Catatan

Misi Untuk Tuhan

Sekali lagi dengan izin dariNya kami kembali dipanggil untuk menyelesaikan misi PINTAR siri 3/2011 bertempat di lokasi dua minggu lepas, Institut pertanian Ayer Hitam Batu Pahat yang terletak berhadapan dengan tol masuk Ayer Hitam. Sahabat yang setia hadir tetap sama. Cuma salah seorang S tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Begitu juga dengan Haji H. Kem komandan tetap dengan pelakon yang sama. Pegawai Hutan kali ini dilakonkan oleh watak biasa, bukan watak dua minggu sebelum ini. Ada juga pertambahan watak dan peranan pada kali ini. Imam ahli Akhyar dan juga syekhul Islam. Tentu sahaja acara akan menjadi lebih dramatik dan menarik. Penulis hadir agak lewat dek kerana kesibukan di pejabat. Selepas waktu pejabat, barulah berpeluang untuk memandu ke kem. Tatkala tiba, acara LDK I telah bermula iaitu ice breaking yang dikendalikan oleh Mr S. Penulis tidak dapat bersama kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Hanya sekejap cuma menjenguk muka. Makan malam dihidang...

Tiga hari di situ...

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At Taubah : Ayat 41 Sekali lagi penulis telah terpanggil untuk menyertai misi kemasyarakatan pada 25-27 Mac 2011 bertempat di Pusat Pertanian Ayer Hitam Batu Pahat membantu gabungan anak-anak dari Sek. Keb. Parit Lapis dan juga Sek. Keb Tenaga Sepakat seramai sekitar 98 orang pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi pperiksaan UPSR pada tahun ini. Kali ini penulis hadir agak lewat, tatkala menjelang waktu zawaal tengahari Jumaat yang mulia. Beberapa sahabat yang setia sudah sedia menanti. Selepas mengemaskini bilik kuliah, kami bergerak ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat. Usai solat, bersiap untuk meneroka laluan kembara. Sebenarnya, kali in...

musafir ke bumi kenyalang

Imej
Jumaat 18 mac 2011 untuk kali ke tiga sejak penulis berkhidmat di organisasi ini penulis diarah untuk menyelesaikan misi ke S'wak . Kali ini sebagai petugas dan urusetia pameran. Bersama2 penulis ialah 2 orang kanan juga di organisasi penulis. Perjalanan berm Bermula seawal jam 4.30 pagi dimana penulis telah sedia menanti selaku orang pertama. Kenderaan hanya tiba sekitar jam 5.15 pagi. Menunggu seseorang yg agak lewat menyebabkan kami hanya boleh bergerak ke lapangan terbang sekitar jam 5.35 pagi. Selamat tiba di lapangan terbang sekitar jam 6.20 pagi dan kami menyempurnakan subuh di sini. Kami mengambil persetujuan untuk memilih tiket awal pagi dan bergerak sebelum subuh bagi mematuhi kehendak hukum dalam mazhab syafie yang mengharamkan seseorang itu bermusafir pada hari jumaat sekiranya dilakukan selepas fajar dan meninggalkan Jumaat. Akhirnya kami menaiki pesawat dan berlepas tepat jam 7.00 pagi. Di dalam pesawat hanya dihidangkan dengan fresh orange dan kacang goreng. Kami...

Ekpedisi Ke Kuantan

Ekpedisi sempena cuti sekolah diadakan khusus untuk meraikan isteri yang merupakan seorang guru untuk menikmati cuti-cuti Malaysia. Pada asalnya ia dirancang bagi memenuhi aktiviti gathering SHAH Pekan '92, namun dek kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis hanya dapat ke Kuantan pada Ahad 13 Mac 2011 sahaja. Bergerak dari kediaman penulis jam 10.00 pagi, singgah minum pagi di jalan Mersing. Memulakan perjalanan sebenar sekitar jam 10.30 pagi. Tiba di Mersing sekitar jam 11.30 pagi. Melepasi bandar Mersing dan kemudiannya singgah di Endau untuk petrol dan minuman. Melalui SHAH Pekan sekitar jam 2.00 petang dan akhirnya tiba di Kuantan sekitar jam 3.00 petang. Terus mendapatkan bantuan GPS untuk mencari rumah pengantin. Alhamdulilla, rumah ditemui dan sudah pasti perut yang kosong diisi semahunya. Kemudian bergerak pula ke rumah kedua dan juga menimmati jamuan pengantin. Bergerak pulang, singgah di masjid baru berhadapan SHAH Pekan untuk jama' dan qasr. Permohon...

Maulid di jalanan

Jumaat 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awwal 1432 kami telah bersama-sama berada di tapak pelepasan perarakan bersempena sambutan maulidurasul peringkat organisasi. Namun di pihak pejabat penulis, hanya tidak sampai sepuluh orang yang memberikan komitmen. Berpakaian lengkap baju kebangsaan, kami kemudiannya berarak mengelilingi organisasi. Perarakan yang disertai dengan bunyi-bunyian kompang, solawat dan juga perbualan. Ini merupakan satu ekpresi kecintaan terhadap junjungan. Ini merupakan keaktifan diri dan organisasi terhadap seruan seorang manusia bernama Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Kumpulan pelajar yang menyertai perarakan lebih tersusun, ramai, meriah dan menarik. Tatkala hampir ke garisan penamat, mereka bertakbir menandakan kesyukuran diatas kesempurnaan 'tawaf' tadi. Ini adalah petanda kami menyintai mu ya Rasulullah... Namun sunnah-sunnahmu masih lagi kami segan untuk ikuti. Perintahmu masih lagi kami segan dan malu untuk amalkan manakala segala tegahanmu m...

Tiga hari di sekolah itu...

Sekali lagi penulis dipelawa untuk menabur bakti di sekolah menengah di Yong Peng bersama rakan-rakan yang sama. Cuma geng ini sudah menerima kehadiran beberapa rakan ahli baru yang juga berminat dan ingin berkongsi. Perjalanan dimulakan dengan menaiki kenderaan baru milik PH. Singgah di kampung tertentu untuk mengambil KK. Singgah juga di pekan kecil untuk makan pagi namun tiada makanan berat yang tinggal untuk jualan. Mujurlah penulis mendapat bekalan tatkala singgah di rumah Allah. Kami masuk ke kawasan sekolah sekitar jam 11.00 pagi dengan semangat berkobar untuk masuk ke hutan bagi melihat dan tag kawasan kembara. Sayangnya, pihak urusetia gagal untuk tiba lebih awal. Kami menyempurnakan Jumaat di masjid yang agak besar di pekan tersebut. Usai solat, kami bergegas pulang, mendapatkan motor dan barang-barang lantas bergerak melurusi trek kembara untuk esok. Usai tugas, kami bergerak pula ke lokasi program di tingkat atas. Kehadiran peserta belum mencapai keseluruhan. Namun, beberap...

solat dua imam?

Dalam perjalanan pulang dari mesyuarat tiga hari dua malam di salah sebuah hotel bajet di hujung selatan semenanjung Malaysia, singgah sebentar di salah sebuah R&R untuk menyelesaikan solat zuhur dan Asr secara jama' taqdim dan qasr. Ketika imam kami hendak memulakan takbir Asr, muncul beberapa orang lelaki India Muslim bersama ketua mereka yang memakai lilitan serban serta berkain putih tanpa jahitan di hadapan kami dan terus iqamah dan menunaikan solat juga secara berjamaah serentak dengan kami!! Beberapa orang lelaki yang sedang merehatkan lenguh tangan dan kaki kerana memandu kedengaran berkata-kata, "solat dua imam tu.." tatkala kami usai mengerjakan solat. Fenomena ini agak aneh. Mengapa jamaah kedua itu tidak menyertai kami, kalaupun kerana mereka solat secara tamam, ataupun setidak-tidaknya menantikan jamaah kami selesai kemudian barulah memulakan jamaah yang baru. Keadaan ini agak mengelirukan. Ianya boleh menimbulkan keributan dan ketidakselesaan bahkan akan...