Catatan

Taklimat GST : Taklimat hudud

Imej
Kisah di penghujung Mac ribut di seluruh semenanjung emas dan kepulauan borneo. akan perihal GST dan juga hudud.  Mengenai GST, dimana² sahaja manusia yang menjadi warga akan berbicara sama ada di kedai kopi, di pejabat, di dalam mesyuarat bahkan di majlis taklimat. Demonstrasi juga berlaku dek golongan yang mungkin berkeyakinan ianya bakal menyusahkan rakyat. Kisah hudud juga semakin galak bermain di media massa, juga meniti di bibir setiap warga. Bagi muslim, mereka tiada pilihan selain menerima. Namun, ada juga yang cuba menghadang, memakai alasan, enakmen yang dibentang dan dilulus di DUN Kelantan baru² ini tidak layak untuk dibentang di parlimen, kerana menyalahi perlembagaan dan sebagainya. Sang penentang hudud juga berani membuat pelbagai lontaran idea kotor dan memualkan yang mana ianya tidak lain dan tidak bukan tambah mempamerkan betapa ceteknya pemikiran dan pengetahuan muslim moden, meskipun mereka ini berkelulusan tinggi dari negara besar di seberang lauta...

Maulid Hebat Hari Ini

Imej
Tanggal Khamis 26 Mac, hari terakhir bekerja bagi penjawat awam negeri-negeri semenanjung emas yang dipilih oleh penguasa negeri untuk berhujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. Organisasi tersohor mengadakan majlis sambutan maulid ar Rasul SAW peringkat organisasi. Meskipun Rabiul Awwal telah jauh meninggalkan jejaknya, namun di negeri penghujung benua selatan ini sambutan maulid masih hangat sepanjang tahun. Seolah mereka ini ingin mengingati Nabi SAW setiap hari. Seolah mereka ini ingin menjadi pencinta Nabi SAW sepanjang hayat mereka. Alangkah indahnya budaya mereka itu. Sambutan pada kali ini amat berbeza dengan sambutan pada tahun² sebelumnya. Kalau sebelum tahun ini, penceramah dijemput dari kalangan ulama yang sibuk dengan pertikaian antara mazhab, tahun ini habaib mengambil tempat. Kalau tahun² sebelum ini masa diisi dengan perarakan yang bercampur di antara lelaki dan perempuan, berteriak² di jalanan mengalunkan solawat yang kadang² lari sebutan makhrajnya, dengan pakai...

Bila tahlil, solat hajat dan konsert seiring...

Imej
Ini perkara yang semakin hari semakin biasa dalam masyarakat kini. Trend yang semakin galak di mana-mana institusi. Apabila berhajat kepada sesuatu perkara, maka segera dikumpulkan semua muslimin untuk mengadakan solat hajat dan juga tahlil dengan nawaitu agar diturunkan keselamatan dan kesejahteraan agar majlis dalam berjalan dengan penuh lancar dan selamat. Namun, selepas itu, majlis konsert tetap diwujudkan. Sama ada program bersifat kebangsaan, kenegerian mahupun organisasi. Kesenian dan konsert serta doa tidak mampu dipisahkan dari minda manusia bergelar melayu.  Hendak dikata tidak tahu agama, eh, kami dah buat solat hajat beserta tahlilan lagi.. Hendak dikata kolot, kami juga adakan konsert... Hendak dikata keterlaluan, kami hanya adakan konsert dari artis dalam negara sahaja. Kami tidak mahu kepada konsert rakus bawaan barat dan juga korea... Kalau tidak kepada konsert rock kapak, kami bawa penyanyi sopan dan berpakaian tidak mencolok mata...

Kisah Pencuri kain kafan

Imej
Dikatakan bahawa terdapat satu profesion yang agak terkenal suatu ketika itu, iaitu selaku pencuri kain kafan. Tujuan pencurian itu ialah untuk menjual semula kain tersebut kepada keluarga si mati pada keesokkan harinya. Dengan harga yang dibayara, itulah yang menampung kehidupan sang pencuri.  Suatu ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang pencuri kain kafan yang terkenal telah dipanggil oleh seorang alim. Tatakala tiba, si alim berkata, "Bukankah engkau ini pencuri kain kafan yang terkenal di kota ini?" "Benar wahai tuan guru" "Berapakah harga kain kafan yang engkau curi dan kemudian jula itu?" "sekitar 40 dirham wahai tuan guru" "Oh jika begitu, ambillah ini 160 dirham, tetapi dengan syarat apabila aku meninggal kelak, janganlah engkau mencuri kain kafan ku.." Masa sang pencuri pun bersetuju dengan syarat tersebut. Selang beberapa ketika, maka tersebarlah berita akan kematian tuan guru ...

Masalah di organisasi : Pelan tindakan penambahbaikan

Imej
Tajuk pada kali ini seperti tajuk pembentangan KIK pula. Kita biasa didedahkan dengan pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja. Ada pejabat yang mengandungi staf yang berpuak-puak. Bahkan kadang-kadang bukan hanya wujud dua kelompok yang tidak sebulu, bahkan melebihi pula. Ada puak yang cuba berlumba dan bersaing sesama mereka untuk memenangi hati bos. Keadaan akan menjadi semakin parah apabila bos pula dari kalangan yang suka mendengar kata orang yang dianggap paling hampir kepadanya. Al maklumlah, dalam organisasi besar, manakan sempat sang bos hendak memantau keseluruhan kawasan pekerjaannya. Meskipun ada sang penyelia yang dianggap wakil bos di kalangan staf, namun bos ada kalanya kurang mempercayai sang penyelia, tetapi lebih terpengaruh dengan pengkisahan staf yang paling hampir dengannya. Semakin rancak sandiwara apabila staf tersebut yang tahu dirinya merupakan sumber maklumat utama bos, mula memainkan peranan menusuk jarum dan api kebencian, agar bos senantiasa berhati ...

Generasi kini tidak hormati azan lagi?

Imej
Tatkala menyusuri laluan ke musalla, azan zuhur berkumandang merdu memanggil muslim agar bersegera menuju al falaah. Teringat riwayat yang menyatakan bahawa Ali akan berubah wajahnya tatkala mendengar azan. Pabila ditanya, dia menjawab bahawa telah datang amanah di mana langit dan gunung-ganang tidak mampu untuk memikulnya. Aku tidak tahu apakah aku mampu memikulnya? Begitulah juga yang berlaku terhadap anaknya Hassan dan Hussin tatkala mendengar akan dia suara azan...   Namun ketika berjalan terserempak dengan tiga orang gadis yang berpakaian seperti seorang muslimah, iaitu memakai tutup kepala meskipun berseluar ketat hingga mempertontonkan bahagian bentuk badan sendiri tanpa silu, berbicara dengan kuat dan ketawa, ketika suara alunan azan masih tersisa berkumandang di langit terik waktu zuhur musim panas equinoks. Hatta selesai azan, mereka ini masih asyik bersembang, hingga terlupa barang kali untuk mendoakan maqam tertinggi buat junjungan sebaik selesai lantun...

Seronoknya bercouple?

Imej
Amalan bercouple atau diistilahkan sebagai hubungan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan mahram sebelum bernikah secara sah telah menjadi suatu trend yang muncul di negara kita, mungkin seawal zaman kerajaan kedah tua lagi, atau lebih awal dari itu lagi. Cuma kaedah pelaksanaan amalan tersebut mungkin berbeza dan mengalami proses evolusi yang amat panjang. Sejak zaman berzaman, proses bercouple itu mengalami evolusi yang panjang, daripada hubungan cinta di sebalik perasaan malu yang amat menebal serta pengamalan budaya yang agak melarang keras hubungan antara dua jantina tanpa sebarang hubungan yang sah, hinggalah ke suatu zaman di mana seorang gadis yang menutup wajahnya dengan niqab tetapi masih mampu berbual melalui tulisan dengan seorang lelaki berjanggut sejemput meskipun dipisahkan oleh jarak dan juga lokasi. Dimana-mana sahaja kini, kita akan mampu menyaksikan golongan pengamal couple ini berada. Mereka bukan sahaja berada di taman-taman bunga seperti yang ...