Catatan

Dua Hari Semalam Je

12 dan 13 April 2011 (Selasa dan Rabu) telah dipilih sebagai hari pelaksanaan program Dynamic Development, satu program di kem yang diadakan sebelum peserta dihantar ke organisasi lain untuk latihan industri selama hampir empat bulan. Savannah Hill, lokasi yang dipilih sejak lebih tiga tahun oleh pihak pejabat penganjur. Entah apa yang istimewa lokasi ini penulis tidak tahu dan tidak ingin tahu. Pergerakan aktiviti ini agak keberatan dilepaskan oleh ketua jabatan. Maklumlah, minggu bekerja. Selalunya ia dilaksanakan pada hujung minggu. Selama dua tahun berturut-turut ianya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Selalunya selama 3 hari dua malam. Itu adalah waktu yang ideal untuk pelaksanaan program berbentuk kem . Sebenarnya waktu yang paling ideal ialah selama 4 hari 3 malam. Program jati diri selalunya berlangsung dalam jangkawaktu yang tersebut. Tetapi tidak pada program Dynamic. Namun kali ini, paling tidak ideal untuk total training. Waktu terlalu singkat. Akibatnya, segala aktiviti u...

Sukarnya ..

Sememangnya penulis kerap terlibat dengan gerak kerja yang melibatkan kem-kem motivasi meskipun tidak mendapat pendidikan secara formal berkaitan aktiviti ini. Seingat penulis, penyertaan dalam bidang kefaislaltoran ini bermula seawal tahun 2003 dimana mentor ketika itu telah mencadangkan agar penulis memohon apabila pihak organisasi membuka tawaran.Penulis telah dipanggil untuk temuduga dan diantara soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga penulis hingga ke saat ini, " Jika sekiranya pihak kami memanggil anda untuk menjayakan satu program pada hujung minggu, tanpa sebarang bayaran, adakah anda sanggup?" Tentu sahaja jawapannya sanggup meskipun ianya perlu difikirkan lapan kali sebenarnya.. Dan akhirnya penulis telah diterima. Kami telah dihantar menghadiri kursus TOT di Janda Baik. Diantara yang hadir ialah TG, Mejar dan ramai lagi. Kursus tersebut sangat menarik. Antara yang masih diingati ialah, semasa acara ice breaking, setiap peserta diminta menyanyikan sebuah lagu...

Semakmur hebat

Jumaat 15 April penulis berangkat ke Pasir Lanun Mersing bagi menyelesaikan misi..Kem Kepimpinan Pengawas untuk sekolah SEMAKMUR…nama gelaran baru sebuah sekolah yang pernah melaksanakan program ini pada tahun sebelumnya. Penulis sekali lagi diamanahkan selaku kem komandan. Ketibaan penulis dengan menaiki kenderaan organisasi sekitar jam 11 pagi. Peserta seramai 45 orang tiba sekitar jam 12.00 tengahari. Hanya 12 orang lelaki dan selebihnya perempuan. Selesai solat jumaat di masjid berhampiran, program bermula dengan penyerahan barang amanah dan penerimaan barang peribadi. Ice breaking mengambil tempat selepas itu. Dikendalikan oleh KF. Usai Asr, acara riadah sarang tebuan oleh tuan pegawai sukan (PS). Usai maghrib, kuliah oleh Ustaz Nur. Usai kuliah, dinamika kumpulan mengambil tempat. Enam kumpulan yang terbentuk menanti nama , logo, bendera, lagu dan gaya kumpulan. Pembentangan agak hangat. Qiam keesokkan harinya dipimpin oleh TG. Usai subuh, tazkirah oleh ustazah. Kemudian riadah b...

Misi Untuk Tuhan

Sekali lagi dengan izin dariNya kami kembali dipanggil untuk menyelesaikan misi PINTAR siri 3/2011 bertempat di lokasi dua minggu lepas, Institut pertanian Ayer Hitam Batu Pahat yang terletak berhadapan dengan tol masuk Ayer Hitam. Sahabat yang setia hadir tetap sama. Cuma salah seorang S tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Begitu juga dengan Haji H. Kem komandan tetap dengan pelakon yang sama. Pegawai Hutan kali ini dilakonkan oleh watak biasa, bukan watak dua minggu sebelum ini. Ada juga pertambahan watak dan peranan pada kali ini. Imam ahli Akhyar dan juga syekhul Islam. Tentu sahaja acara akan menjadi lebih dramatik dan menarik. Penulis hadir agak lewat dek kerana kesibukan di pejabat. Selepas waktu pejabat, barulah berpeluang untuk memandu ke kem. Tatkala tiba, acara LDK I telah bermula iaitu ice breaking yang dikendalikan oleh Mr S. Penulis tidak dapat bersama kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Hanya sekejap cuma menjenguk muka. Makan malam dihidang...

Tiga hari di situ...

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At Taubah : Ayat 41 Sekali lagi penulis telah terpanggil untuk menyertai misi kemasyarakatan pada 25-27 Mac 2011 bertempat di Pusat Pertanian Ayer Hitam Batu Pahat membantu gabungan anak-anak dari Sek. Keb. Parit Lapis dan juga Sek. Keb Tenaga Sepakat seramai sekitar 98 orang pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi pperiksaan UPSR pada tahun ini. Kali ini penulis hadir agak lewat, tatkala menjelang waktu zawaal tengahari Jumaat yang mulia. Beberapa sahabat yang setia sudah sedia menanti. Selepas mengemaskini bilik kuliah, kami bergerak ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat. Usai solat, bersiap untuk meneroka laluan kembara. Sebenarnya, kali in...

musafir ke bumi kenyalang

Imej
Jumaat 18 mac 2011 untuk kali ke tiga sejak penulis berkhidmat di organisasi ini penulis diarah untuk menyelesaikan misi ke S'wak . Kali ini sebagai petugas dan urusetia pameran. Bersama2 penulis ialah 2 orang kanan juga di organisasi penulis. Perjalanan berm Bermula seawal jam 4.30 pagi dimana penulis telah sedia menanti selaku orang pertama. Kenderaan hanya tiba sekitar jam 5.15 pagi. Menunggu seseorang yg agak lewat menyebabkan kami hanya boleh bergerak ke lapangan terbang sekitar jam 5.35 pagi. Selamat tiba di lapangan terbang sekitar jam 6.20 pagi dan kami menyempurnakan subuh di sini. Kami mengambil persetujuan untuk memilih tiket awal pagi dan bergerak sebelum subuh bagi mematuhi kehendak hukum dalam mazhab syafie yang mengharamkan seseorang itu bermusafir pada hari jumaat sekiranya dilakukan selepas fajar dan meninggalkan Jumaat. Akhirnya kami menaiki pesawat dan berlepas tepat jam 7.00 pagi. Di dalam pesawat hanya dihidangkan dengan fresh orange dan kacang goreng. Kami...

Ekpedisi Ke Kuantan

Ekpedisi sempena cuti sekolah diadakan khusus untuk meraikan isteri yang merupakan seorang guru untuk menikmati cuti-cuti Malaysia. Pada asalnya ia dirancang bagi memenuhi aktiviti gathering SHAH Pekan '92, namun dek kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis hanya dapat ke Kuantan pada Ahad 13 Mac 2011 sahaja. Bergerak dari kediaman penulis jam 10.00 pagi, singgah minum pagi di jalan Mersing. Memulakan perjalanan sebenar sekitar jam 10.30 pagi. Tiba di Mersing sekitar jam 11.30 pagi. Melepasi bandar Mersing dan kemudiannya singgah di Endau untuk petrol dan minuman. Melalui SHAH Pekan sekitar jam 2.00 petang dan akhirnya tiba di Kuantan sekitar jam 3.00 petang. Terus mendapatkan bantuan GPS untuk mencari rumah pengantin. Alhamdulilla, rumah ditemui dan sudah pasti perut yang kosong diisi semahunya. Kemudian bergerak pula ke rumah kedua dan juga menimmati jamuan pengantin. Bergerak pulang, singgah di masjid baru berhadapan SHAH Pekan untuk jama' dan qasr. Permohon...