Catatan

Antara Saudi dan Houthi : Dimanakah kebenaran?

Imej

Kisah Komuniti Turki di Jerman

Imej
Malam sudah semakin melarut. Namun hati penulis seperti tidak senang selagi belum mencatat sebuah kisah terpenting. Kisah ini sudah beberapa kali disampaikan ke telinga penulis. Namun pada hari ini, kisah ini disebut lebih detail dan panjang. Ianya merupakan pengkisahan salah seorang mentor penulis. Diriwayatkan bahawa tatkala mentor penulis berada di Jerman, beliau telah menemui sebuah komuniti Turki yang telah berjaya membina sebuah masjid lima tingkat. Terdapat bangunan pejabat, sekolah, sekolah tahfiz dan  dewan dan juga ruang solat. Setiap malam nisfu syaaban, jemaah muasjid ini akan beramai-ramai mendirikan solat sunat tasbih, mengumpulkan jamaah dari setiap lapisan umur dan jantina. Berbeza dengan negara kita yang masih belum mampu menarik khalayak untuk bersama membaca yasinan tiga kali pada malam yang sama. Saban tahun, yang hadir hanyalah muka yang sama sahaja di apruang solat seusai wirid Maghrib, malam ke 15 dalam bulan Syaaban. Mentor melahirkan kekaguman nya ...

Terkenang semasa dulu : Permainan galah panjang

Imej
Suatu ketika dahulu, sebaik sahaja selesai menikmati minum pagi di tepi longkang bangunan sekolah, sekumpulan pelajar darjah satu akan berkumpul di suatu kawasan tepi padang untuk bermain galah panjang. Galah panjang ialah sebuah permainan tradisional, dimana beberapa peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar. Satu kumpulan akan bertindak sebagai defend manakala satu kumpulan lagi akan menyerang. Objektif utama permainan penyerang ialah untuk tiba di garis penamat dan mendapat seberapa ramai rakan dalam kumpulan yang berjaya. Pasukan defender pula akan cuba menghalang cita-cita pasukan lawan daripada berlaku.  Terdapat beberapa garisan yang perlu dilalui sehingga ke garisan penamat dan kemudian pemain penyerang akan mencuba sekali lagi untuk balik ke garisan permulaan.  Penyerang boleh bergerak secara veramai-ramai atau perseorangan bergantung kepada persetujuan awal. Sekiarnya penyerang terkeluar dari garisan atau tapak yang ditentukan, penyeran...

Pabila Arab bangkit

Imej
Saudi di bawah penguasa Raja Salman diberitakan telah memulakan serangan ke atas Yaman atas niat untuk mengembalikan kerajaan yang sah, dengan kebenaran US. Saudi adalah ketua kepada tentera ahzab yang terdiri daripada sepuluh buah negara teluk yang tidak dianggotai oleh Iran. Muzik lama yang diberi nafas baru oleh US, terus mendendangkan lagu permusuhan sunni-syiah sebagai asbab utama serangan tersebut dilaksanakan. Umum mengetahui bahawa kekacauan yang timbul di Yaman kini adalah hasil dari tindak balas pihak Houthi yang dikatakan telah menguasai ibu kota Yaman sejak beberapa bulan ini. Betapa tangkas sekali respon yang diberikan Saudi terhadap pemberontakan Yaman .. tetapi sehingga kini, belum pernah kedengaran pula Saudi mahu membentuk pakatan ahzab untuk memerangi Israel yang ternyata lebih merbahaya daripada Houthi.  Lupakan sahaja perbezaan mazhab jika benar-benar mahu menggungguli kehebatan kedua Islam nanti... Huru-hara dan serangan yang dilakukan hany...

Tugas pegawai : Hanya jadi pak angguk?

Imej
Dalam sesebuah organisasi yang berada dalam sebuah negara Islam yang aman, damai dan dilimpahi kegembiraan dan kekayaan luar biasa ini, apabila ditaqdirkan Allah untuk melantik dan membebani di pundak seorang mukallaf akan tanggungjawab sebagai seorang yang mempunyai sedikit pangkat di mata manusia dan kuasa di organisasi, meskipun sekecil sarang semut, sudah barang pasti pangkat itu bukan dianugerahi Allah secara percuma. Ada amanah yang harus dipikul. Ada hukum yang perlu ditegakkan. Ada keperluan yang perlu ditunaikan. Dalam sebuah mesyuarat yang dikendalikan guna untuk meraikan sebuah hari besar organisasi tersohor, tampak pegawai muda yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan lepas, cuba untuk membawa satu usul agar majlis tahunan yang dibuat sebagai salah satu sub-sambutan hari kebesaran itu, ditiadakan acara yang berbentuk jemputan artis dan juga letupan membazir bunga api yang mampu mencahayakan langit beberapa detik namun menelan belanja ribuan Ringgit Kasorga. S...

Taklimat GST : Taklimat hudud

Imej
Kisah di penghujung Mac ribut di seluruh semenanjung emas dan kepulauan borneo. akan perihal GST dan juga hudud.  Mengenai GST, dimana² sahaja manusia yang menjadi warga akan berbicara sama ada di kedai kopi, di pejabat, di dalam mesyuarat bahkan di majlis taklimat. Demonstrasi juga berlaku dek golongan yang mungkin berkeyakinan ianya bakal menyusahkan rakyat. Kisah hudud juga semakin galak bermain di media massa, juga meniti di bibir setiap warga. Bagi muslim, mereka tiada pilihan selain menerima. Namun, ada juga yang cuba menghadang, memakai alasan, enakmen yang dibentang dan dilulus di DUN Kelantan baru² ini tidak layak untuk dibentang di parlimen, kerana menyalahi perlembagaan dan sebagainya. Sang penentang hudud juga berani membuat pelbagai lontaran idea kotor dan memualkan yang mana ianya tidak lain dan tidak bukan tambah mempamerkan betapa ceteknya pemikiran dan pengetahuan muslim moden, meskipun mereka ini berkelulusan tinggi dari negara besar di seberang lauta...

Maulid Hebat Hari Ini

Imej
Tanggal Khamis 26 Mac, hari terakhir bekerja bagi penjawat awam negeri-negeri semenanjung emas yang dipilih oleh penguasa negeri untuk berhujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. Organisasi tersohor mengadakan majlis sambutan maulid ar Rasul SAW peringkat organisasi. Meskipun Rabiul Awwal telah jauh meninggalkan jejaknya, namun di negeri penghujung benua selatan ini sambutan maulid masih hangat sepanjang tahun. Seolah mereka ini ingin mengingati Nabi SAW setiap hari. Seolah mereka ini ingin menjadi pencinta Nabi SAW sepanjang hayat mereka. Alangkah indahnya budaya mereka itu. Sambutan pada kali ini amat berbeza dengan sambutan pada tahun² sebelumnya. Kalau sebelum tahun ini, penceramah dijemput dari kalangan ulama yang sibuk dengan pertikaian antara mazhab, tahun ini habaib mengambil tempat. Kalau tahun² sebelum ini masa diisi dengan perarakan yang bercampur di antara lelaki dan perempuan, berteriak² di jalanan mengalunkan solawat yang kadang² lari sebutan makhrajnya, dengan pakai...