita akan menuduh penulisnya, Al Alamah Dr Hassan Ali Al Saqqaf Al Qurasyi Al Hasyimi sebagai syiah?

Hari raya masa dahulu part II

Imej
Apabila ditanyakan kepada bonda penulis bagaimana orang pada zamannya dahulu meraikan hari raya, jawapannya mungkin agak berbeza. Duit raya sudah disediakan kepada para tetamu cilik tetapi dengan amaun kecil sekitar 10 hingga 20 sen. Ya...penulis juga melalui saat indah itu. Duit hari raya adalah dalam bentuk syiling. Amat jarang dapat satu ringgit. Rumah yang mampu memberikan duit raya sebanyak 50 sen pun sudah dianggap rumah orang berada dan selalunya akan menjadi target untuk dimasuki oleh geng penjelajah ziarah hari raya. Amalan ziarah hari raya dalam dunia kanak-kanak penulis bermula tatkala berada dalam darjah 2 hingga darjah 5 ketika tinggal di kuarters kem lok kawi kota kinabalu. Kami bergerak dalam satu kumpulan menjelajah setiap rumah di setiap blok. Collection biasa di setiap rumah ialah 10 dan 20 sen.    Tetapi biasanya pergerakan kami paling lama hanya sampai ke hari kedua syawal sahaja. Menurut cerita orang sebelah yang setia pula, mereka berhari raya sehingga m...

Pelaksanaan Islam secara syumul di institusi pengajian tinggi

Imej
Dalam siri ziarah hari raya ada cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Ada kedapatan sebuah institusi pengajian tinggi swasta milik sebuah kerajaan negeri yang berlainan daripada kerajaan persekutuan yang amat menitik beratkan soal penguatkuasaan syariah di kalangan pelajar mereka. Warden asrama sanggup membuat sport check di asrama bagi mengelakkan berlakunya kejadian sumbang..pergaulan lelaki dan wanita sudah pastinya dilarang keras.  Di dalah sebuah institusi pengajian tinggi awam beberapa puluh tahun dahulu kawasan pelajar perempuan diletakkan dalam pagar. Selepas jam 10.00 malam tiada lagi aktiviti di luar. Couple dilarang  sama sekali. Makanya MPP yang terlantik tidak perlu menjadi musuh utama kepada pelajar bahkan kadang-kadang dengan pihak HEP apabila mereka kelihatan mesra syariah dan anti sosial.. Salah seorang VC di salam sebuah IPTA beberapa tahun dahulu juga begitu ketat mengawal pergerakan pelajar wanita mereka hingga dilarang pelajar daripada naik ke pentas...

Hari raya dahulu....

Imej
Sempat bertemu bual dengan bapa mertua perihal bagaimana orang dahulu berhari raya tatkala membuat kunjungan syawal ... "Dahulu orang ramai akan membuat kenduri di masjid pada malam hari raya. Kemudian, pada pagi 1 syawal selepas solat, mereka akan saling ziarah menziarahi di seluruh kampung. Acara ini akan berlangsung sepanjang siang sahaja. Malam tiada acara ziarah yang dibuat" "Duit raya zaman tu (tahun 60an) tiada sebarang duit raya yang diberi kepada anak-anak kecil..." "Zaman tu mercun memang meriah. Meriam buluh dan sebagainya. Tapi tak ada pula kedengaran yang cedera dek kerana letupan mercun..." Maklumat yang agak simple. Nanti akan ditemuramah lagi.... Persoalan yang timbul di sini ialah, bilakah bermulanya acara pemberian duit raya kepada anak-anak sehingga ada yang sanggup melilau ke serata kampung hatta hingga masuk syawal ke 9 pun masih ada yang bertemu tangga untuk berhari raya, alasannya,tapi sebenarnya untuk mengutip collection...

Filem dari negara syiah masih berleluasa di kaca tv

Imej
Apabila diisytiharkan bahawa syiah adalah musuh islam dan wajib diperangi , oleh sheikh yusof al qardhawi, maka secara tidak langsung kesemua negara sunni WAJIB memutuskan hubungan dengan negara syiah sebagaimana mereka memutuskan hubungan dengan negara haram zionis di bumi Palestin. Maka segala apa sahaja yang berkaitan dengan mereka baik kurma, minyak wangi, nama jalan bahkan filem sekalipun sepatutnya diharamkan dari berada di negara sunni. Pada malam ini, TV Al Hijrah masih lagi menanyangkan filem dari negara syiah iran. Bukankah filem ini dilakonkan oleh orang yang sesat? Ianya mampu menggugah akidah golongan sunni di bumi melayu ini. Mereka yang wanita berlakon menutup aurat sejak mula ditayangkan hingga akhir filem. Ianya dilakonkan oleh manusia yang sesat!! Bahkan mendapat anugerah pula di peringkat antarabangsa. Filem negara sunni adalah yang terbaik dan mendidik jiwa. Lihat sahaja filem dalam negara kita. Sebagai contoh filem Jalang, filem karipap cinta dan sebagainya, ianya ...

Antara syiah dan freemason

Imej
Dewasa ini pemerintah Malaysia begitu obses memerangi ajaran syiah. Maka dada akhbar begitu galak memaparkan perkataan ulama dan umara yang menghentam ajaran ini sepuas-puasnya. Sepertimana biasa, modus operandi peperangan yang dilancarkan adalah sama : secara offensive tanpa mahubmemberikan ruang atau peluang pihak yang diperangi untuk mengulas di media. Kalau adapun hanyalah petikan frasa kata yang telah diolah dan diubahsuai agar sesuai dengan pendengaran halwa telinga massa. Teringat penulis tatkala pihak pemerintah memerangi gerakan jamaah al arqam tempoh hari. Mereka memulakan sesi itu dengan serangan di media massa dan kemudian disambut dengan baik oleh badan-badan rasmi agama dan seterusnya dirembat masuk ke dalam gawang ISA dengan jayanya oleh pihak berkuasa agama. Akhirnya abuya membuat pengakuan akan kesesatan teorinya dan dipaparkan ke seluruh mayapada . Meskipun ikrarnya di kemudian hari dilihat tidak ditepati sepenuhnya apabila beliau dilihat sekali lagi menggerakkan jama...

Syawal menjengah jua...

Imej
Ya...tiada siapa pun yang mampu menolak kehendakNya. Meskipun semua makhluk bersekutu untuk menidakkan sesuatu perkara, tetapi jika ianya merupakan kehendakNya maka ianya pasti berlaku jua. Begitulah perjalanan bulan dan cakerawala serta masa. Ianya tunduk dan patuh menurut aturanNya.. Ramadhan akhirnya pergi meinggalkan kita. Entahkan kita boleh menemuinya lagi atau tidak...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui... Kehadiran syawal sebagaimana lazimnya disambut dengan laungan takbir hari raya bernada sayu. Meskipun umat ini faham bahawa sambutan hari raya adalah petanda kemenangan umat menahan nafsu selama sebulan penuh, namun kejayaan dan kegembiraan meraikan kemenangan itu jarang diterjemahkan dalam alunan takbir hari raya. Ianya lebih sinonim dengan irama kesedihan dan kesyahduan. Ini kerana bangsa Melayu lebih senang meraikan syawal dengan kehadiran semua anak dan keluarga berkumpul bersama. Jika ada yang tidak dapat hadir di malam hari raya apalagi di pagi syawal, kesay...