Catatan

AKLI Kota Tinggi

Ketibaan kami di AKLI sekitar jam 12 tengahari Jumaat yang agak nyaman. Perjalanan dari Ayer Hitam dengan menumpang kereta mentor bersama Tuan Guru (TG). Melalui jalan lama dilihat lebih selesa dan tenang. Peserta tiba tidak berapa lama selepas ketibaan kami. Bas yang menjanjikan untuk membawa peserta menunaikan solat Jumaat menghilangkan diri sebaik sahaja pelajar berjaya diturunkan. Urusetia tertipu mengatakan bahawa mereka hendak mengambil petrol atau diesel di stesen berhampiran. Agak malang selepas beberapa minit menunggu dan waktu Jumaat hampir tiba, bas tidak juga muncul. Bagi fasi yang berkenderaan besar, mereka menumpangkan beberapa pelajar lelaki untuk ke masjid, tetapi bilangan mereka terlalu kecil. Penulis, mentor, TG dan Pegawai Hutan II (PHII) menuju ke masjid yang paling hampir di kawasan perumahan. Usai solat Jumaat, TG menyatakan bahawa sebagai urusetia dan fasi, kita telah melepaskan tanggungjawab kerana janji pengusaha bas untuk membawa pelajar solat Jumaat, namun me...

sukarnya untuk istiqamah

lewat malam Isnin, sekitar jam 11.30 tatkala penulis duduk di hadapan note book melayari alam internet yang amat luas ini, terpampang di tv9 ulangan siri tanyalah ustaz yang membicarakan mengenai bulan Rejab dan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Zahazan Mohamad, antara pendakwah yang menjadi kegemaran penulis. Mskipun begitu, penulis tidak memberikan penumpuan terhadap ceramahnya kerana disibukkan oleh keseronokan pelayaran laman sesawang yang pelbagai. Namun, ada beberapa patah perkataan yang menarik perhatian penulis. Tatkala ada panggilan yang dibuat, mengenai fadhilat berpuasa sunnah rejab, maka dijawab dengan panjang lebar oleh ustaz. Antara lain, beliau mengaitkan bahawa kita ini terlalu taasub dengan amalan yang dilakukan oleh orang-orang lain selain Rasulullah SAW yang dilihat dan diceritakan amat hebat, hingga mengakibatkan orang yang tersebut memperolehi mati dalam keadaan husnul khatimah, seperti berpuasa tiga bulan berturut-turut, iaitu puasa dalam bulan Rejab, Syaaban da...

Penghulu mukim .. cabaran seorang muda

Penulis masih ingat tatkala menghadiri temuduga. Terdapat tiga orang panel yang ada. Penulis telah menyerahkan sekali surat sokongan yang diterima daripada setiausaha sulit MB johor yang diusahakan oleh seorang kenalan di pejabat penguasa agama. Soalan pertama yang dikemukan ialah ujian terhadap bacaan al fatehah. Kemudian ditanya mengenai diri kita secara umum beserta pengalaman kerja. Kemudian ditanyakan pula mengenai apakah yang ada di kompleks penghulu yang terpegun di dalam mukim-mukim di daerah. Memandangkan penulis masih belum berumahtangga pada ketika itu, ditanyakan masalah, bagaimanakah jika ditempatkan di kompleks penghulu yang terpencil di dalam mukim (sememangnya wujud kompleks penghulu yang agak terpencil) datang di tengah malam seorang wanita yang mengadu bahawa suaminya memukulnya, sedangkan balai polis dan hospital terletak agak jauh. Penulis hanya menjawap, tumpangkan terlebih dahulu di rumah ketua kampung. Penulis juga ditanyakan mengenai penyertaan dalam parti polit...

Adakah kita telah gagal?

Pagi Jumaat pejabat penulis mengadakan majlis tadarus al quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh kebanyakan pejabat dan jabatan lain yang terletak di dalam negeri Johor ini. Usai tadarus, ialah acara makan pagi yang disediakan oleh salah seorang staf. Perbincangan pada pagi yang hening ini berkisar mengenai kisah seorang ibu tunggal yang pernah dikhabarkan di dada akhbar berkaitan rayuan dan nasib beliau yang tidak mampu untuk menghantar anaknya ke menara gading dek kerana kesempitan hidup. Malang sekali, rayuan dan permohonan serta penderitaan beliau tidak pernah diendahkan oleh pihak berwajib yang memegang autoriti kewangan bersandarkan kepada agama. Akhirnya, beliau telah dibantu tanpa perlu mengisi borang berjela, mahupun perlu menagih dan merayu ke rumah penghulu atau ketua kampung. Sayangnya, bantuan tersebut telah datang dari pihak misionari!!! Pihak misionari sememangnya sangat haloba terhadap segala peluang yang membolehkan mereka menyuntik jarum-jarum halus yang berbisa bagi...

Maksiat di Kluang

Satu info yang amat menarik perhatian penulis tatkala menghadiri satu majlis kuliah Maghrib di Surau Al Falah. Mu'allim menyatakan bahawa statistik ke kes rogol untuk tahun 2009 di Kluang sahaja ialah sebanyak 88 kes. Hanya 8 kes sahaja yang benar-benar menepati pengertian rogol. Selebihnya atas dsara suka sama suka namun membuat laporan setelah mengandung bawah umur Kanun Kesiksaan iaitu seksyen 375 (selepas ini dirujuk sbg �KK�) iaitu jika berlaku persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan seseorang p�puan jika persetubuhan itu terkandung dalam salah satu daripada keadaan2 ini: 1) bertentangan dgn kemahuan p�puan itu; 2) dengan tiada kerelaan p�puan itu; 3) dengan kerelaan p�puan itu tapi kerelaan didapati dengan cara mendatangkan ketakukan kecederaan atau kematian secara salah tanggapan fakta yg mana lelaki itu tahu berkenaan salah tanggapan fakta itu; 4) dengan kerelaan p�puan itu kerana salah tanggapan p�puan itu menyangka lelaki itu ialah suaminya yang sah tetapi lelaki itu ta...

HROD dan kenangannya dari kacamata seorang fasi

Organisasi dengan segala kekuatan yang ada telah cuba mewujudkan kursus yang serupa dengan Sungkai. Bezanya, ia menggunakan fasi dari kalangan staf sendiri. Maka sekitar tahun 2004 juga, satu kursus TOT telah dilaksanakan bertempat di Ladang herba Pagoh. Penulis adalah antara yang terlibat dalam kursus tersebut. Ianya agak menyeronokkan kerana berbentuk TOT. Kursus selama 4 hari 3 malam itu dikendalikan di sebuah banglo besar di puncak bukit (kini telah musnah dalam satu kebakaran) Di banglo tersebut, ditingkat atas kami bermalam, dan ditingkat bawah kami beraktiviti, solat berjamaah, beratur menunggu giliran untuk mandi dan sebagainya, termasuk makan. Jadual kursus juga ketat seperti mana di Sungkai. Lagu tema juga sama. Cuma Kem komandan tidaklah sekeras Pak Din. Hari pertama bermula dengan taklimat dan pada sebelah malamnya acara ice breaking serta identiti kumpulan. Setiap dari kami diberi pengenalan dan terpaksa mencarinya dalam kegelapan malam disekitar banglo. Aktiv...

Sungkai dalam kenangan

Sekitar akhir tahun 2004, penulis telah mendapat tawaran untuk menyertai kursus HROD di Sungkai Perak. Kursus yang dianggap amat berprestij dan mampu mengubah manusia itu merupakan siri kursus yang wajib dihadiri oleh setiap warga organisasi, begitulah polisi tidak bertulis yang dibuat pada asalnya... Berbalik kepada kursus, terdapat juga beberapa rakan yang turut sama dihantar untuk menghadiri kursus di sana. Kami dihantar kesana dengan bas. Sungkai adalah satu kawasan atau pekan kecil yang terletak dalam negeri Perak. Perjalanan dengan bas memakan masa yang agak panjang. Kem latihan tersebut terletak agak terpencil di dalam kebun getah. Setibanya disana, kami disambut oleh seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Pak Din. Disampingnya pula seorang lelaki berwajah agak lembut digelar Pak Ya. Kedua-dua watak ini sebenarnya memainkan peranan utama sepanjang kursus tersebut berjalan. Lokasi tempat tidur adalah asrama luas yang mengandungi beberapa bilik tanpa katil, hanya ti...