Catatan

Hari raya korban: semangat korban yang kian pudar

Imej
Hari ini, sehari selepas kerajaan saudi mengumumkan tarikh wukuf, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira perbezaan mazhab yang semakin memuncak kini, meraikan eid adha, hari yang diasaskan dari semangat pengorbanan suci yang ditunjukkan oleh Ibrahim as dan juga anaknya Ismail as. Daripada semangat pengorbanan dua anak beranak ini, maka Allah swt telah menggantikan Ismail as dengan seekor kibasy. Maka umat islam sehingga ke saat ini masih lagi melaksanakan syariat nabi Allah Ibrahim ini yang juga telah diperintahkan di dalam syariat junjungan besar Muhammad SAW. Umat Islam masih meneruskan amalan korban dengan menyembelih pelbagai binatang ternakan berupa lembu dan kambing atau unta atau kibasy menurut aturan syariat sehingga ke hari ini.  Kita biasa mendengar amalan ini dilaksanakan diserata ceruk negara umat islam. Kita biasa juga mendengar umat islam berkongsi untuk menyembelih seekor lembu dengan harga RM400 ke RM700 untuk satu bahagian. Selari dengan kenaikan har...

Sekali lagi ke masjid India

Ahad sehari sebelum wuquf di arafah, kami sekali lagi bergerak menuju ke masjid india untuk mendapatkan bekalan buat jualan. Kali ini kami bergerak ditemani putera dan puteri-puteri kami berserta bonda penulis. Kami bergerak agak lewat, sekitar jam 10.30 dan berhenti untuknsarapan pagi di hadapan institut pertanian. Kemudian terus memecut tanpa henti menuju destinasi. Singgah di rumah ibu saudara untuk transit bonda dan putera serta puteri kedua. Kami tiba di laluan masuk ke masjid sekitar jam 2 petang. Panas tengahari begitu membahang terik. Setelah mendapat lokasi sesuai selepas terperap dalam jam yang agak pendek, kesemua penumpang diturunkan dan penulis menunggu parkir. Hampir tiga jam menunggu. Akhirnya sejurus sebelum azan asr Allah menganugerahkan jua tempat parkir. Syukur padaMu wahai zat Yang Maha Pemurah. Menunggu parkir sebenarnya merupakan salah tarbiyyah dariNya. Meskipun kadang-kadang panas juga apabila parkir yang dinantikan hampir menjadi kenyataan, tiba-tiba muncul ker...

Bagaimana menjadi baik?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya hendak menjadi seorang yang baik? Apakah kriteria yang menyebabkan seseorang itu dinobatkan sebagai baik? Adakah dikatakan baik itu ialah seseorang yang rajin dan pandai belajar sahaja? Ataukah yang dikatakan baik itu bila menjadi kaya wa raya? Ibn Abbas salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW ada formulanya. Formula ini diterima daripada sebaik-baik manusia yang diketahui oleh semua umat baik di timur mahupun di belahan barat. Manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah junjungan besar Muhammad b Abdullah SAW sendiri... Baginda ada menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa apabila seseorang itu dikehendaki Allah menjadi baik maka dia akan menjadi seorang yang faham akan agamanya... Nah...rupanya apabila seseorang itu faham akan agama, maka dia pasti akan menjadi seorang yang baik. Maka tidaklah menjadi syarat untuk faqih tentang agama itu perlu mendaftar menjadi salah seorang pelajar universiti...

Kadang-kadang menjadi PAR .. kadang-kadang menjadi kerani...kadang-kadang menjadi PP

Imej
Ye..walaupun jawatan penolong pegawai, kelas B, kalau mengikut gelaran dahulu kala, bukanlah terlalu tinggi...sekadar penyelia jika berada di kawasan perindustrian, namun jika dibandingkan di jabatan-jabatan kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah, ianya adalah satu jawatan yang agak berprestij. Ia seringkali juga digelar AO atau Assistant Officer.  Kalau sebelum SSM diperkenalkan, ianya adalah berada dalam gred N6, namun sekarang sudah menjadi gred N27. Gred ini dipakai juga oleh penghulu ... Di pejabat atau organisasi penulis, jawatan ini tidaklah dilihat sebegitu gah seperti yang berlaku dalam iklim di pejabat tanah atau pejabat daerah. Mungkin hal ini adalah disebabkan faktor jumlah penjawat jawatan ini yang agak ramai. Begitu juga jika dinaikkan ke gred 32 sekalipun, kadang-kadang tugas yang dipikulkan atau yang dipertanggungjawabkan menurut yang terkandung dalam senarai berbeza dengan realiti sebenar. Menurut pandangan salah seorang penceramah INTAN, semasa menghad...

Semalam bersama muallim

Satu malam yang mendung, penulis bertugas di kawasan bersama seorang muallim. Muallim yang baru sahaja dikenali. Namun kelihatan mudah mesra. Sambil menunggu kedatangan peserta sekitar jam 11.30 malam. Kami berbual tentang banyak perkara... "Saya terlibat dengan program banyak juga..." Kemudian beliau menghubungi bondanya melalui telefon bimbit. Katanya dia tidak pernah miss untuk membuat panggilan. Anak sulung kepada sebuah keluarga yang berasal dari melaka. Antara perkara menarik yang dibualkan ialah penglibatan beliau dengan program motivasi. Dewasa ini beliau bergerak sendiri dengan cuba membina modul sendiri. Beliau juga pernah menyertai audition imam muda siri III dan juga program terkini berbentuk islami.  Muallim muda ini kelihatan tidak kekok melayan peserta yang muncul ditengah malam. Dalam keadaan gelap,  lilin yang dipadamkan manakala lampu suluh dari peserta dipungut dengan menggantikannya dengan lilin menggunakan tukaran b...

Kelas ketiga

Kelas ketiga berlangsung agak awal. Perbincangan sebagaimana yang telah dinyatakan di awal pertemuan kedua telah disebutkan. Masuk ke kelas, terus bergerak untuk pembahagian topik. Namun sebelum itu, selepas belajar dari kesilapan kelas kedua, dimana perlu diterangkan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan, sedikit maklumat dipaparkan di lcd buat tatapan. Kemudian pembahagian kumpulan. Rupanya lokasi pun masih belum mendapat persetujuan ramai. Maknanya proses kali ini kelihatan sedikit gagal. Dek kerana idea awal telah ditetapkan. Mereka menjadi sedikit kabur dan terbiar. Lebih-lebih lagi apabila diprovok oleh penulis. Mereka rupanya mudah terpengaruh dengan idea lain.  Maka terpecah pandangan mereka menjadi tiga. Satu golongan yang nampak mendominasi memberikan cadangan untuk rekreasi di hutan lipur mahupun kawasan gunung. Sekelompok lagi cuba mencadangkan untuk program anak angkat di mana-mana kawasan perkampungan. Hanya segelintir sahaja yang masih tegas dengan cadangan as...

Kelas kedua

Kelas kedua penulis masih di kelas yang sama dan kondisi yang sama tanpa penghawa dingin. Entahkan rosak atau apa... Kelas dimulakan dengan taaruf ringkas bersama ahli kelas yang baru. Kemudian ialah sesi perbincangan di antara kumpulan yang telah dibentuk.  Pembentangan bermula jam 6 petang dan hanya berakhir sekitar jam 6.45 petang. Hampir kesemua kumpulan mempamerkan persembahan yang terpuji. Namun pembahagian tugasan diantara biro kelihatan masih kabur. Masih ada kumpulan yang mempunyai yang berat dan ada pula kumpulan yang kelihatan begitu mudah dan ringan sekali.  Penulis telah melontarkan idea untuk pelajar kali ini melaksanakan program di sekolah yang telah ditetapkan. Ia tidak seperti kumpulan sebelumnya. Penulis ingin mencuba kaedah terbaru. Idea awal dari penulis kemudian dikembangkan dengan inovasi pelajar. Kita tengok dahulu hasilnya. Setakat ini tiada sebarang bantahan yang berlaku...