Catatan

Antara RM500, RM1,000.00 dan 2 bulan setengah ....

Imej
Maka berkatalah tuan presiden cuepacs sebagaimana dipetik dalam portal Malaysiakini bertarikh 23 Mei 2017 (http://www.malaysiakini.com/news/383188)  bahawa kerajaan diminta untuk mempertimbangkan pembayaran bantuan khas hari raya berjumlah paling minimum sebanyak RM1,000.00. Kerajaan Selangor pula telah mengumumkan bonus hari raya kepada kakitangan awam negeri sebanyak 2.5 bulan gaji sebagaimana yang dilaporkan dalam media selangor. Namun ada yang mempersoalkan dari mana pula kerajaan selangor memperoleh wang sebanyak itu untuk membayar bonus kakitangan awam? Soalan ini sama seperti menyoal pemberi sedekah oleh yang menerima sedekah, "Dari mana tuan dapat duit memberi sedekah kepada saya?". Ataupun seolah menyoal majikan yang kita makan gaji setiap bulan, "dari mana tuan dapat duit membayar gaji saya setiap bulan?" Namun ironinya, kenapa yang bertanya tak pula bertanya kemana wang hasil mahsul kerajaan pusat selama ini pergi jika seqadar menghargai kaki...

Berbilang guru atau hanya seorang guru?

Penulis memulakan pengkisahan ini dengan merujuk kepada sebuah institusi agama yang dinamakan sebagai masjid yang melaksanakan kepelbagaian program pengimarahan yang kelihatan ketara.  Paling ketara ialah majlis ilmu yang semakin berkembang dan membiak dengan baik dan hebat. Cumanya, hanya satu orang guru sahaja yang dipanggil dan kerap di ulang panggil untuk beberapa sesi yang telah disusun. Boleh jadi untuk sepanjang tahun? Tatkala kita berada di sekolah rendah dan menengah bahkan di peringkat universiti sekalipun, guru² yang mengajar kita ada pelbagai bidang tersendiri. Tidak semua ilmu yang disampaikan hanya oleh seorang guru sahaja. Tidak berlaku guru A mengajar Matematik, guru A juga mengajar Bahasa Melayu, guru A juga mengajar Bahasa Inggeris, Guru A juga mengajar lukisan. Hal itu tidak berlaku. Kecuali tatkala berada di sekolah agama atau dipanggil dan gelar juga sebagai sekolah igama. Hanya seorang guru sahaja yang mengajar kesemua kitab seperti ibadah, tauhid...

Sunni di negaraku?

Imej
وَإنّ هذِه الِملّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الجَنّةِ وَهِيَ الجَمَاعَة (رَواه أبُو دَاوُد) Maknanya: “Dan sesungguhnya umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di dalam neraka, dan hanya satu di dalam surga yaitu al-Jama’ah”. (HR. Abu Dawud). Oleh Muhammad bin Abdullah Al-Wuhaibi As-Sunnah dalam istilah mempunyai beberapa makna[1]. Dalam tulisan ringkas ini tidak hendak dibahas makna-makna itu. Tetapi hendak menjelaskan istilah “As-Sunnah” atau “Ahlus Sunnah” menurut petunjuk yang sesuai dengan i’tiqad Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan : “….. Dari Abu Sufyan Ats-Tsauri ia berkata : اِسْتَوصُوْابِآهْلِ السُّنَّةِ خَيْرًا فَاِنَّهُمْ غُرَبَاءُ “Berbuat baiklah terhadap ahlus-sunnah karena mereka itu ghuraba”[2] Yang dimaksud “As-Sunnah” menurut para Imam yaitu : Thariqah (jalan hidup) Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dimana beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para...

Ziarah SOGO

Imej
Sebagaimana tahun² sebelumnya, acara ziarah SOGO diteruskan lagi pada tahun ini. Cuma bezanya, ia dilaksanakan sebelum menjelang Ramadhan. Jumaat 15 Syaaban dipilih sebagai hari untuk safar ke sana. Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi. Singgah di warung kupi buat mengalas perut yang mula berbunyi. Lontong ayam goreng dan sate menjadi hidangan pagi. Sememangnya hidangan seumpama ini sukar untuk didapati di negeri² lain di Tanah Semenanjung Emas, melainkan di negeri yang tidak berkibar walau sedetik pun bendera Union Jack di tiang benderanya hingga kini. Sate yang biasanya dimakan di malam hari di warung² seantero semenanjung emas, dimakan sebagai sarapan pula di hujung selatan semenanjung emas. Sekitar jam 9.15 pagi kenderaan putih milik isteri penulis dipandu masuk ke lorong pengutip cukai lebuhraya. Untuk kepastian, penulis bertanya kepada sang petugas pengutip cukai lebuhraya akan pelaksanaan penggunaan pembayaran dengan menggunakan kad semata². Kununnya tidak lagi diterima...

Menjana kemenangan Islam atau menghancurkan Islam?

Imej
Bagaimana kita mampu menjana kemenangan Islam? Adakah kita yang bekerja di sektor awam, jauh dari medan politik, hanya menonton siaran tv arus perdana, membaca media berupa akhbar kertas semata², tidak ikut usrah, jarang mendengar ceramah, sekali sekala mendengar bacaan al quran, sekali sekala mendengar nasyid mampu menjana atau setidak-tidaknya membantu kemenangan Islam? Atau adakah kemenangan Islam itu hanya boleh didokong oleh kelompok elit tertentu bertitle ulama semata²? Jika perkara yang pertama itu jawapannya ya...bagaimana caranya? Cara paling mudah ialah... kita tidak menghalang orang yang mahu menegakkan agama kita untuk meneruskan aktiviti dan apa jua acara berkaitan. Kita dengan kuasa yang kita ada bahkan menggalakkan segala aktiviti Islami di mana-mana sahaja yang berada dalam ruang lingkup kekuasaan kita, seperti taman perumahan kita, atau masjid kita, ataupun di bangunan tempat kita bekerja.  Maka apakala kita diberi nikmat kuasa dengan jawatan tin...

Adakah kita bekerja untuk kemenangan Islam?

Imej
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Az Zariyat :56) Ayat ini begitu jelas dan terang menyentuh mengenai tujuan atau misi manusia dan jin diciptakan iaitu hanya untuk mematuhi perintah Allah. Maka apakah sepanjang kehidupan kita dalam 24 jam misalnya adakah kita berjaya mencapai KPi pematuhan dan pengabidian sebagaimana yang dituntut dalam ayat ini? Adakah ini membawa maksud manusia hanya diperintah untuk duduk di atas sejadah atau duduk di masjid semata² tanpa melakukan pekerjaan lain? Adakah kita keliru dengan keadaan ini? Adakah hanya dengan memenuhi tuntutan fadhu ain harian, seperti solat sudah mencukupi? Satu waktu solat lebih kurang 10 minit dihabiskan dengan iringan zikir. Ertinya lima waktu baru 50 minit daripada 24 jam...lantas dimana kita letakkan lagi 23 jam 10 minit itu? Adakah dengan bekerja kita mencari nafkah kita dianggap mematuhi ayat ...

Akhirnya kapal itu karam....

Imej
Kapal lama yang cuba dinakhodai oleh orang baru itu rupanya tidak mampu bertahan lama. Realitinya, ia semakin hampir menemui jalan tenggelam selepas dibadai tsunami yang lebih hebat dari Aceh 2014. Segala usaha berbentuk subversif akhirnya berjaya melobangi bahtera itu dan air laut membaham ganas masuk ke perut bahtera. Hanya tinggal dek yang separa patah sahaja kelihatan. Meski ingin ditutup mulut awak² agar jangan menceritakan perihal kapal kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang menanti dengan harapan di pelabuhan dan daratan, namun hembusan angin meski kelihatan selembut sutera cina, ianya tiba juga ke cuping para penanti di daratan. Dan akibat perbalahan politiking yang sebegitu hebat oleh segolongan proletariat yang suka untuk bersenggama dengan borjouis demi mengaut secebis nasi jelantah buat mengisi tembolok yang kian kelaparan dan dahagakan kuasa, maka diperturutkan jua. Akhirnya, semua proletariat yang mengharapkan kepada sebuah tesis sebenar dari sang pejuan...