Catatan

Selepas Lapan Belas Hari...

Imej
Hari ini merupakan hari ke lapan belas umat Islam melalui bulan Ramadhan. Cuaca di daerah tengah gapura selatan agak hangat. Kakitangan awam di gapura selatan pulang lebih awal dari khamis di luar Ramadhan. Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada staf muslim dan muslimat membuat persiapan awal untuk menyambut iftaar.  Program² iftaar semakin rancak di adakan di sana sini, sama ada dalam bentuk rasmi mahupun tidak rasmi. Daripada geng motor hinggalah kepada geng koperat, semuanya telah memasukkan jadual iftaar bersama rakan sejawat sekurang² nya sekali dalam era Ramadhan 1437... Malam seusai iftaar, kelihatan jamaah ini lebih senang berpusu-pusu memakmurkan Ramadhan dengan mengimarahkan bazaar² yang penuh bercahaya dan bergemerlapan, seolah-olah sang kalkatu yang mabuk cahaya. Jamaah masjid kelihatan mula mengecil, tidak seperti minggu awal Ramadhan yang mengembang dengan sangat mendadak!! Lagu² sambutan syawal semakin bersemarak dengan gema penuh kekuatan dan ...

12 hari telah berlalu

Imej
12 Ramadhan, bertepatan dengan hari Jumaat, hari hujung minggu bagi negeri² Melayu Tidak Bersekutu. Suasana hari agak redup dan mendung, dengan titisan hujan yang lemah.  Khutbah Jumaat berkisar mengenai kematian dan persediaan untuk menghadapinya. Mendung di langit sejak dhuha tadi kelihatan semakin memberat dan akhirnya memuntahkan titis-titis hujan yang agak lebat dan berhenti sebaik takbiratul ihram sang khatib Suasana ramadhan masih seperti tahun² sebelumnya, media massa masih berperan untuk mempamerkan bahawa muslim berpuasa hanya kerana hendak berhari raya. Bahkan di gedung² jualan, lagu² hari raya semakin rancak diputarkan, bahkan sejak awal-awal Ramadhan lagi.  Rindu untuk memeluk Ramadhan sebagaimana para sahabat dahulu mendambakan Ramadhan...entah bila kapan berlaku? Wallahu a'lam

Jom masuk syurga ...

Imej
Satu ketika tatkala semua sahabat sedang duduk bersama² Rasulullah SAW di dalam masjid, tiba-tiba baginda bersabda yang bermaksud,  "Sebentar lagi akan muncul ahli syurga.." Maka beberapa detik kemudian masuk seorang pemuda dari pintu masjid yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Bukan dari kalangan sahabat besar ataupun dari kalangan yang kelihatan kuat beribadah. Keesokan harinya, Rasulullah SAW menyatakan hal yang sama, dalam keadaan para sahabat juga sedang duduk bersama-sama baginda di dalam masjid. Dan selepas beberapa deik, pemuda semalam yang dijamin syurga oleh baginda SAW muncul lagi di muka pintu masjid dan masuk ke dalamnya. Pada hari ketiga, baginda mengucapkan jua hal yang sama, dan para sahabat pun ternanti-nanti siapakah gerangan yang dijamin syurga itu, maka kelihatan sekali lagi sang pemuda semalam dan juga kelmarin muncul di muka pintu masjid dan masuk ke dalamnya. Seorang sahabat, Muaz b Jabal, begitu kuat keinginannya untuk mengetah...

Kenduri kawin paling memualkan ...

Imej
Sabtu pertama bulan Mei, sebaik selepas zuhur, hujan turun mencurah membasahi bumi. Perancangan perlu diteruskan untuk menghadiri majlis walimah jiran. Ianya tidak dibuat di rumah milik jiran. Tetapi di suatu lokasi yang disewa khas.. Maka tatkala hujan agak reda sedikit, kami berlumba-lumba masuk ke dalam perut kereta. Sebaik sahaja memulakan perjalanan, hujan kembali turun dan bertukar dari gerimis kepada lebat. Berkebetulan, terdapat empat lampu isyarat yang harus dilalui. Keadaan hujan lebat, kereta berderet dan yang paling kurang menyamankan ialah, lampu isyarat begitu cepat bertukar kepada merah dan begitu lambat pula untuk kembali hijau!!!! Perjalanan terasa begitu jauh sekali meskipun jaraknya hanya sekitar 2km sahaja. Kami akhirnya tiba di lokasi dalam keadaan hujan masih mencurah turun. RahmatNya begitu ghairah turun ke permukaan bumi.. Kereta kami masuk terus ke laman bangunan yang berkebetulan kosong dan paling hampir menuju ke dewan. Kami terpaksa menunggu agak la...

Sarapan pagi dengan kos RM0.25...biar betik!!

Imej
Pagi Ahad nan indah..mungkin di lokasi lain para pekerja masih bercuti, tetapi tidak di beberapa buah negeri, seperti hujung semenjung emas yang kedengaran semakin garang kini... Kami berempat bersarapan di salah sebuah warung yang boleh dianggap paling popular di muqim ini. Kalau disebut sahaja tentu ramai yang tahu. Menu utama ialah roti canai. Ada juga nasi putih berlauk. Namun roti canai berkuah daging kambing adalah yang paling terlajak laris ... Tatkala tiba, kami bertemu dengan empat orang pemuka-pemuka organisasi. Selepas bersalaman, kami mengambil lokasi pilihan yang kelihatan masih kosong. Setiap seorang membuat pesanan setiap seorang satu roti kosong dan satu roti telur atau roti tampal (istilah untuk roti kosong yang ditampal dengan telur mata). Air setiap seorang adalah berais kecuali dua ... Lama masa menunggu tidak pula dijangka. Meskipun pelanggan ramai dari kepelbagaian kaum, namun pada pandangan penulis, kami adalah antara yang 'awal' tiba di waru...

Melaka...Disini Segalanya bermula..

Imej
Tajuk yang agak menarik. Sebenarnya penulis berpeluang untuk menyertai hari keluarga anjuran organisasi orang rumah. Lokasi adalah salah sebuah hotel atau resort di Melaka. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9.15 pagi dan menikmati sarapan pagi di warung tepi jalan dalam kawasan Ayer Hitam. Warung ini menawarkan sate selaku sarapan di pagi hari bersama menu lain seperti lontong, mee rebus dan sebagainya. Sudah agak lama penulis berhajat untuk singgah di warung tersebut namun baru kali ini hajat itu dikabulkan. Selesai sarapan, kami memecut menuju ke MITC Melaka. Kami tiba sekitar jam 11 pagi di kawasan aktiviti utama untuk acara bowling. Acara tersebut hampir berakhir tatkala kami tiba. Penulis telah kena pau dengan putera penulis dek permainan yang menyilaukan matanya... Kami kemudian bergerak ke Mydin Ayer Keroh. Ya...itu adalah kali pertama penulis menjejak kaki ke sana. Sebaik menurunkan isteri dan anak², penulis bersegera menuju ke Masjid Alami yang berhampiran. Sempat...

Kalau hadir mesyuarat kena buat perkara ini!!

Imej
Mungkin ada di kalangan kita yang biasa hadir untuk mesyuarat. Sama ada sebagai wakil bos, ataupun sebagai wakil pejabat, ataupun selaku wakil organisasi, ataupun sememangnya itu merupakan tugas hakiki kita. Tidak dinafikan ramai di kalangan kita yang kurang gembira untuk hadir mesyuarat. Lebih-lebih lagi jika kita dipaksa untuk mewakili bos kita. Bos pula jenis suka berwakil wali tanpa mengira jenis mesyuarat. Kalau mesyuarat tersebut antara orang biasa yang selevel jawatan atau lebih kurang dari kita, atau tinggi sedikit sahaja dari kita, mungkin hati tidak terlalu gusar. Tetapi pabila kita diminta mewakili bos yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan dipengerusikan oleh yang nombor wahid dalam organisasi, rasa cemas dan risau juga. Cemas kerana di kalangan ahli mesyuarat, semuanya adalah dari kalangan bos-bos sahaja. Tiada yang berjawatan selevel kita. Kedua, jika ditanya oleh pengerusi akan sesuatu yang diluar jangkaan.Tentu berpeluh seluar untuk menjawabnya. A...