Catatan

kesatuan melayu : kesatuan Islam?

1. Sejarah politik semenanjung emas sekali lagi melakarkan sebuah epik terkini apabila parti islam dan parti nasionalis telah bersetuju secara rasmi untuk menzahirkan persandingan mereka dimana hubungan mereka senantiasa dipenuhi dengan teka-teki sejak sebelum PRU ke 14; 2. Ini bermaksud parti Islam telah berijtihad dan mengeluarkan qaul jadid bahawa parti nasionalis telah menggungguli kepatuhan syariah dalam siasah dan ini sekaligus memadamkan qaul-qadim dimana mereka menghukumkan parti nasionalis sebagai parti yang tidak Islam dari kacamata mereka; 3. Para pendudung (atau wala') parti Islam sejak awal lagi, bahkan sejak tercetus isu 90juta begitu yaqin bahawa mereka akan melangkah ke Putrajaya seawal sebelum PRU ke 15; 4. Parti Islam seolah mengambil langkah 'berundur ke belakang' dimana mereka kembali ke pangkuan dan dakapan parti nasionalis yang sememang mereka adalah berasal daripada embrio yang sama suatu ketika dahulu; 5. Parti Islam juga pernah beke...

Syoknya menjadi pelajar PJJ

Imej
Disamping kita merebut tips untuk menjadi pelajar PJJ dari kacamata ahli dunia, mari kita selami pula tips yang sama dari kacamata akhirat. Of course, tujuan atau nawaitu untuk kita melanjutkan pengajian itu untuk apa sebenarnya? Untuk mengejar sehelai kertas bernama ijazah? Betul...the selepas itu? Seorang sahabat sufi penulis pernah bertanya perkara ini, "Kalau kau nak further untuk dapatkan jawatan, lupakan aja..." Seorang pensyarah sains politik yang dikagumi pernah menyatakan, "Sepatutnya tujuan menghadiri kursus PJJ ini adalah kerana keghairahan terhadap ilmu. Maka nanti akan berhasil sesuatu yang dibuat dengan ikhlas dan jitu..." Ye betul...Jika kita datang hanya untuk keduniaan, maka kita tidak hirau kan sama ada kajian atau kerja kursus yang kita lakukan halal atau haram? Bagaimana itu? Iyelah, kalau tugasan yang disuruh kita lakukan kita lakukan sambil lewa, tidak bersungguh, mengharapkan idea orang, menyalin idea orang lai...

Tips menjadi pelajar PJJ

Imej
Selaku pelajar berusia yang baharu hendak kembali ke dunia akademik, terdapat beberapa perkara yang boleh penulis kongsikan dan dianggap sebagai tips. Antara yang paling penting ialah persediaan daripada segi mental dan fizikal di sepanjang pengajian. Tanpa dinafikan, selaku pelajar dan pekerja, terdapat banyak ujian dan halangan yang bakal mendatang. Selain pekerja, satu lagi tanggungjawab yang harus dijalankan ialah sebagai ketua keluarga (khusus untuk yang sudah beruamhtangga) Ramai di kalangan rakan² penulis yang berjaya mengharungi tahun pertama sahaja. Kemudian mereka drop pengajian dengan beralasan yang sama - akan sambung di tahun berikutnya. Namun, pengalaman menunjukkan yang drop akan terus hilang hinggalah batch penulis selesai menghadiri majlis konvokesyen.  Sebelum berkisah dan berhikayat mengenai tips, maka kita lihat terlebih dahulu cabaran yang wujud, antaranya; 1. Membahagikan masa Agak mencabar sebenarnya untuk kita membahagikan masa antara tu...

Buat Ijazah Pertama di usia 4 siries? Joom

Imej
Mungkin ada di kalangan kita yang masih berkira-kira untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam usia yang dikatakan 4 siries? Ye lah, masa zaman muda dulu, suh belajar malas katanya. Pelbagai alasan diberikan. Daripada tidak mendapat tempat di Universiti hinggalah kepada kedaifan dan kesempitan hidu[.  Ye, bagi sesetengah keadaan, kesempitan hidup adalah alasan yang sangat boleh diterima. Namun sampai bila? Ada manusia yang ditentukan Allah  أزواجال menemui kejayaan di awal usianya. Maka dia berjala mengikut sistem sedia ada daripada tadika hingga menggenggam segulung ijazah pertama di usia 20 an. Namun, mungkin dia diuji dengan sukarnya mendapat pekerjaan yang setara dengan nilai ijazahnya. Ada keadaan di mana manusia hanya berpeluang untuk mengejar cita-citanya di hujung baki usianya, maka dia hanya mampu menggenggam ijazah pertamanya tatkal berusia 40an. Bahkan ada yang berjaya menggenggam diploma di usia 40 an. Namun, sebelum itu dia sudah...

Outing : 1991 dan 2019

Imej
Jauh sangat agaknya perbandingan tersebut. Terlalu panjang zaman yang ditempoh. Tatkala penulis berada di sekitar kota gotham city semenanjung emas menjelang waktu asar, terpandang beberapa pelajar berbaju batik, berseluar gelap dan memakai alas kaki bukan kasut berlegar di tepi laluan sebuah kompleks membeli belah. Masing² kelihatan membawa sekotak besar maggi. Hanya seorang sahaja yang membawa beg plastik besar berisi tin biskut. Mungkin mereka menunggu kenderaan grab untuk pulang ke hostel berdasarkan HP yang sibuk dibelek di tangan salah seorang daripada mereka.  Kami dahulu tahun 1991 untuk outing dari asrama, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah mengambil buku bank daripada guru bertugas. Untuk mendapatkan buku bank, terpaksa mengisi borang dimana had keluaran maksimum wang adalah sebanyak RM90.00 sahaja. Sebaik mendapat kelulusan, buku diserah dan kami bergerak ke pekan kecil hanya berjalan kaki. Terpaksa beratur agak panjang di kaunter untuk menuunggu gilira...

Harga minyak dah turun rupanya

Waktu mentari dhuha yang mula menerik, dan anak-anak ayam mula keluar daripada bawah kepak ibunya, penulis meluncur laju menaiki kenderaan bertayar empat menuju ke organisasi. Pagi ini agak lewat kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di JKM Kluang. Tatkala singgah di kedai menjual cecair petrol, dan masuk ke dalam kedai sebaneka bersama kad debit dan kad pengumpulan mata, seperti biasa penulis menyebut, "RM77.00" yang membawa maksud 35 liter bagi cecair petrol yang diwarnakan serta disebut kuning, cecair bahan api paling murah untuk golongan proletariat. Pelayan muda di meja agak terpaku. Kemudian dia berkata, "abang nak isi 35 liter kan?" Oh..baru sedar, harga dah turun kepada RM1.93 seliter !! "Ok...RM67.55" Agak jauh bezanya, sekitar RM9.45. Tu boleh makan tengahari dengan begitu mewah tu. Sejak 28 Mac 2017, harga petrol paling murah yang dicatatkan ialah RM1.89 iaitu pada akhir Jun hingga minggu pertama j...

SKT Tahun baru : Recycling or what?

Seperti awal tahun sebelumnya, setiap organisasi akan menetapkan SKT - Sasaran Kerja Tahunan untuk dijadikan matlamat yang perlu dicapai pada akhir tahun kelak. Sebagaimana biasa, ketua pejabat atau organisasi akan membuat penetapan SKT untuk tahun tersebut. Namun pernahkah kita terfikir, sebagai seorang Muslim, apakah pernah kita menetapkan SKT tahunan kita? Mungkin kerana berlatar belakang pendidikan umum di negara semenanjung emas, ditambah dengan keadaan semasa dan persekitaran, kita kerap mendengar secara stereotype akan ungkapan azam tahun baru pada saban tahun. Dan pada akhir tahun, kita kerap di hidangkan pula dengan azam yang tidak dapat dilaksanakan. Keazaman remeh seperti hendak mengurangkan berat badan, sehingga membian sebuah empayar perniagaan adalah antara yang disogokkan kepada khalayak saban tahun. Namun selaku seorang muslim, pernahkah kita membuat penetapan SKT untuk diri sendiri? Adakah masjid yang diurus oleh mukmin itu ada membuat SKT tahunan m...