Catatan

Bila geraham dicabut dua : dunia seakan terbalik

Imej
Hari keempat bulan hijrah Ar Rasul ke 1439, menjelang waktu Dhuha yang agak terik, penulis terkocoh² menuju ke klinik pergigian dalam organisasi yang terletak beberapa langkah daripada pintu pejabat penulis. Nawaitu penulis telah nekad untuk menamatkan gangguan pada geraham kanan yang semakin menyesakkan. Sebaik masuk ke dalam pintu kaca, penyambut di kaunter memaklumkan bahawa doktor tiada di pejabat pada hari ini. Maka bersegera penulis membelek laman sesawang organisasi untuk mencari klinik gigi yang menjadi sidang panel. Maka terpapar satu nama baru yang agak berhampiran. Selepas cuba menghubungi rakan² untuk bertanyakan klinik yanglebih selesa tetapi gagal mendapat jawapan sama ada secara lisan maupun tulisan, penulis terus sahaja meredah pergi ke klinik tersebut. Sebaik tiba di lokasi, nama klinik ada tapi klinik biasa. Bukan klinik pergigian. Cuba menghubungi no yang tertera pada laman sesawang...ada dua nombor tapi tiada sebarang jawapan.  Maka, tanpa berfikir panj...

Khutbah eid: masih di takuk lama

Imej
10 Zulhijjah kembali bertandang untuk tahun 1438, bertepatan pada hari Jumaat penghulu segala hari. Solat Eid dihadiri penulis berlokasi di jame daerah tengah Gapura Selatan yang telah berusia beberapa abad. Penulis bersama keluarga agak tergesa² menuju ke masjid tersebut kerana takut terlewat. Kebiasaan masjid akan mengadakan solat eid adha agak awal berbanding solat eid fitri kerana hendak mengejar waktu menyembelih korban. Lagipun masa untuk menyembelih untuk hari ini agak ketat kerana mengejar kehadiran solat Jumaat. Sebaik tiba di perkarangan masjid, kedengaran suara pegawai masjid sedang memberi keterangan berkaitan fadhilat mengerjakan solat sunat eid adha. Beberapa minit selepas melabuhkan kenderaan di lokasi yang difikirkan sesuai, maka seruan solat kedengaran. Kami bergerak masuk ke dalam ruang masjid yang sudah dipenuhi jamaah. Berbeza dengan keadaan waktu Subuh pagi tadi yang hanya tidak sampai satu saf dipenuhi manusia. Seusai solat eid, terdapat beberapa wajah ya...

Ganjil sang muazzin jumaat

Imej
Jumaat 10 zulkaeadah 1438, Jumaat di jame daerah tengah gapura selatan. Sudah agak lama tidak berada d masjid milik penuh pemerintah ini untuk menghadiri jamaah Jumaat disebabkan kesibukan urusan duniawi. Penulis sering bertukar masjid untuk menghadiri jamaah Jumaat. Seusai tahiyyatul masjid, duduk merenung diri. Dari balik pembesar suara yang terpasang di menara, kedengaran sayup bacaan ayat al quran. Kemudian bacaan itu terhenti dan digantikan dengan bacaan berbahasa ibunda. Boleh jadi pembacaan tafsir ayat yang dibacakan tadi tetapi tidak jelas kerana pembesar suara dalam ruang solat tidak dipasang. Mungkin kerana rosak atau tidak perasan. Namun keadaan ini sudah saban minggu berulangan yang membuktikan ianya bukan atas faktor lupa atau ketidak senghajaan. Ianya boleh dianggap sebagai dirancang. Timbul lagi persoalan, untuk siapa bacaan tafsir itu? Untuk orang di luar masjid mungkin. Ini kerana di masjid lain dalam daerah tersebut, seperti masjid raya dalam kampung tersohor ya...

Sesak di Kluang Mall

Imej
Kluang Mall sekitar jam 10 malam, malam ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 60. Bangunan plaza perniagaan yang tergah di bandar Bat Town yang mengenakan bayaran RM1 kepada setiap kenderaan yang masuk menumpang parkir dibawah lembayung lindungan bangunan tersebut pada hari-hari biasa, dan bertambah kepada RM2 pada hujung minggu, berbanding BP Mall yang tersohor dan meniti di bibir penduduk Penggaram, yang turut menawarkan pelbagai dagangan dan kedai namun tidak mengutip sebarang bayaran untuk kenderaan pelanggan menikmati faedah yang sama dengan apa yang diterima di Kluang Mall, tanpa ada sebarang kekurangan atau kelebihan yang wujud. Berbalik kepada kisah 10 malam. Penulis dan isteri baharu sahaja selesai menikmati makan malam di salah sebuah restoran yang menawarkan makanan ala western, namun perisa sudah agak jauh daripada zaman awal penawarannya. Sebaik masuk ke perut kenderaan, selepas berjaya membayar RM1 wang meletak parkir, dashboard menunjukkan ke angka 10 malam. Kendera...

Menggapai Kaison Di JJ Tebrau

Sekitar jam 3 petang, penulis bergerak dari Bat Town menuju ke lokasi biasa atas tujuan menyiapkan visi. Singgah di sebuah kedai makan asam pedas ikan air tawar di tepi jalan utama. Dengan harga yang amat berpatutan, seketul kepala ikan terhidang dalam rendaman asam pedas kemerahan. Seusai makan, kami terus bergerak menuju ke destinasi. Perjalanan lancar hinggalah tiba di hujung tol, dimana penulis telah menyelesaikan qasar asar dan meneruskan perjalanan berpandukan GPS. Sebaik menghampiri pintu tol kedua untuk bayaran RM2.10, kelihatan deretan panjang kenderaan. Pada mulanya disangkakan akibat kesesakan kenderaan yang bertambah dek kerana musim cuti sekolah. Tetapi setelah keadaan agak lama, dan setelah dipertanyakan kepada jurutol yang bertafakur di dalam kotak tol, maka ketahuilah adanya lori yang terbalik... Maka dari jam 4.55 pm hingga membawa ke jam 6.30 p...barulah selesai melintasi lori yang celaka, maka roda kenderaan baru deras akan pusingannya. Kami tiba di lokasi b...

Menggapai Kepimpinan Al Fateh

Imej
Al Fateh adalah nama besar dalam rantaian senarai para pejuang Islam yang dipercayai oleh banyak pihak adalah batang tubuh yang diramalkan dalam hadith Junjungan Rasulullah  ﷺ  Dari Abdullah bin Bisyr Al Ghonawi, ia berkata: Bapakku telah menceritakan kepadaku: Saya mendengar Rasulullah  ﷺ   bersabda: لَتُفتَحنَّ  القُسطنطينيةُ ولنِعمَ الأميرُ أميرُها ولنعم ال جيشُ ذلك الجيشُ “ Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu “ (Riwayat Ahmad, Bukhori, Ibn Asakir dan Thabrani) Sumber:   https://muslim.or.id/29300-derajat-hadits-bahwa-sebaik-baik-pemimpin-adalah-yang-menaklukan-konstantinopel.html Batang tubuh Al Fateh yang dibicarakan dalam program tengahari tadi mampu memberikan ledakan jiwa penulis dan pendengar. Ustaz Syaari Abd Rahman tidak pernah gagal dalam membuat sentuhan dengan sandaran wahyu ilahi. Dia berjaya menga...

The Last Day Of Syawal 1438

Hari terakhir syawal...untuk mereka yang ghairah meraikannya sejak malam eid hinggalah menjejak ke hari terakhir ini. Sambutan berupa jamuan dan marhaban (khusus bagi penganut di sekitar gapura selatan) masih ada pada hari ini. Organisasi juga telah meraikannya beberapa minggu lepas. Seperti mana-mana sambutan hari raya, maka pengisian biasa adalah makanan, dan pengisian kedua yang penting juga, ialah muzik dan nyanyian. Muzik dan nyanyian adalah perkara yang amat sinonim dengan sambutan hari raya. Jika tiada keduanya, maka sambutan menjadi amat hambar dan lesu.  Dan pengisian lain ialah marhaban. Ianya juga merupakan elemen wajib yang mengharmonikan sambutan hari raya. Tanpa marhaban, bagi gapura selatan, seolah tiada sah akan kejadian sambutan itu adanya. Pengisian wajib lain dalam sambutan hari raya peringkat organisasi adalah bacaan doa, dan ianya adalah sesuatu yang dianggap rasmi, sebagai melambangkan pemahaman masyarakat  terhadap perlembagaan Malaysia ...