Catatan

Kluang-Ipoh-Kluang by 11 hours

Imej
10 Jamadil Akhir , 1439 tahun dari hijrah Ar Rasul Sejarah baru terpahat dalam diari kehidupan penulis dimana penulis memulakan safar pagi sekitar jam 7.10 pagi dari rumah menuju destinasi Ipoh Perak...dengan jarak 400km lebih. Dan tugasannya ialah, menghantar isteri ke Ipoh, then kembali semula ke rumah pada hari yang sama tanpa bermalam!! Kenderaan masuk ke pintu tol Ayer Hitam sekitar jam 8.15 pagi. Sesuatu yang paling memualkan bila hendak menambah amaun touch n Go, kaunter off line. Sesuatu yang sangat unik, dimana wang kita diperlukan, tetapi cara nak membuat bayaran dikekang dan dihadkan. Sistem ini seolah tidak sesuai dan tidak relevan. Jarang sekali kaunter tambah nilai di lorong masuk menemui on line....Kerap off line dan meresahkan sang pemandu... Meninggalkan pintu tol masuk dan memecut menuju ke destinasi dengan kelajuan 140km per jam. Kenderaan hanya diperlahankan sedikit di kawasan yang disyaki mempunyai penunggu yang bisa 'menarik' duit dari pok...

Lawatan Pagi Ke Pejabat Lama

9 Jamadil Akhir tahun ke 1439 dari Hijrah Ar Rasul Lawatan mengejut diadakan ke pejabat lama yang telah ditinggalkan setahun yang lalu....Sungguh mengujakan... Jika dahulu penulis meninggalkan pejabat tersebut yang agak padat kependudukannya berpusat dan tersusun, kini selepas setahun, ianya kelihatan luas dan mewah, hingga dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu ruang pentadbiran dan ruang operasi khusus. Sangat nyaman sekali. Sungguh berbeza dari yang dahulu... Bukankah sudah dikatakan bahawa pemergian penulis dari pejabat tersebut mampu menyuburkan lagi serta menyerlahkan penduduknya ? Kepada Tuhan dipanjatkan segala puji...

Jika Dia sudah mengundangmu kepadaNya ...

Imej
Menjelang Dhuha yang terik tanpa teduhan sejak 14 hari lepas, penulis dan rakan mengambil sedikit sarapan pagi di kafe milik organisasi. Berkebetulan bertemu dengan susuk seseorang yang biasa ditemui sebelum ini. Pernah menyertai kursus BTN bersama. Untuk makluman, penulis menghadiri kursus BTN sebanyak dua kali. Tatkala itu kursus tersebut diperlukan untuk melepasi PTK 1 yang membolehkan pergerakan gaji. Jika tiada hadir ada kemungkinan tiada pergerakan gaji....Kali pertama hadir penulis diisytiharkan gagal. Kegagalan adalah bukan kerana tidak melepasi markah untuk peperiksaan bertulis, tetapi kegagalan di sebabkan LDK. Markah yang diberi hanya sipi² sahaja untuk mencapai tahap lulus. BTN itu mengandungi dua tahap untuk ujian kelulusan. Tahap I adalah berdasarkan LDK yang dihadiri manakala tahap II berdasarkan ujian bertulis. Jika kegagalan kerana ujian bertulis, maka calon hanya perlu menduduki semula ujian tersebut. Tetapi jika gagal kerana ujian di peringkat LDK, maka calo...

SOP After Daily Prayer ...

Imej
Menjelang zuhur hari pertama bulan Jamadil Akhir, tatkala masyarakat majmu dalam negara semenanjung emas asih terpesona dengan perayaan lunar, limau manis (juga masam) dan juga tarian naga dan letusan mercun ... Penulis singgah di salah sebuah surau di pinggir kota berhampiran dengan stesen kenderaan awam berpusat. Berkebetulan, ada jenazah yang menunggu untuk disolatkan (betul ke istilah ni?) Seperti biasa, sang muazzin akan iqamah seusai dilihat semua jamaah yang hadzir telah selesai menunaikan solat sunat. Namun ada juga beberapa lokasi yang dilaporkan muazzin buat dek jek, kalo rasa nak iqamah, terus je, tak toleh kiri kanan lagi... Maka solat pun didirikan dengan sempurna. Seusai salam, maka sang imam meneruskan SOP biasa amalan ASWJ Aliran Asyairah Wa Maturidiah Konsep Asia Tenggara, iaitu dengan memperdengarkan bacaan wirid dengan suara kuat (hingga kedengaran ke stesen kenderaan awam). Namun, tiada ia membaca akan tasbih, tahmid dan takbir setiap satu 33 kali sebag...

Asyairah Wa Maturidi ... Antara Kefahaman dan Paksaan

Saban Jumaat, sejak tahun hijrah Ar Rasul ke 1438, jika tidak silap pendengaran, kalimah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah Wa Maturidiah, adalah kalimah yang menjadi sebutan wajib di mimbar² milik penguasa agama hujung semenanjung emas yang sering juga dikenali sebagai gapura selatan. Seolah² pihak penguasa agama di jajahan takluk ini amat prohatin terhadap pegangan aqidah umat dalam kekuasaannya dan menekankan atau mengisyaratkan bahawa hanya aliran ini sahaja yang boleh diterima sebagai aliran massa di negeri tersebut. Bagaimana pula dengan aliran yang lain tetapi masih dibawah ruang lingkup mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? as-Safarini al-Hanbali pula menyebut dalam kitabnya Lawami’ a l-Anwar al- Bahiyah : “ Ahli Sunnah Wal Jamaah ada tiga kumpulan. Kumpulan pertama ialah al-Athariyyah dan imamnya ialah Ahmad bin Hanbal Radhiallahu ‘Anhu. (Kumpulan kedua ialah) al-Asya’irah dan imamnya ialah Abu al-Hasan al-Asy’ari Rahimahullah. (Dan kum pulan ketiga ial...

Wahabiah : Polemik Yang Berterusan

Imej
Wahabi dianggap satu penyakit dalam masyarakat muslim, khususnya di Semenanjung Emas. Beberapa negeri yang begitu kritikal terhadap ajaran ini telah mengambil jalan 'selamat' dengan melakukan tekanan dan menggunakan kuasa sedia ada untuk melemahkan pendokong ajaran seumpama ini. Adakah selepas ini akan timbul pula golongan yang menunaikan umrah dan haji, tetapi solat di dalam bilik hotel dengan alasan tidak boleh berimamkan orang yang sesat, iaitu imam² masjid haraam dan masjid nabawi?  al-Bazz a r dan at-Tabar a niy meriwayatkan hadis daripada Abi ad-Dard a ’ yang beliau nyatakan secara marfu‘: ,   الصَلَاة فِي المسجد الحرام بمائة ألف صلاة ، و الصلاة في مَسْجِدِي هَذَا بأَلْفِ صَلَاةٍ و الصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة   - “Solat di Masjidil Haram (ganjarannya) adalah sebanyak seratus ribu (100,000) solat dan solat di masjid ku ini (Masjid Nabawi) (ganjarannya) adalah sebanyak seribu (1000) solat dan solat di Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) (ganjarannya)...

Jumaat di Naungan Selatan Sungguh .....

23 Jamadil Awwal tahun ke 1439 selepas hijrah ar Rasul, selepas beberapa lama meninggalkan jajahan selatan, Jumaat ini berada di masjid jame di tengah² gapura selatan. Kembali kepada kaedah biasa yang diamalkan sejak turun temurun dan dipertahan dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi, bahawa di antara azan kedua dan khutbah Jumaat, WAJIB diselangi dengan bacaan peringatan sang muazzin akan larangan berkata-kata tatkala khatib sedang membaca khutbah. Seolahnya, tidak sah bacaan khutbah andai kata muazzin meninggalkan peringatan tersebut. Atau penyampaian khutbah akan gagal andai muazzin memperingatkan perkara tersebut sebelum dikumandangkan azan pertama..., atau paling viral kini, muazzin mungkin akan dicop sebagai pengikut ajaran wahabiah dan berkemungkinan juga diperjauhkan dari pembesar suara untuk setiap waktu... Perkara wajib kedua, ialah membaca doa dengan suara mendayu dan berlagu antara dua khutbah, iaitu semasa khatib duduk dan menunggu khutbah kedua. Sekiranya gag...