Catatan

Kemenangan di awal pagi

23 Syaaban 1439 adalah merupakan hari membuang undi untuk seluruh persekutuan Tanah Melayu termasuk utara borneo dan juga S'wak. Hari ini juga turut dikenali sebagai Pilihanraya UMUM yang ke 14... Hari ini adalah hari Rabu. Namun pihak pemerintah mengisytiharkan hari ini sebagai hari cuti  untuk membolehkan rakyat yang bekerja untuk keluar mengundi... Penulis keluar mengundi sekitar jam 9 pagi bersama isteri. Penulis mengundi di SK Kg Melayu ... Tatkala tiba, orang ramai sudah berpusu² di pusat pembuangan undi. Penulis tatkala masuk di pintu pagar sekolah disapa oleh seorang petugas SPR bertanyakan no saluran... "Erkk...kalau tak tahu macammana?" "Boleh check di kaunter,,," Penulis sebenarnya telah melihat maklumat tersebut dalam laman sesawang namun tidak pula menyangka ianya berguna semasa hari mengundi. al maklumlah, 5 tahun sekali!! Pusat pembuangan undi kali ini kelihatan begitu sesak meskipun baru jam 9 pagi. Suasana ini amat berbe...

Al Kisah PH di Tengah Gapura Selatan

12 Syaaban 1439 tatkala memandu melalui bulatan pertama yang boleh membawa kenderaan ke bandar tengah daerah gapura selatan, ianya kelihatan lebih sesak daripada biasa. Kenderaan yang terempang akibat lampu isyarat juga mengalir agak perlahan daripada biasa. Dari jauh kelihatan gemerlapan lampu menyinari kawasan lapang berhampiran taman tasik yang menjadi tumpuan warga kota ini menikmati waktu petang dengan aktiviti sihat seperti berjoging. Setelah dekat, kelihatan pentas raksaksa dengan banner besar bersama gambar tiga individu yang bakal mewarnai bandar tersebut tersergam indah. Tatkala membuat laluan pertama dengan sedikit sesak, kedengaran hanya suara menggunakan bahasa Cina. Selepas membuat pusingan di bulatan, laluan kedua memperdengarkan suara juga dalam bahasa yang sama. Akhirnya, setelah di amat-amati ada juga suara bahasa melayu daripada calun DUN yang bersempadan. Cumanya, cerita yang dibawa adalah ulangan sahaja. Menceritakan kebobrokan pemerintah secara umum.  D...

Berminda Emas Sebelum Ramadhan

Imej
8 Syaaban 1439 sekali lagi penulis dan sahabat kanan bergerak ke pusat latihan buat menabur budi untuk sesi kedua. Tugasan telah dimulakan sejak pagi 7 syaaban lagi untuk menyiapkan lokasi dan juga tagging. Dengan menaiki kenderaan yang telah agak berumur dan berhawa dingin kurang dingin, penulis menuju ke lokasi sekitar jam 8.30 pagi dan sempat singgah sebentar untuk mengambil sarapan pagi. Kami tiba di lokasi sekitar jam 9.00 pagi. Menuju masuk ke pejabat dan menyiapkan beberapa peralatan yang sepatutnya untuk kelangsungan program keesokan harinya. Selepas jam 10.30 pagi, kami menaiki kenderaan tua menuju ke lokasi untuk membuat pemantauan dan juga pengecaman. Kembali semula ke pejabat dan kemudian sekali lagi ke lokasi. Penulis hanya sebagai pemandu manakala sahabat kanan yang melaksanakan kerja-kerja lapangan. Seusai jam 12.00, kami bertolak kembali ke pejabat. Keesokan pagi, kami bergerak ketika hujan lebat di jalanan. Dalam hati tidak putus berdoa agar hujan ...

The 3rd Project

Hari pertama dalam bulan Syaaban, sekali lagi penulis dipilih Allah untuk menabur budi kepada peserta program di sebuah perkampungan lama dalam sebuah daerah di negeri gapura selatan yang terbilang. Penulis dan sahabat kanan tiba di lokasi agak lewat meskipun program masih belum berjalan. Lawatan pertama ialah ke dewan makan menikmati sarapan percuma yang dihidangkan.  Program bermula sekitar jam 8.30 pagi dan penulis diletakkan di CP yang pertama. Di sini, penulis diminta menguji peserta dengan wang ringgit. Lokasi CP adalah di bawah pondok. Mentari dhuha agak terik pada pagi ini. Penulis ditugaskan bersama dengan 2nd bos unit latihan. Memandangkan peserta yang tiba agak tidak terkawal, maka terpaksa penulis membahagikan lokasi tugasan kepada dua segmen.  Terdapat empat kumpulan yang dibentuk dengan keahlian sekitar 10 hingga 11 orang setiap kumpulan. Terdapat 3 CP yang diskripkan. CP kedua terletak di lokasi tepian pantai lama. Terdapat sekelompok perkuburan lam...

Melatih Bakal Pemimpin Berminda Emas

Imej
19 Rejab 1439 penghulu segala hari...penulis meninggalkan halaman rumah sekitar jam 7.15 pagi untuk menyelesaikan misi kedua untuk tahun 2018 masehi. Menuju ke rumah sahabat fasi yang terletak sekitar 5 km untuk membawa bersama ke kem latihan. Kemudian, kami singgah di warung lontong sate di pekan satelit. Kiri kanan jalan sudah mula dirimbuni dengan bendera berwarna biru pekat dengan lambang timbang sebagai tanda akan terbubarnya parlimen negara. Ah...apa dihairankan dengan politik negara yang caca marba. Pilihanraya selepas 13 kali dilalui boleh dianggap sebagai cop untuk mengesahkan keabsahan parti yang mentadbir negara sahaja. Tidak ada yang lebih menarik daripada itu... Kami kemudian mengambil PH yang menunggu di persimpangan jalan. Beliau ini adalah penting untuk memastikan kejayaan program yang telah dirancang. Seterusnya kami singgah lagi di warung tepi jalan untuk menunaikan hajat sang PH yang masih belum menikmati sarapan di waktu pagi... Melalui jalan kampung y...

Pagi Minggu di Jirat Cina

Hari pertama bekerja dalam minggu ini, penulis terlewat keluar rumah. Jam di dash board menunjukkan ke angka 7 pagi masih di kawasan rumah. Terkial-kila mengunci pintu pagar dan mendesup laju menuju ke seolah anak². Penulis tiba di simpang Petronas terakhir bandar Gotham City pada jam 7.28 pagi. Jika ikut situasi biasa, ianya masih belum terlambat. Sayang sekali, jalan tersebut telah mengalami keadaan sesak yang luar biasa. Oh, rupanya hari ini hari pertama bulan April, berkebetulan hari Ahad. Maka penulis sudah dapat mengesan punca kesesakan. Kaum Cina berpusu-pusu menuju ke jirat untuk upacara puja kubur. Ni golongan kuburiyyun nih... Sesak hanya selesai kira-kira 15 minit. Lantas penulis memecut laju mengejar waktu sambil berdoa agar Allah melipat bumi untuk penulis. Penulis berjaya berada di mesin jari sekitar jam 8.02 pagi. Sewaktu menghadap bos untuk tandatangan borang lewat, beliau agak terperanjat dengan situasi yang penulis gambarkan kerana katanya di negeri kampu...

Bermalam Minggu Di Stall Burger

Imej
Stall burger yang sangat meriah jika kita berkunjung ke bandar berkembar dengan Gothma City yang terletak di tengah peta gapura selatan ialah yang terletak berhadapan dengan klinik lama, menghadap ke sungai yang acap kali membuak tatkala musim tengkujuh dan juga hotel tersohor di bandar ini. Sayang sekali pengarah filem Batman untuk kesemua siri tidak mengenali bandar ini. Jika dia tahu, sudah barang pasti bandar ini akan dijadikan lokasi untuk penggambaran filem Batman yang terkini... Hampir setiap malam ianya dikunjungi ramai. Dibuka seawal jam 6 petang dan berakhir pada sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Berkebetulan penulis berhajat membeli beberapa butir burger di suatu malam minggu. Sekitar jam 10.30 malam, hampir dua dozen manusia pelbagai bangsa dan peringkat umur mengerumuni stall tersebut untuk membeli burger. Terdapat juga meja dan kerusi yang sudah penuh dengan pelanggan yang berhajat untuk makan di situ. Berbeza dengan berpuluh stall burger yang wujud di bandar ini, sta...