Catatan

Keputusan SPM - Gembira ke hibe?

Imej
Keputusan SPM 2012 akhirnya diumumkan oleh pihak KPM pada semalam. Maka pada waktu berita jam 8, hampir kesemua saluran TV memaparkan kisah kejayaan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ..Tetapi tidak pula dipaparkan wajah atau reaksi mereka yang kurang cemerlang atau tidak berapa cemerlang Ada yang sangat ceria, ada yang tidak berapa nak ceria, ada yang rasa nak ambil periksa kembali... Terkenang penulis pada saat mengambil keputusan peperiksaan dahulu. Dek kerana sekolah terletak di negeri Darul Makmur, maka adalah agak sukar untuk ke sana lebih awal. Lagipun tentulah keputusan tidak berapa baik. Jika tidak, rasanya pihak sekolah dah call awal-awal. Tapi tu dunia sekarang. Setelah mendapat keputusan secara lisan di telefon, penulis merancang dengan rakan-rakan lain untuk ke sekolah bagi mendapatkan slip peperiksaan. Kami bertiga bergerak awal pagi dari Johor dengan menaiki bas Cepat Ekspres Setibanya di Kuantan, menaiki bas hitam putih menuju ke sekolah. Kead...

SK Parit Raja-Satu fenomena

Imej
Jumaat ini kami bergerak menunaikan satu lagi misi. Hanya beberapa km sahaja dari ibu pejabat. Muncul selepas jam 5.30 petang dek kerana mesyuarat tergempar di balik bilik kaca jernih. Tatkala tiba, acara ice breaking dan pembentukan kumpulan masih lagi berlangsung.. Menjelang 6.30 petang makan malam dan usai solat maghrib jati diri oleh kem komandan. Kami fasi bermesyuarat untuk membincangkan kembara malam yang dikemudi oleh Tn Haji Z. Tatkala pembentangan 10 kumpulan berakhir kami sudah duduk memesan air dan makanan. Menjelang jam 12.30 pagi kami kembali dan mengejutkan peserta. Fasi lelaki hanya menunggu di surau manakala fasi wanita di kantin. Di surau, dalam keadaan yang samar-samar, kami sempat menyulam mimpi terlebih dahulu. Sekitar jam 3 pagi barulah muncul para peserta cilik itu disekeliling kami Kembara malam itu berbentuk misi melengkapkan puzzle. Kami memproses peserta secara serentak. Disitu penekanan lebih lepada akrab.... Kemudian kami menyera...

SK Senggarang - Hanya video mampu bercerita

Program dua hari satu malam ini dilaksanakan oleh empat orang sahabat...Pelajar yang hadir lebih kurang 140 orang ... Keadaan pelajar boleh tahan juga ...

Pendaftaran pelajar baru : 22 tahun lampau

Imej
31 Januari 1991 - pagi khamis penulis telah bangun awal pagi bersama keluarga. Kami telah tiba di bandar Kuantan sejak malam semalam bersama datuk dan nenek. Begitu bersemangat untuk menghantar penulis ke sekolah berasrama penuh. Sekitar jam 6.45 kami telah bertolak dengan menaiki kereta bapa saudara. Perjalanan ke Pekan Pahang mengambil masa kira-kira 30 ke 45 minit merentasi jalan yang dikiri-kanannya masih berwujud hutan dan semak samun. Tatkala tiba di lokasi selepas merentasi jambatan yang merentasi sungai Pahang, sungai tua yang banyak sejarah itu, kami diturunkan di hadapan hard stand sekolah. Wah pertama kali tiba di sekolah yang masih muda usianya. Bangunan baru tersusun indah. Telah banyak kelihatan kereta yang diletakkan di kawasan ini. Penulis pun bergerak ke dalam dewan yang besar dan canggih. Dikatakan bahawa yang paling besar dan canggih bagi sekolah di seluruh asia tenggara ... Selepas pendaftaran, penulis dibawa ke penempatan di blok B. Penulis mas...

Telok gorek - Mission accomplish

Imej
22 Feb 2013 kami bergerak sekali lagi ke telok gorek. Dengan menaiki wira putih milik organisasi kami berdua meluncur laju meninggalkan bandar kluang menuju ke mersing. Tiba di lokasi sekitar jam 11.30 pagi. Cuaca cerah dan bersih. Peserta sudah sampai dua bas. Masih ada satu bas berbaki. Makan tengahari sudah tersedia. Menu yang dihidangkan agak membuka selera juga. Selesai menikmati juadah tengahari itu kami bergerak ke masjid. Di masjid, selepas selesai solat jama qasr tanpa berjamaah, kami solat hajat secara berjamaah. Alasan yang dipopularkan, tiada kawasan untuk menghimpun jamaah qasr solat Asr kerana jamaah qaryah memenuhi ruang. Tiba semula di kem untuk persiapan. Tuan Haji dan En R tiba di muka pintu dorm. Kami menyambutnya dengan hangat, sehangat mentari tengahari Jumaat yang bersinar garang. Beberapa orang dari kalangan kami kemudiannya bergerak untuk masuk ke hutan bertujuan melihat trek. Kali ini penulis tidak masuk ke trek. Penulis terlibat dengan LDK pembentu...

Kuasa kem komadan : teluk gorek the returns

1 Feb 2013 - kami sekali lagi dipilih Allah untuk berjuang (?) di bumi Mersing bagi melaksanakan tuntutan taalim wa taalum - mengajar dan belajar ..? Proses motivasi ini sebenarnya boleh kita katakan ianya sebagai proses pengajaran dan pembelajaran kerana  peserta datang untuk belajar tetapi kadang-kadang para fasi dapat pula belajar sesuatu dari mereka.. Kehadiran kami pada kali ini tidak dapat disertai oleh beberapa orang sahabat, khususnya sahabat besar Tn Guru (TG) dan Pegawai Hutan (PH) serta Juru Audio Visual kami yang tersohor. 'Kehilangan' sementara mereka diganti dan terubat dengan kehadiran Pegawai Sukan (PS) dan juga dua fasi baru.... Kami tiba di lokasi sekitar jam 12.15 tengahari Jumaat yang terang benderang. Laut sangat bersih di langit cuaca. Angin bertiup agak kuat. Dapat bermuzakarah dengan KF perihal beberapa perkara. Diri terasa agak 'kehilangan' kerana sahabat besar tidak dapat bersama... Menjelang Jumaat, kami bergerak ke masjid. Usai ...

Teluk Gorek oh Teluk Gorek

Imej
18 Januari 2013 - pergerakan pertama bersama kumpulan ini selepas berehat hampir enam bulan. Kali ini kami ditugaskan untuk menggerakkan program pelajar baru pra diploma. Lokasi yang dijanjikan ialah Telok Gorek. Penulis memulakan musafir dari rumah dengan menumpang van organisasi. Kenderaan tersebut tiba di hadapan rumah penulis sekitar jam 10.15 pagi. Di dalam van putih jenis toyota itu terdapat beberapa orang rakan yang turut serta. Cuaca adalah dalam keadaan yang amat baik. Kenderaan dipandu agak laju. Berbual dengan ayahanda berkaitan pengalaman kehidupan dan juga kisah persatuan serta organisasi. Juga dibangkitkan mengenai program survivor yang sudah dirancang begitu lama tetapi masih gagal untuk direalisasikan. Penulis juga mencadangkan agar diadakan pertemuan yang lebih kerap sesama rakan dan dibuat ala usrah untuk memantapkan dalaman ahli. Kami tiba di pekan Mersing sekitar jam 11 pagi. Cuaca memang baik. Kami singgah sebentar untuk mendapatkan sedikit keperluan diri. ...