Catatan

Maulid di sana sini - Abdul Uzza pelopor acara sambutan maulid?

Imej
Bermula dari tarikh 12 Rabiul Awwal, yang dipercayai oleh jumhur muslimin di seluroh pelusok dunia Islam, khususnya di rantau asia tenggara, hampir setiap hari ada sahaja masjid dan surau ataupun organisasi yang menganjurkan program meraikan kelahiran Junjungan Agung Muhammad Rasulullah SAW... Penulis masih lagi teringatkan sirah yang jelas menyatakan bahawa manusia yang paling gumbire dan boleh dikatakan pelopor kepada sambutan maulid (mengikut acuan sambutan mutakhir) ini ialah seorang lelaki yang merupakan bapa saudaranya, Abdul Uzza bin Abdul Mutallib, atau dikenali sebagai Abu Lahab. Beliau ini dikatakan terlalu gembira dengan berita kelahiran anak kepada adik kandungnya, Abdullah yang telah terselamat daripada menjadi korban sebelum itu, dan juga telah meninggal dunia lebih awal sebelum sempat menatap wajah bercahaya anaknya, Muhammad. Hinggakan diriwayatkan bahawa Abu Lahab telah memanggil cahaya mata terkini Bani Hasyim itu sebagai anakku... Untuk mensyiarkan kegembira...

Gila untuk menjadi fasi? : Fenomena terkini veteran fasi

Imej
Dunia fasi masih lagi berlegar dan bermain-main di fikiran sesetengah veteran perang fasi. Penulis sebenarnya ingin 'melarikan' diri daripada sebarang kenangan dan perkara yang bersangkut paut dengan bidang ini. Bukan kerana sudah mual. Tidak pula kerana benchi. Jauh sekali dek kerana dendam (tak memasal?) Cumanya beberapa hari yang lepas, gajet ini dilayangi panggilan dari veteran perang fasi yang merupakan salah seorang pakar stategis yang sudah begitu lama tidak menyertai perang gerila fasi.  "Kau ada maklumat pasal program &**%%?" "Tak dek sheikh...." "Kalau begitu tak pa..." Lebih kurang begitu perbualan kami. Veteran perang fasi ini kedengaran suaranya begitu teruja untuk menyertai program terkini yang bakal berlangsung sekitar minggu hadapan khabarnya. Tapi sayang, pintu masuk ke program tersebut telah ditutup serapat-rapatnya. Tiada siapa lagi di kalangan veteran yang mampu menerobosnya lagi.. Program ya...

Fasi yang fasiq?

Imej
Agak janggal tajuk penulisan pada kali ini. Mungkin dunia kefasilitatoran adalah agak asing bagi kebanyakan di antara kita. Apa yang selalu kita tahu, fasi hanyalah segolongan insan terpilih yang akan menjadi penggerak untuk sesuatu program, tidak kira sama ada program berbentuk motivasi, jati diri, kursus biasa bahkan kadang-kadang hanyalah sebuah pertemuan singkat kurang dari sehari. Jarang di antara kita yang tercebur secara serius dalam dunia fasi. Kebanyakan dari kita meskipun kadang-kadang terpalit sedikit minat untuk menabur jasa dalam permainan fasi, lebih-lebih lagi selepas 'terdera' dengan kelompok ini dalam sesuatu program, amat jarang mendapat peluang untuk menyertainya.... Fasi boleh dibahagikan kepada beberapa watak tertentu. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan fasi dalam sesuatu program hanya sebagai pelakon untuk menjayakan sebuah sandiwara yang telah dirancang dari awal untuk mencapai sesuatu objektif program. Kita akui tidak se...

Kisah cinta si pemakan epal......

Imej
Suatu hari yang agak tenang, duduklah seorang pemuda soleh di tebing sungai dajlah memerhatikan kebesaran dan keagungan alam dalam penciptaan alam semesta ini. Terpesona ia dengan keletah alam yang senantiasa tunduk dan patuh pada perintah penciptanya.  Maka menjelang tengahari, tiba-tiba perutnya diserang rasa lapar yang bersangatan. Sedang ia sibuk antara berzikir sambil melihat keindahan ciptaan sang pencipta dengan perasaan diulit kelaparan, tiba-tiba wujud di hadapannya di dalam sungai itu sebiji buah epal yang tenggelam timbul. Maka dek kerana kelaparan yang merobek-robek ususnya, tanpa berfikir panjang terus sahaja ia mengambil 'rezeki' yang muncul secara tiba² itu dan dimakan. Setelah hampir separuh dihabiskan, "Eh...aku ni makan makanan ini mana asalnya? Entah-entah buah ini ada pemiliknya.." Terpancar ilham pada pemikiran sucinya itu menyentakkan selera makannya yang sedang menggebu. Epal ditangan tidak jadi dihabiskan. Nafsunya terhad...

Al mulhamah al kubra -

Imej
Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Kalian akan berdamai dengan bangsa Rom (Amerika) dalam keadaan aman, kemudian kalian dan mereka akan memerangi satu musuh di belakang mereka. Dan kalian akan memeperolehi kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. Kemudian kalian akan berangkat sehingga sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit (Megiddo?) Maka seorang lelaki dari tentera Rom (Amerika) mengangkat salib seraya berkata, :"salib telah menang!!" Maka marahlah seorang lelaki daripada kalangan kamu lalu membunuhnya lalu ditentang (oleh tentera Rom) dan jatuh (meninggal). Pada ketika itu (tentera Rom) sudah berkhianat (tidak patuh pada perjanjian) berlaku pertempuran demi pertempuran dan mereka berkumpul untuk memerangi kalian di bawah 80 bendera di mana dibawah tiap-tiap bendera terdapat 12,000 tentera" - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban daripada Dzi Makhmar ra HURAIAN Penulis buku HURU HARA AKHIR ZAMAN,...

Dipenjara kerana RM2...: Dimana kredibiliti penguasa agama?

Imej
Isu ini dah agak lama. Bagi sesetengah pihak dianggap lapuk dan mungkin dianggap sebagai isu terpencil sahaja. Banyak lagi isu besar yang perlu ditangani seperti syiah, ancaman Lahad Datu dan sebagainya termasuk ancaman penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian... Apabila penulis terbaca di dinding muka buku salah seorang rakan sejawat awal pagi tadi, penulis hanya sekadar melihat sekilas lalu dengan tanggapan negatif di pemikiran berkarat, "alah...orang lain dah tau dah..." Tetapi apabila rakan tersebut secara tiba-tiba membuat panggilan selepas rehat tengahari tadi, ianya agak memeranjatkan penulis. Beliau ini adalah salah seorang pendukung kuat parti nasionalis yang terkenal di negara semenanjung emas ini.  Beliau ingin mengambil pandangan penulis berkaitan isu ini. Bagaimana pula jika seorang yang memang dalam kesempitan wang datang ke gereja dan mengambil wang yang disediakan, tanpa perlu ditemuduga oleh sang paderi, tanpa perlu memegang lutut sister...