Catatan

Apabila anda distatus : DIREHATKAN

Imej
Apabila anda disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang melibatkan polis dan juga perundangan. Maka majikan tempat anda bekerja akan membuat keputusan bahawa anda digantung kerja sehingga kes selesai dan dibayar separuh gaji...Anda mungkin merasa tidak puas hati...rasa diri teraniaya..tanggungan  ramai yang hendak disara. Mungkin juga terpaksa mencari-cari pekerjaan lain selaku part-timer untuk menampung kehidupan.. Andai anda seorang pemain bola sepak... setelah bertahun bersama dalam pasukan..tiba-tiba anda digantung permainan...mungkin atas sebab disiplin..kerap dilayangkan kad kuning...maka anda mungkin akan terfikir untuk mencari offer di tempat lain... Salah seorang selebriti televisyen tersohor pernah dipakaikan istilah direhatkan gara-gara menghadiri program anjuran pihak yang masih belum memerintah.. Apabila anda merupakan salah seorang ahli sesuatu kumpulan yang bergerak aktif ke beberapa kawasan .. bersama rakan-rakan..hampir setiap bulan..tanpa ada seorang pun ...

Pengunjung masjid : Antara kepelikan dan keajaiban

Laungan azan Asr dari jame menara nan sebatang menggamit hati pencinta Tuhan untuk kembali ke rumahNya setelah seharian berada di medan pekerjaan. Kelihatan dua lelaki memandu laju sebuah kenderaan ringan milik organisasi menuju ke ruang meletak kereta jame menara nan sebatang yang indah dan tersohor. Tatkala masuk ke perut masjid kelihatan dua lelaki itu sedang solat. Begitu juga sang imam kabir. Kemudian sejurus sebelum iqamah salah seorang lelaki tadi keluar agak terburu-buru dari masjid. Sang imam kabir pula kelihatan menoleh-noleh kebelakang seolah mencari seseorang. Kemudian solat diiqamahkan oleh orang lain. Bukan muazzin tadi. Sang muazzin tadi juga tidak kelihatan. Usai solat, kelihatan seseorang sedang duduk bersenang di tingkat bawah ruangan rehat sambil membelek HP. Oh...rupanya lelaki tadi. Rupanya dia menunggu rakannya solat jamaah. Tetapi dia tidak menyertai jamaah. Dia telah solat sendirian sebentar tadi sebelum iqamah. Tatkala sang imam sedang tercari-cari pengga...

Mampukah orang Melayu memakmurkan kembali rumah- rumah Allah?

Imej
Mungkin perkara ini paling kurang diperbincangkan di kalangan bangsa Melayu. Boleh jadi ianya dianggap sebagai agenda paling kurang penting bahkan tidak pernah disebut langsung dalam mana-mana pentas perhimpunan mahupun muktamar. Melayu dewasa ini lebih kemaruk bercerita mengenai siapa paling patut menerajui negara selepas pilihanraya ke 13. Melayu kini lebih enak bertegang urat di parlimen kedai kopi mengenai isu-isu besar seperti hudud dan AES. Melayu lebih seronok bercerita mengenai liburan dan artis. Agenda pengimarahan rumah Allah mungkin hanya dibincangkan di kantin pejabat agama oleh seorang dua ulama muda yang makan gaji. Agenda ini juga mungkin ada dibincangkan oleh para penggerak masjid dan surau peringkat DUN tatkala makan pagi selepas majlis membudayakan Al Quran bersama Penyelaras Masjid dan Surau daerah secara tidak serius. Penceramah majlis maulid atau maal hijrah juga mungkin ada menyebutkan di hadapan khalayak secara tidak formal dengan diselangi oleh jenaka un...

Kluang-Temerloh-Cameron-Kluang

Imej
Jam 10.10 pagi penulis mengunci pintu rumah setelah mengambil baju yang tertinggal. Pergerakan menuju ke Gerai Kari Kambing 40 hari. Gerai yang agak tersohor di kalangan para penggemar makanan berasaskan kambing. Tatkala tiba jam menunjukkan ke pukul 11.30 pagi. Pelanggan masih agak ramai. Bersebelahan kenderaan penulis ialah nyonya penjual durian yang menawarkan durian berharga RM30.00 sebungkus!! Harga yang dianggap agak murah bagi durian kampung. Tatkala menunggu hidangan disiapkan, ternampak pula pelanggan lain yang menikmati durian tadi. Tidak tahan dengan godaan bau durian, isteri membeli tiga biji durian dengan harga RM15.00. Rasanya agak menarik juga dengan isi yang agak tebal. Kami meneruskan perjalanan menuju ke bandar Segamat. Kami melintasi pekan Yong Peng kemudian Chaah, Labis dan akhirnya Segamat. Di Segamat mengisi minyak dan kemudian Solat Jumaat di Jame Bandar Segamat. Khutbah berkisar mengenai masalah riba. Beliau meminta jamaah menghindari riba. Bukan mudah mengh...

walimah terkini

Sebentar tadi baru sahaja menghadiri walimah yang simple dikelolakan oleh saudara mara sebelah bapa mertua. Keadaan khemah, makanan dan hadirin seperti biasa. Yang berbeza ialah tanpa iringan sebarang alatan muzik... Mempelai tiba juga tanpa iringan kompang. Hanya sedikit pertunjukan silat. Semalam ada dua walimah yang dihadiri. Yang pertama meriah seperti walimah biasa dan diiringi lagu-lagu padang pasir. Satu lagi lebih meriah beserta DJ dan sudah barangpasti dihiasi pelbagai lagu yang bisa menarik pendengaran tetamu yang hadir.. Itulah walimah terkini. Bersyukur kerna masih ada yang sudi menghayati dan cuba menghidupkan walimah dengan kaedah yang bersesuaian dengan syara'. Terasa agak terguris dengan walimah beserta pakej karaoke percuma... Salahkah berkaraoke di majlis walimah? Tidak salah kalau dijaga syariatnya... Kalau begitu lagu nasyid je le....boring arr... Tak semestinya. Tapi jarang di majlis walimah disajikan dengan ceramah...Doa sebelum mempelai makan ...

Bendera itu di sana sini

Imej
Menjelang pagi hari bekerja di sepanjang jalan di Kg Melayu tergantung dua helai kain bendera di setiap pagar rumah. Satu berwarna biru tua dengan lambang dacing dan satu lagi berwarna putih dan merah dengan bulatan berwarna kuning dihiasi sebilah keris tanpa sarung berwarna hijau... Mustahil ia terpasang dengan sendiri. Mustahil juga ia dipasang oleh tuan-tuan rumah kerana pagar rumah usang yang ditinggalkan juga turut terpampang bendera ini... Ini mungkin kempen. Ini juga mungkin iklan semasa agar rakyat tidak melupakan warna-warni keramat ini. Ia juga mungkin petanda akhir kepada munculnya hari pembubaran parlimen Malaysia... Rakyat sudah lama bersedia...

Malam pesta muda mudi

Tajuk memang hangat. Tapi sebenarnya hanyalah sebuah majlis makan malam luar biasa yang telah dijayakan oleh sekumpulan pelajar luar biasa. Majlis bermula sekitar jam 8.45 malam mengikut waktu ketibaan kenderaan penulis di tempat meletak kenderaan. Pengarah program turun untuk menjemput penulis dan isteri. Penulis hanya berpakaian kemeja T dan berselipar sahaja. Ketibaan kami diumumkan secara rasmi. Kemudian bacaan doa dan juga ucapan penulis, diikuti ucapan pengarah program. Kemudian kami makan dengan diiringi tayangan montaj. Usai makan ialah acara cabutan bertuah yang tidak berapa bertuah kerana pemegang nombor bukan menerima hadiah tetapi terpaksa melakonkan pelbagai watak. Mujurlah hanya pelajar sahaja yang terlibat. Penulis akhirnya berangkat pulang dan dibekalkan dengan sedikit  cenderahati. Sebelum itu kami suami isteri iktikaf di masjid menara nan sebatang dari Maghrib sementara menanti Isya'. Masjid kunun tersohor dan pernah didatangi ulama keturunan Rasu...