Catatan

Masalah di organisasi : Pelan tindakan penambahbaikan

Imej
Tajuk pada kali ini seperti tajuk pembentangan KIK pula. Kita biasa didedahkan dengan pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja. Ada pejabat yang mengandungi staf yang berpuak-puak. Bahkan kadang-kadang bukan hanya wujud dua kelompok yang tidak sebulu, bahkan melebihi pula. Ada puak yang cuba berlumba dan bersaing sesama mereka untuk memenangi hati bos. Keadaan akan menjadi semakin parah apabila bos pula dari kalangan yang suka mendengar kata orang yang dianggap paling hampir kepadanya. Al maklumlah, dalam organisasi besar, manakan sempat sang bos hendak memantau keseluruhan kawasan pekerjaannya. Meskipun ada sang penyelia yang dianggap wakil bos di kalangan staf, namun bos ada kalanya kurang mempercayai sang penyelia, tetapi lebih terpengaruh dengan pengkisahan staf yang paling hampir dengannya. Semakin rancak sandiwara apabila staf tersebut yang tahu dirinya merupakan sumber maklumat utama bos, mula memainkan peranan menusuk jarum dan api kebencian, agar bos senantiasa berhati ...

Generasi kini tidak hormati azan lagi?

Imej
Tatkala menyusuri laluan ke musalla, azan zuhur berkumandang merdu memanggil muslim agar bersegera menuju al falaah. Teringat riwayat yang menyatakan bahawa Ali akan berubah wajahnya tatkala mendengar azan. Pabila ditanya, dia menjawab bahawa telah datang amanah di mana langit dan gunung-ganang tidak mampu untuk memikulnya. Aku tidak tahu apakah aku mampu memikulnya? Begitulah juga yang berlaku terhadap anaknya Hassan dan Hussin tatkala mendengar akan dia suara azan...   Namun ketika berjalan terserempak dengan tiga orang gadis yang berpakaian seperti seorang muslimah, iaitu memakai tutup kepala meskipun berseluar ketat hingga mempertontonkan bahagian bentuk badan sendiri tanpa silu, berbicara dengan kuat dan ketawa, ketika suara alunan azan masih tersisa berkumandang di langit terik waktu zuhur musim panas equinoks. Hatta selesai azan, mereka ini masih asyik bersembang, hingga terlupa barang kali untuk mendoakan maqam tertinggi buat junjungan sebaik selesai lantun...

Seronoknya bercouple?

Imej
Amalan bercouple atau diistilahkan sebagai hubungan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan mahram sebelum bernikah secara sah telah menjadi suatu trend yang muncul di negara kita, mungkin seawal zaman kerajaan kedah tua lagi, atau lebih awal dari itu lagi. Cuma kaedah pelaksanaan amalan tersebut mungkin berbeza dan mengalami proses evolusi yang amat panjang. Sejak zaman berzaman, proses bercouple itu mengalami evolusi yang panjang, daripada hubungan cinta di sebalik perasaan malu yang amat menebal serta pengamalan budaya yang agak melarang keras hubungan antara dua jantina tanpa sebarang hubungan yang sah, hinggalah ke suatu zaman di mana seorang gadis yang menutup wajahnya dengan niqab tetapi masih mampu berbual melalui tulisan dengan seorang lelaki berjanggut sejemput meskipun dipisahkan oleh jarak dan juga lokasi. Dimana-mana sahaja kini, kita akan mampu menyaksikan golongan pengamal couple ini berada. Mereka bukan sahaja berada di taman-taman bunga seperti yang ...

Majlis rasmi : mengapa touch n Go?

Di organisasi tersohor, satu majlis rasmi diadakan untuk mendengar amanat ulung dari pemimpin unggul. Kehadiran kesemua ahli organisasi diwajibkan. Ertinya disini, sekiranya ahli organisasi tidak hadir, tanpa sesuatu sebab yang dibenarkan, maka dihukumkan berdosa kerana ingkar arahan. Mematuhi arahan ketua atau pihak berwajib adalah merupakan satu tuntutan terhadap seorang muslim. Bukankah Rasul sering memberikan ingatan berkaitan ketaatan ini Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat .” (HR. Bukhori dan Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“ Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi ” (Riwayat Ahmad Dan Muslim) Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ‘De...

Akhirnya kembali ke tanah besar

Imej
Selepas beberapa hari 'terperangkap' di pulau ini, akhirnya penulis berjaya menyelesaikan peperiksaan berterusan terakhir, subjek etika profesional yang diuji merangkumi tiga bab utama, dengan soalan objektif sebanyak dua puluh soalan sahaja. Ramai di antara ahli kelas yang keluar sangat awal, seawal 15 ninit selepas masa ujian bermula. Ujian dilaksanakan di dalam dewan kuliah. Tentu sahaja para pembaca dapat bayangkan kedudukan dewan kuliah yang membukit. Orang belakang amat mudah untuk melihat jawapan di atas kertas objektif calon yang duduk di hadapan.  Selepas sekitar 15 minit, penulis juga keluar dari dewan selepas berjaya menghitamkan jawapan untuk kesemua soalan. Sebaik, keluar, penulis melangkah menuju ke bangunan HEP untuk mengambil baucer buku. Ya...selaku seorang pelajar, meskipun bertaraf PJJ, layak menerima baucer buku bernilai RM250.00... Sebaik tiba di kawasan tersebut, sudah agak ramai pelajar yang berada di dalam barisan yang dibahagikan mengikut abjad...

Sketsa bas biru dan bas pink

Kenaikan utama pelajar marhain di sepanjang 11 hari yang menyeronokan ini (ayat cubaan meneutralkan emosi) ialah bas berwarna biru dan kemudian transit serta bertukar kepada bas berwarna pink, atau dalam kalangan orang yang berbahasa melayu akan menyebutnya sebagai berwarna merah jambu. Bas biru ini merupakan keperluan utama kepada penghuni bangunan tersergam di puncak desir angin, bangunan paling jauh dan paling tinggi dari kampus utama. Apabila anda ketinggalan bas biru yang akan berhenti dihadapan bangunan penginapan, ada kemungkinan anda terpaksa menapak sejauh kira² lima KM untuk menuju ke jejantas dan kemudian mengambil bas pink untuk menuju ke kelas. Jika anda tidak bernasib baik, dari hentian selepas jejantas, anda mungkin terpaksa berjalan kaki menuju ke kelas. Bukan sekali dua penulis dan beberapa rakan terpaksa menapak ke kelas di bawah pancaran terik sang mentari... Mungkin bagi pelajar lelaki, kelihatan marcur berjalan dengan penuh bergaya ke kelas di bawah terik men...

Hari² terakhir di sebuah pulau ...

Imej
Pagi Khamis 10 Rabiul Akhir...tiada kelas sehingga ke jam 4 petang...Yahooo..yahoo le jawabnya. Sempatlah berjimba-jimbaan. Malamnya seusai test, da start main game. Mujurlah tak leh nak online. Kalau boleh, rasanya penulis tidur mungkin selepas subuh kot. Tak on9 pun tidur pukul 2 pagi... Kelas jam 4 petang ialah kelas ekonomi. Subjek yang agak pedih dan pahit untuk ditelan. Ada revision yang dibuat oleh pihak lecturer. Alhamdulilla. Fahamlah sikit tajuk² awal tu...Kelas pun hanya satu jam sahaja. Selesai kelas, kami bergegas-gegasan keluar pagar. Kunun untuk mencari makan di luar. Singgah di warung chua kuew teow. Itu sahaja namanya dan itu sahaja menunya. Ada tiga saiz, kecil, besar dan special. Memandangkan perut seperti tak makan satu hari, kami order yang bersaiz besar. Masa yang diambil untuk penyediaan tidaklah terlalu panjang. Bila tiba di meja, "Apa beza dengan saiz kecil" "aku rasa udangnya...jumlah udang.." Maka terpaksa dimakan ...