Catatan

Yasinan dan bahaya darinya

Imej
Di setiap komuniti melayu khususnya, akan wujud satu jamaah yang dipanggil jamaah Yasinan. Jamaah yasinan ini terbahagi kepada dua kelompok yang besar iaitu pembahagian melalui jantina. Yasinan lelaki selalunya lebih hamper dengan jamaah di surau ataupun masjid dan di qaryah penulis, ianya tidak terorganisasi dengan begitu baik kerana selalunya ia dimasukkan terus ke dalam aktiviti-aktiviti masjid atau surau qaryah. Jamaah yasinan wanita selalunya akan bertindak lebih dominan. Mereka mempunyai struktur organisasi yang agak tersusun, dan mempunyai aktiviti yang agak berjadual. Pada musim perayaan khususnya aidil fitri, ianya akan bertukar menjadi jamaah marhaban atau baraan. Aktiviti kumpulan yasinan wanita ini selalunya akan diketuai oleh seorang yang lebih berwibawa dan diterima ramai. Aktiviti mereka ialah membaca yasin dan tahlil secara beramai-ramai. Anggota pertubuhan ini akan muncul pada saat-saat kematian, ataupun apabila ada ahli qaryah yang berhajat untuk mengelolakan aktiviti...

Temuduga dan kita

Imej
Pernahkah anda semua menghadiri temuduga? Penulis percaya hampir kesemua pembaca blog ini pernah melalui proses yang menggentarkan jiwa dan mendebarkan dada ini. Ada sesi temuduga yang memberikan impak yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Ada juga yang kurang memberikan impak. Impak yang timbul dari sesi temuduga selama sejam atau kurang itu kadangkala boleh merubah hampir keseluruhan peta dari kehidupan kita. Ianya boleh menjadikan seseorang itu dari bujang kepada berkeluarga, bahkan ada juga yang boleh menyebabkan daripada bermonogami kepada berpoligami. Impak lain yang mampu merubah sketsa kehidupan insan melalui proses ini ialah apabila berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan, apabila berjaya naik pangkat dan temuduga terpenting dalam diari kehidupan fana kita ialah tatkala kita baru sahaja melangkah masuk ke bilik temuduga terakhir dan disoal oleh dua panel temuduga yang sangat hebat, iaitulah munkar dan nankir!! Untuk temuduga pekerjaan, telah banyak yang dilalui oleh pen...

RBR Endau dan TOT

Jumaat 26 Mei 2011 seawal pagi, sebenarnya seawal jam 2 pagi lagi, penulis telah dikejutkan oleh anak kedua penulis yang kurang sihat kerana demam. Kepanasan yang melanda dirinya sejak semalam telah membuatkan penulis dan isteri kurang enak untuk tidur. Walaupun hingga menjejak ke pukul 3.30 pagi, akhirnya kami berjaya juga tidur sebentar. Menjelang jam 6 pagi, menguruskan solat subuh dan kepanasan sang puteri kedua masih ditahap yang agak membimbangkan. Setelah berjaya memasukkan ubat melalui jalan belakang, kerana puteri penulis yang berusia 2 tahun lebih ini amat sukar makan ubat, maka kepanasan mula menurun. Menjelang waktu dhuha, penulis menghantar anak ke pakar kanak-kanak yang berhampiran. Kemudian, menjelang jam 9.30, penulis dihantar ke bus stop di jalan mersing untuk menunggu bas ke RBR Rompin. Bas yang ditunggu hanya tiba sekitar jam 10.30 pagi. Tanpa sarapan pagi, penulis bergerak memulakan musafir ke RBR untuk program TOT bersama Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan (PKK) Penu...

Semalam yang hangat

20 Mei 2011 penulis terpilih untuk menyelesaikan misi di SK Seri Machap Kluang. Masa yang diberikan amat singkat. Bermula jam 5 petang Jumaat dan berakhir pada tengahari Sabtu. Penulis bersyukur kerana masih dipilih menyertai kumpulan ini. Kumpulan yang tidak sampai 10 orang ini ditugaskan atas nama penaja yang lain daripada biasa. Hujan yang agak lebat menyambut ketibaan penulis sekitar jam 4.30 petang. Pegawai Hutan, pegawai riadah dan pegawai kamera sudah sedia menanti di lokasi kejadian. Sempat juga meninjau sedikit keadaan kawasan, sebelum menikmati jamuan yang disediakan. Keadaan sekolah yang mempunyai dua bangunan yang dipisahkan oleh sebatang jalan utama dan disambung pula dengan jejantas dengan anak-anak tangga yang amat curam. Menjelang jam 6 petang, barulah program dapat dimulakan dengan penyerahan secara formal pihak sekolah kepada pihak fasilitator. Taklimat seringkas mungkin dilaksanakan dan menjelang jam 6.30 petang, barulah program ice breaking dapat dilaksanakan deng...

Pengalaman lampau : Apabila anda ditamatkan kontrak

Staf kerajaan ada yang diambil bekerja dengan status tetap dan berpencen, ada yang diambil bekerja selaku pekerja kontrak (pelek juga ya..ingatkan kerja buruh kontrak sahaj...di pejabat kerajaan pun ada), ada yang diambil secara sambilan bahkan ada juga secara khidmat singkat. Diantara kesemua status yang disenaraikan, hanya yang berstatus tetap dan berpencen sahaja yang mampu tersenyum panjang. Tiada apa lagi yang perlu dirungsingkan. Kerajaan mempunyai prosedur yang amat ketat untuk menamatkan perkhidmatan staf yang telah masuk ke status seumpama ini. Tindakan undang-undang ke atas staf yang berstatus seperti ini, meskipun dicalit dengan kesalahn-kesalahan tatatertib, amat jarang dikenakan tindakan buang kerja kecuali jika kesalahan yang dilakukan mungkin membabitkan keputusan mahkamah. Diantara mereka, tolak staf tetap dan berpencen, staf kontrak adalah yang paling beruntung kerana setiap kali kontrak berjaya ditamatkan, akan mendapat imbuhan sebulan gaji. Ini bermakna, staf kontrak...

Penilaian 360 darjah

Akhbar Berita Harian memaparkan tajuk ini semalam, 9 Mei 2011. Menurut kefahaman penulis, penjawat awam akan dinilai berdasarkan kepada penilaian atas bawah, kiri kanan depan dan belakang, yang bermaksud, setiap individu penjawat awam akan dinilai oleh pegawai atasan, rakan sekerja dan juga orang bawahan. Tujuan penilaian adalah untuk kelayakan kenaikan pangkat. Meskipun ianya diwar-warkan selaku pengganti PTK, namun ianya tidak pula digunapakai untuk pergerakan gaji melintang mahupun menegak. Jika sebelum ini penilaian prestasi tahunan (semasa SSL) boleh menentukan pergerakan gaji hingga melintang, selepas SSB, pergerakan menegak atau melintang hanya ditentukan oleh aras IV dari keputusan PTK. Walau bagaimanapun, masih tiada penjelasan dan pencerahan daripada pihak yang berwajib. Jika ianya tetap akan dilaksanakan pada Julai nanti, ianya berkemungkinan akan menjadi satu isu yang agak kontroversi di kalangan penjawat awam. Kalau sekiranya sang penilai itu terdiri daripada rakan-rakan s...

Wang Ehsan oh Wang Ehsan

5 Mei 2011 jam 9.00 pagi...itulah tarikh dan masa yang diwar-warkan di beberapa balairaya, surau dan masjid sekitar kluang khusus untuk mangsa banjir yang berlaku pada 30 Januari 2011 (Ahad) lepas, dimana wang ehsan kununnya akan dibahagi-bahagikan kepada semua mangsa yang terlibat. Pada awalnya, senarai nama penerima boleh dirujuk di kedai berdekatan. Malangnya, bila penulis ke sana, senarai nama tiada. Menurut pemilik kedai, senarai nama tersebut telah hilang...keanehan pertama. Maka pada pagi hari yang dijanjikan, penulis terpaksa masuk lewat ke pejabat semata-mata untuk hadir ke acara tersebut. Pada imaginasi penulis, sudah barang pasti program akan berjalan dengan lebih teratur dan tersusun berbanding tahun-tahun malang sebelumnya berdasarkan kepada pengalaman. Tapi sayangnya, tatkala penulis tiba sekitar jam 9.15 pagi, keadaan sudah mula sesak. Masalah pertama hendak mencari parkir kereta. Penulis terpaksa berpusing dua kali untuk mendapatkan tempat, itupun pada kali kedua main l...