Catatan

Deklarasi rakyat : Kemana akhirnya?

Imej
Petang Jumaat minggu lepas, kita dikejutkan dengan pengisytiharan deklarasi rakyat oleh Tun M dan para pendukung beliau, termasuk para mantan musuh politik beliau sendiri yang mana intipati utama deklarasi itu adalah menuntut agar PM sedia ada meletak jawatan. Namun deklarasi tidak menyatakan secara jelas akan siapakah yang bakal menggantikan PM itu. Maka berdengunglah para politikus kedua-dua pihak, sama ada yang menyokong atau menentang. Seperti biasa, para pahlawan dan panglima penjaga PM bertempik keras menyatakan bahawa tindakan tersebut langsung membelakangkan lunas-lunas demokrasi. Ada yang menyatakan bahawa Tun M hanya mahu menobatkan anaknya menjadi PM. Kenyataan ini agak kelakar kerana anak Tun M, Mukhriz hanya berkerusi DUN di kawasan negeri Kedah. Adakah ADUN mampu menjadi PM? Bukankah AP sahaja yang boleh? Walau apapun kata semua orang, deklarasi telah ditandatangani. Tun M, Mukhriz, mantan TPM, mantan presiden MCA era Tun turut hadir di samping barisan kepimp...

Pengalaman Selepas SPM : 24 tahun lampau

Warna pagi Khamis bercerita mengenai apa yang dilakukan selepas SPM. Sememangnya selepas keputusan SPM keluar, bahkan sebelum keluar lagi, sebaik sahaja selesai kabut SPM, para calon selalunya akan mula menghadapi dunia nyata masing². Kebanyakan calon akan mula bekerja. Mungkin ada juga yang hanya lepak di rumah. Makan, tidur, surfing dan sebagainya. Itu mungkin untuk anak orang kaya sahaja.  Penulis, meskipun dari kalangan keluarga yang tidak berada, hampir juga terjebak dengan acara makan, tidur...(masa zaman tu tiada surfing). Namun, selepas dikejutkan dengan kata² keramat seorang sahabat, "Kita ni hanya menumpang je kat rumah orang tua. Sepatutnya dah kena mula bekerja bantu mereka..." maka bersegeralah penulis mencari ruang-ruang pekerjaan. Krja pertama yang penulis lakukan ialah sebagai pekerja hotel. Hotel itu masih wujud di kampung penulis. Penulis memohon sebagai stewardes. Jawatan seolah pramugara pesawat. Namun sebenarnya skop tugasan ialah sebagai pem...

Bila harga petrol menurun

Imej
Sekitar jam 1.05 pagi, penulis membawa kenderaan masuk ke sebuah stesen pam minyak. Sebaik turun dan menghulurkan not RM100.00, penulis bertanya, "minyak turun ke?" Si gadis penjaga stesen hanya mengangguk dan tersenyum.... Kalau ikut apa yang dipaparkan dan diviralkan di media sosial siang tadi,dinyatakan bahawa petrol akan turun sebanyak 20 sen menjelang tengahmalam 1 Mac 2016. Bersegera penulis menuju ke pam dan menarik keluar penutup petrol kereta lantas memasukkan pam berupa pistol itu ke dalam mulut lohong petrol kereta. Terpapar di skrin harga terkini RM1.65...kurang 10 sen daripada hari sebelumnya...Ya...minyak turun lagi... Sebaik selesai mengisi petrol, penulis masuk ke tempat duduk pemanduan dan menutup pintu lantas meneruskan perjalanan pulang ke rumah.  Terbayang di kotak pemikiran penulis, kalaulah esok semua harga barang turun tentu seronok. Penulis cuba membayangkan akan harga kuih yang biasanya RM2.00 untuk lima ketul bertukar atau kembali ...

Bertemu wahabi di perut al malik khalid

Jumaat terakhir di pulau impian...penulis masuk ke perut masjid yang indah ini agak awal kerana khuatir ketinggalan bas. Lagipun, tadi ada kelas sehingga jam 1 tengahari. Waktu Jumaat dijangka masuk sekitar setengah jam dari sekarang. Selepas mengambil wudhuk dan solat tahiyyatul masjid, duduk beriktikaf di dalam bangunan masjid. Masjid di sini hari Jumaat tidak dimeriahkan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al quran dan juga bacaan tazkir sebagaimana yang berlaku di bahagian selatan semenanjung emas. Masjid sunyi dan syahdu. Hanya kedengaran suara-suara kecil membaca al quran secara individu. Lagipun kerajaan negeri telah mengharamkan sebarang bunyi-bunyian dari menara, kecuali hanya bunyi azan itu. Perkara itu agak dicemburui oleh parti pemerintah dan para juak-juaknya sibuk memukul canang kununnya azan dari menara di masjid dan surau seluruh pulau impian adalah dilarang sama sekali. Namun kenyataan sebenar, hanya bunyian lain selain azan sahaja yang dilarang. Seusai laungan ...

Aku memikirkan tentang darah haid semasa solat tadi.....

Imej
Suatu ketika, Al Imam Al Ghazali menunaikan solat berjamaah bersama ibu dan adiknya. Seusai solat, sang ibu berkata, "Saudaramu tadi telah mufaraqah dari solat...." Terfikir sejenak sang imam, mengapa saudaranya bermufaraqah darinya..adakah kerana kesilapan dirinya selaku imam solat atau ada sesuatu yang lain kerana masalah peribadi? Maka dipertanyakanlah oleh si abang akan adiknya perihal mufaraqah akan dia dari berjamaah sebentar tadi. Pada awalnya sang adik tidak mahu menjawab. Namun setelah didesak dan diasak beberapa ketika, adik lalu mengalah dan menceritakan, "Tadi aku melihat pakaianmu berlumuran darah..maka aku meningglakanmu...." Wah....bila masa pula pakaiannya berlumuran darah? Setelah difikir sejenak, maka baru ia teringat, ketika solat tadi, dia terfikir bahawa ibunya yang sedang solat bersamanya adalah wanita biasa. Bagaimana kalau ketika sedang solat tiba-tiba keluar darah haid, adakah batal solatnya? Adakah kerana fikira...

Di balik bilik kecil..

Imej
Dari sekeping jendela tingkap di blok bertingkat inilah sejak 10 hari yang lepas, penulis melihat dunia dan langit yang bertukar ganti. Sebentar ia cerah. Kemudian ia mendung dan pergi. Dari jendela ini penulis melihat sang mentari muncul dan kemudian diganti pula oleh rembulan. Dari jendela ini penulis melihat hari yang paling malang bagi seluruh rakyat negara ini dimana usul TPPA di luluskan di Dewan Rakyat dengan majoriti undi blok. Dari jendela ini juga penulis tergamam dengan kemurahan hati seorang pemimpin negara yang sanggup memulangkan kembali wang derma kepada yang memberi derma... Dari jendela ini penulis dikenalkan dengan tokoh² falsafah sepanjang zaman...Aristotle dan gurunya Plato, serta guru kepada Plato iaitu Socrates.. Penulis juga melihat dari jendela dan disapa oleh teori negara sempurna hasil pemikiran Plato, Kallipolis...Ah..kalaulah Plato masih hidup kini, tentu dia menangis melihat perlakuan ganas ahli politik masa kini yang tidak menghira...

Berkenalan dengan Plato dan Aristotle

Imej
Kelas malam sabtu hanya satu sahaja kelas sepanjang hari selepas golek gelentang membaca dan study untuk persiapan  esok  hari  yang paling mencabar. Semasa menaiki bas selepas usai solat, hati tertanya-tanya, mengapa macam tak ada orang je malam ni? "agaknya dia orang tak pergi kelas kot. Esok ada dua PB yang penting..." Mungkin ada rasionalnya kata sahabat tadi. Esok ada dua PB untuk subjek Isu-Isu Semasa Sosiologi & Antropologi serta Falsafah Sains Politik. Di kepala masih teringat-ingat teori tentang Pengecualian Sosial yang mempunyai empat elemen penting dan juga teori strasifikasi sosial yang dikatakan akan keluar dalam bentuk soalan esei esok.  Namun untuk subjek falsafah politik masih kabur dek kerana belum sempat mendapat sentuhan. Sepanjang siang Jumaat hanya sibuk membaca nota-nota subjek ANSOS sahaja...Pengertian falsafah...pengertian falsafah sains sosial...pengertian mazhab-mazhab falsafah barat....ontologi...epistemologi ... mengkaji p...