Catatan

Andai semua muslimah berjilbab

Imej
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Al Ahzab : 59 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak ...

Melaka: segalanya bermula di sini?

Imej
Ya.....mungkin majoriti dari kita bersetuju bahawa melaka yang dirawikan dibuka oleh Permaisura (Parameswara) pernah terkenal sebagai sebuah pelabuhan setanding pelabuhan terkemuka di dunia pada waktu tersebut hingga menyebabkan kerajaan kristian portugal tertarik untuk mendatanginya guna menyekat rempah dari masuk hingga ke Makkah ... (kata² Alfonso sang penakluk kota melaka) Melaka yang dikenali dahulu sebagai sebuah empayar perdagangan Islam yang hebat. Dikatakan bahawa Islam di semenanjung emas ini bermula di Melaka (mengikut sesetengah pandangan ahli sejarah). Dan tidak hairanlah jika pelaksanaan Islam secara syumul berlaku di Melaka sebaik sahaja Parameswara mengisytiharkan keIslamanannya dan seterusnya memberikan keyakinan penuh kepada rakyatnya untuk menuruti jejaknya. Begitulah pelaksanaan Islam di Melaka mengalami pasang dan surut, suka dan duka di bawah kepimpinan paduka sultan hingga muncul orang ferenggi di perairan pelabuhan melaka membawa satu fenomena baru ...

kibaran bendera : patriotik sangatkah kita?

Imej
Sambutan Hari Kebangsaan semakin mendekat. Dengan tema mendayu, "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" acara pelancaran sambutan bulan kemerdekaan silih berganti menjadi agenda di setiap pejabat kerajaan dan jarang-jarang pula di pejabat milik swasta.  Acara tahunan ini sangat sinonim dengan amalan pengibaran bendera jalur gemilang. Kalau beberapa tahun sebelum ini, amalan mengibarkan bendera adalah amat meriah dan rakyat begitu membara dan kelihatan bangga sekurang-kurangnya untuk mempamerkan jalur gemilang kecil pada kenderaan mereka.  Selepas berlaku 'peristiwa besar' sekitar tahun 1998-1999, amalan pengibaran Jalur Gemilang mula menjadi layu dan agak suam-suam kuku. Maka semenjak itu, pihak berwajib mula melancarkan pelbagai kempen untuk menarik rakyat agar kembali mengibarkan jalur gemilang. Mungkin bagi pihak pemerintah, mereka melihat bilangan sang pengibar jalur gemilang adalah mewakili jumlah pendukung dan penyokong tegar mereka. Mereka berpandangan ...

Bahaya baraan / marhaban? : Pendedahan luar jangka

Imej
Artikel ini mungkin agak kontroversi..khususnya di negeri gapura selatan, hujung tanah semenanjung emas yang makmur dan kunun terpelihara ini, yang mengamalkan sambutan syawal selama 30 hari tidak boleh kurang, tetapi tiada mengapa jika ianya terlajak hingga menjengah ke tengah laman zulkaedah... Bahkan masjid jame juga sanggup mengadakan majlis marhaban sekampung, mungkin mengambil nama atau 'berkah' kenduri sekampung yang dianjurkan di bulan syaaban guna mengenang para arwah yang telah pergi, namun makanan dan sebagainya begitu banyak disediakan hingga kadang-kadang mengundang tali persaudaraan ala-ala MoU dengan syaitan... Tersebut kisah akan berlakunya sebuah kematian di salah sebuah taman perumahan sekitar jam 3.00 petang. Namun, ahli qaryah enggan menyempurnakan jenazah secepat mungkin dengan alasan wujudnya baraan dan marhaban di peringkat taman pada hari yang sama. Maka dianjurkan agar urusan jenazah diselesaikan pada keesokan harinya. Maka bersetujulah sekelian ...

Lanun Johor : Fenomena atau semboyan

Imej
Sebaik sahaja kebangkitan JDT bermula beberapa tahun yang lepas, gelombang itu diteruskan dengan pelbagai gaya dan kreativiti para pendukung pasukan tersebut. Antara yang paling dilihat dan terpapar kini ialah Lanun Johor yang memakai gelaran singkatan LJ dengan lambang tengkorak. Para pendukung dan pengikut gerakan atau fenomena ini berpendapat ini hanyalah seqadar suka² sahaja tidak lebih dari itu. Ianya bukanlah sebuah gerakan massa yang kukuh dan berorganisasi mantap. Ia dianggap sebagai satu gerakan penyokong kepada JDT itu sendiri. Tiada siapa pula yang tahu siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan fenomena ini. Tetapi bagi pandangan peribadi penulis, ianya kelihatan seolah-olah sebuah gerakan yang bersifat revolusioner. Ya mungkin pandangan ini tampak keterlaluan.  Mungkin secara pandangan jengkel, seolah-olah tampak seperti sebuah gerakan yang berwajah ganas. Bukankah perkataan 'lanun' itu sendiri sudah bercirikan keganasan dan kejahatan yang agak kla...

Rumah terbuka : Selepas perkabungan negara

Imej
Rumah terbuka masih hangat di sana-sini. Khususnya dalam wilayah selatan. Wilayah Lanun......Penulis belum mahu ulas perkara itu... Kalau tidak atas nama rumah terbuka, akan dipakai nama kunjungan marhaban. Bahkan di masjid jame dalam salah sebuah kampung, dinyatakan majlis marhaban sekampung pada 30 syawal. Mungkin manusia memakai alasan untuk mengeratkan silaturrahim dengan menjemput hadirin datang. Al maklumlah kalau tidak dijemput, sama ada melalui wassap, surat pekeliling, e-mail dan sebagainya, manusia jenuh nak mari kerumah. Orang moden kehidupan disibukkan dengan kepelbagaian. Tanpa undangan, boleh jadi terlupa untuk berkunjungan. Dengan mengadakan rumah terbuka, semua bangsa boleh hadir. Semangat 1 malaysia memuncak semula. Katalah sebuah pejabat yang ada kakitangan 15 orang. Apabila buat acara seumpama ini, hadirin akan jadi berganda-ganda. Bukan hanya 15 bahkan akan menjadi 40 ke 50 orang... Maka pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan. Ada rumah mamp...

Bermusafir ke tengah lautan

Imej
Sekitar jam 9.00 malam penulis bergerak memulakan musafir dengan bas merah diiringi lambaian isteri dan anak-anak. Musafir menuju ke daratan di tengah lautan. Musafir ini mungkin sangat berbeza dengan musafir biasa. Musafir yang diiringi dengan keberkatan, Insya Allah. Lokasi persinggahan pertama ialah stesen bas seremban. Di dalam bas, yang paling ketara ialah perbualan paling kuat di antara seorang abang duda dan akak janda yang menurut perbualan itu, merupakan sahabat lama yang sudah dua tahun tidak bertemu. Selepas melepasi stesen bas seremban sekitar jam 12 mlm,  kesesakan laluan menuju ke ibukota. Selepas tertidur dan membiarkan sahaja sang pemandu untuk meneruskan perjalanan, akhirnya tiba di puduraya sekitar jam 1 pagi. Bas meneruskan perjalanan dan berhenti lagi di beberapa stesen. Kali akhir, ialah sebelum melalui jambatan pulau pinang. Kami merentasi selat yang memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau mutiara beberapa minit sebelum fajar sadiq. Se...