Catatan

Penilaian 360 darjah

Akhbar Berita Harian memaparkan tajuk ini semalam, 9 Mei 2011. Menurut kefahaman penulis, penjawat awam akan dinilai berdasarkan kepada penilaian atas bawah, kiri kanan depan dan belakang, yang bermaksud, setiap individu penjawat awam akan dinilai oleh pegawai atasan, rakan sekerja dan juga orang bawahan. Tujuan penilaian adalah untuk kelayakan kenaikan pangkat. Meskipun ianya diwar-warkan selaku pengganti PTK, namun ianya tidak pula digunapakai untuk pergerakan gaji melintang mahupun menegak. Jika sebelum ini penilaian prestasi tahunan (semasa SSL) boleh menentukan pergerakan gaji hingga melintang, selepas SSB, pergerakan menegak atau melintang hanya ditentukan oleh aras IV dari keputusan PTK. Walau bagaimanapun, masih tiada penjelasan dan pencerahan daripada pihak yang berwajib. Jika ianya tetap akan dilaksanakan pada Julai nanti, ianya berkemungkinan akan menjadi satu isu yang agak kontroversi di kalangan penjawat awam. Kalau sekiranya sang penilai itu terdiri daripada rakan-rakan s...

Wang Ehsan oh Wang Ehsan

5 Mei 2011 jam 9.00 pagi...itulah tarikh dan masa yang diwar-warkan di beberapa balairaya, surau dan masjid sekitar kluang khusus untuk mangsa banjir yang berlaku pada 30 Januari 2011 (Ahad) lepas, dimana wang ehsan kununnya akan dibahagi-bahagikan kepada semua mangsa yang terlibat. Pada awalnya, senarai nama penerima boleh dirujuk di kedai berdekatan. Malangnya, bila penulis ke sana, senarai nama tiada. Menurut pemilik kedai, senarai nama tersebut telah hilang...keanehan pertama. Maka pada pagi hari yang dijanjikan, penulis terpaksa masuk lewat ke pejabat semata-mata untuk hadir ke acara tersebut. Pada imaginasi penulis, sudah barang pasti program akan berjalan dengan lebih teratur dan tersusun berbanding tahun-tahun malang sebelumnya berdasarkan kepada pengalaman. Tapi sayangnya, tatkala penulis tiba sekitar jam 9.15 pagi, keadaan sudah mula sesak. Masalah pertama hendak mencari parkir kereta. Penulis terpaksa berpusing dua kali untuk mendapatkan tempat, itupun pada kali kedua main l...

Bangsa Melayu Islam semakin berani dan maju?

Imej
Unjuran Tahun 2005-2010 Mungkin kegawatan moral manusia berbangsa melayu-Islam sudah berada di paras yang amat kritikal sekarang. Dalam keadaan remaja yang semakin teruk dilanda gegaran hendonisme - mengangung-agungkan artis, mengangkat aktiviti zina, menjadikan arak selaku hidangan ternama, membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa, dan pelbagai lagi, kini remaja pra tua pula memainkan peranan menambah bebanan laknat sumpah seranah di atas mukabumi yang dulu dikenali sebagai semenanjung emas ini. Bumi yang dikenali di kalangan beberapa blogger konspirasi sebagai bumi yang dijanjikan Tuhan .... Apakah makna disebalik kebejatan yang semakin hari semakin melampaui batas ini? Bangsa melayu kita yang mewarisi akhlak pemalu, sopan santun dan menjunjung Islam dari nenek moyang kita kini sudah semakin hilang arah, menjadi manusia tidak tahu malu, tidak segan bertelanjang di tengah-tengah media, sangat 'gumbira' mengaibkan sesama bangsa dan agama, kalau boleh hendak disalib di atas menara ...

Ketua itu ada hak untuk dihormati...

Bagi setiap oerganisasi terdapat ketua yang bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal pentadbiran kewangan dan perjalanan organisasi tersebut.Ketua adalah seseorang yang telah dilantik secara rasmi oleh sesebuah organisasi. Selaku ketua, dia mempunyai beberapa hak yang wajib dipatuhi oleh orang yang berada di bawah kekuasaannya. Di sekolah di peringkat pelajar, wujud ketua pelajar, atau ketua pengawas. Wujud Ketua Pusat Sumber, atau ketua-ketua biro dan sebagainya. Di pejabat, Ketua itu boleh jadi ketua jabatan, ataupun penyelia, ataupun ketua kerani (CC) ataupun juga boleh jadi seorang Penolong pengarah dan sebagainya, asal sahaja dia ada anak buah yang perlu dinilai, maka itu adalah ketua. Selaku seorang Ketua, Islam telah menggariskan beberapa hak yang ada padanya yang perlu diberikan kepadanya oleh orang yang berada di bawah kekuasaannya. Diantaranya ialah : 1. Mendapat kepatuhan dan taat setia Allah berfirman: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepad...

Kenangan Lampau : Sekolah Rendah

Imej
Penulis memulakan alam persekolahan di sekolah rendah kebangsaan Long Jaafar Taiping Perak, sekitar tahun 1982. Sekolah yang sederhana besar, dengan lambang kepala gajah dan moto gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meinggalkan nyawa. Zaman persekolahan pada watu itu amat seronok Dipenuhi dengan pelbagai acara permainan. Khususnya pada waktu rehat, ada sahaja aktiviti yang dirancang. Apabila naik darjah dua, penulis bersekolah di sebelah petang. Pada mulanya, penulis pergi menaiki land rover pasukan gerak khas, yang berlambang kepala harimau dengan pisau bayonet di tengahnya. Malek, itulah nama yang tertera pada pakaian uniform pemadu kenderaan tersebut. Pernah sekali, kenderaan terlambat ambil penulis hingga menjelang senja yang menyebabkan penulis menangis. Di sekolah ini, apabila waktu rehat, antara acara yang paling menarik ialah bergerak ke bahagian belakang kerana di sana ada sebatang anak sungai. Aktiviti biasa ialah meraduk sungai untuk menangkap anak ikan. Bebe...

Dua Hari Semalam Je

12 dan 13 April 2011 (Selasa dan Rabu) telah dipilih sebagai hari pelaksanaan program Dynamic Development, satu program di kem yang diadakan sebelum peserta dihantar ke organisasi lain untuk latihan industri selama hampir empat bulan. Savannah Hill, lokasi yang dipilih sejak lebih tiga tahun oleh pihak pejabat penganjur. Entah apa yang istimewa lokasi ini penulis tidak tahu dan tidak ingin tahu. Pergerakan aktiviti ini agak keberatan dilepaskan oleh ketua jabatan. Maklumlah, minggu bekerja. Selalunya ia dilaksanakan pada hujung minggu. Selama dua tahun berturut-turut ianya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Selalunya selama 3 hari dua malam. Itu adalah waktu yang ideal untuk pelaksanaan program berbentuk kem . Sebenarnya waktu yang paling ideal ialah selama 4 hari 3 malam. Program jati diri selalunya berlangsung dalam jangkawaktu yang tersebut. Tetapi tidak pada program Dynamic. Namun kali ini, paling tidak ideal untuk total training. Waktu terlalu singkat. Akibatnya, segala aktiviti u...

Sukarnya ..

Sememangnya penulis kerap terlibat dengan gerak kerja yang melibatkan kem-kem motivasi meskipun tidak mendapat pendidikan secara formal berkaitan aktiviti ini. Seingat penulis, penyertaan dalam bidang kefaislaltoran ini bermula seawal tahun 2003 dimana mentor ketika itu telah mencadangkan agar penulis memohon apabila pihak organisasi membuka tawaran.Penulis telah dipanggil untuk temuduga dan diantara soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga penulis hingga ke saat ini, " Jika sekiranya pihak kami memanggil anda untuk menjayakan satu program pada hujung minggu, tanpa sebarang bayaran, adakah anda sanggup?" Tentu sahaja jawapannya sanggup meskipun ianya perlu difikirkan lapan kali sebenarnya.. Dan akhirnya penulis telah diterima. Kami telah dihantar menghadiri kursus TOT di Janda Baik. Diantara yang hadir ialah TG, Mejar dan ramai lagi. Kursus tersebut sangat menarik. Antara yang masih diingati ialah, semasa acara ice breaking, setiap peserta diminta menyanyikan sebuah lagu...