Catatan

Darah syuhada kembali mengalir deras : Gaza yang kesepian...

Imej
 -   Pada waktu subuh Ahad, Tentera pendudukan Israel (IOF) melancarkan sekurang-kurangnya enam serangan udara ke atas sasaran yang berbeza di Semenanjung Gaza. Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa satu kapal terbang perang Israel melepaskan beberapa peluru berpandu di dua tanah pertanian di kawasan Al-Fakhari di bahagian tenggara Khan Younis dan tanah-tanah lain di kawasan Rafah. Serangan udara juga disasarkan pada tapak penentang di selatan Gaza dan di tanah kosong berhampiran kedai kereta di kejiranan Al-Zeitoun. -  sumber : http://www.palestine-info.co.uk/ Tatkala pasukan pejuang ISIS sedang meraikan kemenangan mereka ke atas syiah Iraq dalam beberapa siri pertempuran, dan ikrar pimpinan mereka yang mengisytiharkan kekhalifahan beliau serta menyeru kepada seluruh umat Islam agar datang kepada mereka bagi membantu mereka, apakah pula sumbangan mereka untuk Gaza? Apabila mantan presiden Iran, Hojjatuleslam Ali Akbar Hashemi Rafsan...

Masjid India dan Masjid Melayu : Tiada masjid cina?

Imej
Penulis tidak pasti apakah tulisan ini berbau rasis? Tatkala berjumaat di Masjid India yang terletak di Jalan TAR tengahari tadi, buat pertama kalinya berjumaat di sana. Meskipun sebenarnya acara ziarah ke jalan TAR telah dimasukkan sebagai aktiviti tahunan isteri penulis, setiap menjelang Ramadhan, namun belum pernah dapat menghadiri solat Jumaat disana. Namun, selepas negeri gapura selatan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat, aktiviti ke jalan TAR pastinya akan berlaku pada hari Jumaat. Sebenarnya tiada sebarang perubahan yang berlaku pada bentuk fizikal bangunan masjid dan kawasan persekitarannya, kecuali kawasan kedai jualan yang menganjur dari masjid itu sudah tiada kawasan parkir dihadapannya. Ianya telah didirikan khemah sementara perniagaan. Setiap tahun sebelumnya, untuk mendapatkan parkir yang paling strategik, penulis terpaksa berpusing beberapa kali barulah dapat. Kali ini kenderaan diparkir dengan jayanya di dalam bangunan sogo. Apa yang menarik ...

Iftaar di jalanan : Hanya mengambil aura

Imej
Melayan anak-anak untuk iftaar di salah sebuah restoran makanan segera tersohor di tengah-tengah daerah, hujung semenanjung emas, suatu petang hujung minggu. Kami tiba di meja makan sekitar jam 6.50 petang. Masa berbuka untuk hari itu, mengikut petunjuk perisian azan elektronik di gajet adalah sekitar jam 7.19 malam. Hanya ada dua meja yang diisi oleh saudara seagama bersama pasangan masing-masing, kecuali satu meja sahaja yang diisi oleh pasangan sama jantina. Tiada pula kelihatan keluarga yang berbuka bersama anak-anak melainkan penulis. Selepas membuat pesanan, beberapa minit kemudian, pelayan bertanya adakah air dan aiskrim mahu disegerakan? Tatkala menyapa untuk mendapatkan bekalan air mineral percuma, rupanya tiada pula disediakan. Yang ada hanya menu istimewa ramadhan dengan sedikit potongan harga sahaja. Kelihatan sebuah kotak di hujung kaunter yang tertulis perkataan kurma. Adakah ianya untuk pelanggan atau pekerja? Sehingga menjelang waktu iftaar, petugas kelihat...

Selepas 10 hari : Apa khabar saudara syria?

Imej
Aktiviti merentasi Ramadhan telah berada dihujung trisemester pertama yang menjanjikan rahmat. Walaupun masih tiada kedapatan dendangan lagu hari raya di pejabat, namun desakan dan dengungan untuk menyiarkan lagu hari raya serta aktiviti berkaitan, seperti sesi bergambar untuk membuat kad hari raya sudah mula berlegar di medium komunikasi massa.. Aktiviti waktu Dhuha diisi dengan tazkirah Ramadhan anjuran pemilik bangunan pejabat puncak desir angin. Ulama kerajaan dipanggil dari daerah berlainan untuk membuat sedikit pengisian berguna. Dewan penuh diisi dengan para pencinta ilmu dikalangan staf. Masjid di qaryah menjemput imam atau sebenarnya pelajar tahun tiga Universiti Madinah yang berasal dari negara bergolak, Syria. Agak berani juga pihak AJK masjid memberikan laluan kepada salah sebuah Ngo membawa seorang wakil 'pemberontak' Syria di masjid, tatkala dengungan militia dan pengganas yang berjuang di Syria boleh ditangkap!! Beliau ini menceritakan serba sedi...

Program Hafiz Cilik vs Idola Kecil / Popstar

Imej
Di negara seberang ...  Di negara terchenta .. 

Masjid sudah tiada roh?

Selepas zuhur yang panas 27 syaaban, seorang sahabat lama yang kini bergelar Dr, tiba-tiba menyapa dan mengajak makan tengahari di cafe berhampiran... Nasi diambil bersama sedikit sayur bender yang kelihatan keras...tapi hati berdoa agar ianya lembut kerana sebenarnya penulis gagal untuk memberikan tafsiran yang paling tepat mengenainya. Awal pagi tadi, ketika makan di cafe yang lain, juga mengambil sayur bender yang kelihatan sedap, tetapi rupanya keras tak boleh dihancur dengan kunyahan gigi... Topik yang dibuka tatkala duduk di kerusi menghadap hidangan ialah,  "Solat di masjid ××××× macam tak best...tak dak roh..." Kata sahabat tersebut dalam loghat utara yang masih pekat walau agak lama berada di luar negara. Penulis hanya mengiyakan... "Aktiviti pun kurang...kalau ada majlis pun penceramah biasa....tak dak yang gempak..." " Tok imam yang ada hanya asyik menyesatkan orang lain. Macammana islam nak berkembang. Patut adakan gerakan dakwah lebih menyelur...

Antara Makkah : Jepun : Malaysia - Islam di mana?

Imej
Ketika iktikaf secara tidak senghaja di jame bandar Kluang tatkala menantikan hilangnya syafaq merah diufuk barat, kuliah diadakan dan disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar yang dikenali dan agak tersohor. Kuliah mendendangkan lagu maqasid syariyyah yang antara lain menyentuh berkaitan pelaksanaan hukum-hukum islam. Kewarasan akal sering terlayang dek bisikan merdu syaitan mengajak manusia menutup mata dan menghilangkan kebolehan mendengar.  Antara bait dendangan yang menarik ialah pelaksanaan hukuman qisas di saudi ke atas pesalah jalan raya yang didapati melanggar serta menyebabkan terbunuh mangsa. Pemandu akan dikenakan bayaran diyat berjumlah 60,000 riyal, dipenjara tanpa bicara selama 6 bulan, dan selepas itu baharulah dibicarakan di mahkamah untuk menghadapi pertuduhan . Jika sabit pertuduhan, hukuman balas bunuh boleh dijatuhkan kecuali jika pihak keluarga memberikan kemaafan. 60k riyal jika langgar dan mati. Jika diaplikasi di negara terchenta, tent...