Catatan

Syaaban dan makan-makan

Imej
Marhabaan ya Syaaban...ia kembali muncul tahun ini. Ia menjadi jiran terdekat sebelum bulan seribu bulan muncul.  Sepertimana biasa Syaaban muncul selaku bulan penuh dengan acara makan percuma di masjid, surau bahkan rumah dan tidak ketinggalan di pejabat-pejabat. Umat Islam nusantara khususnya di bumi Malaysia kerap kali akan menyambut kedatangan syaaban dengan kenduri dan makan-makan.. Selalunya mereka akan membuat kenduri arwah..mengirimkan cebisan doa buat keluarga tersayang yang berada di pusat tahanan barzakh .. Kadang-kadang dalam satu malam ada 3-4 buah rumah buat kenduri. Bulan ini yang paling kenyang ialah tuan imam dan tuan bilal. Hingga kadang-kadang terpaksa dibahagi-bahagikan jamaah dan pembawa bacaan tahlil. Tetapi ada sesetengah lokasi yang sanggup menunggu jamaah datang ikut giliran, hingga ada yang menjejak ke dinihari. Rumah terakhir dilawati tentu agak hambar dek kerana kekenyangan dan mengantuk serta kepenatan .. Cuma penulis tertarik dengan kuliy...

Antara Dua

Imej
Membaca akhbar, internet dan tengok berita di TV siaran utama negara beberapa hari ini, antara kes hangat kini: kes 1: seorang pengguna media baru yang dikhabarkan menghina YDPA  kes 2: tarian separuh bogel di pusat membeli belah utama secara terbuka pada waktu puncak Bagi kes 1: bertalu2 bantahan dan desakan untuk mengambil tindakan kepada seorang pengguna media baru yang dikatakan membuat posting menghina YDPA. NGO, parti politik, pejuang bangsa, pejuang negara, individu...bertalu2 tampil membuat laporan polis dan mendesak tindakan segera diambil.. Kes 2: Ianya adalah satu penghinaan kepada agama Allah dan ajaran Nabi kita. Bukan kah itu satu penghinaan yang jelas dan terang nyata? Apakah ada yang lebih utama dan lebih besar dari Allah dan Rasul-Nya?? Apa tindakan pihak2 pejuang agama, bangsa dan tanahair dalam memprotes hal pada kes 2? Pemerintah? Bukankah YDPA dan Raja-raja adalah juga yang bertanggungjawab menjaga agama Islam mengikut perlembagaan kita? Bukankah menghina ...

SISTEM SYURA VS SISTEM DEMOKRASI

Imej
Pengenalan Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan  yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat  semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pe milihan khalifah, bidang kuasa, perundangan  dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam   menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan   segala-galanya. Contohnya seperti...

Bila YB nak rajin nih

Imej
Topik hangat di warung tatkala sarapan pagi tadi ialah kenaikan harga rokok. Menurut rakan seperminuman (frasa kata yang direka-reka-pen) kenaikan harga barangan sekarang tidak diumumkan secara rasmi oleh media .. Benar atau tidak ? Ahli forum juga ada menyebutkan mengenai kadar cukai GST yang dikhabarkan turut naik namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pasukan blogger pro pemerintah.. Maka bercerita jualah, adakah YB yang baru dilantik ini tidak tahu gerak nadi rakyat marhain? Rakyat semakin terhimpit dengan gaji yang kecil, hutang yang semakin memberat, harga susu dan makanan keperluan lain melambung, setiap bulan dapat gaji  hanya membayar hutang sahaja kemudian ikat perut dan perasaan hingga muncul hujung bulan yang baru.. Adakah YB tau? Pernahkah YB turun ke pasar membeli ikan seorang diri tanpa ditemani sang pengampu? Pernahkah YB berjalan-jalan dalam kawasan yang dimenangi, duduk mengeteh di warung sebentar dan berjalan ke segenap ceruk rantau melihat masalah ummah...

Kisah lampu dan lintasan keretapi di Kluang

Penulis dilahirkan di bandar Kluang sekitar tahun 1395 hijriah...dan membesar di sini sehingga berumur 3 tahun sebelum akhirnya berpindah ke Taiping Perak kerana mengikut arwah ayah yang berkhidmat selaku seorang tentera. Hanya ketika berusia dua belas tahun dan menuntut di darjah enam, barulah penulis pulang semula ke kluang. Tatkala itu, Kluang bukanlah sebuah bandar yang agak maju. Yang wujud ialah deretan rumah-rumah kedai lama yang ditulis tahun 1940 an di bahagian atas bangunan tersebut. Pasaraya yang ada hanyalah pasaraya Nilai kalau tidak silap penulis, dan juga pasaraya Great Wall. Wujud juga parkson di bangunan UMNO yang kini sudah bertukar menjadi kedai jualan biasa.. Kini Kluang semakin berkembang dan membangun. Seiring dengan peredaran zaman dan kebijaksanaan pimpinan yang ada. Bangunan semakin banyak bercambah dengan kedai-kedai yang semakin membiak. Meskipun masih wujud bangunan yang mencacatkan mata di tengah-tengah bandar, terutama di kawasan perhentian bas sed...

Hadis mengenai solat qasr

Imej
Dari Aisyah ra katanya, "Pada mulanya solat diwajibkan dua-dua rakaat bagi musafir dan bermuqim. Kemudian bilangan tersebut ditetapkan bagi musafir khusus, sedang bagi yang bermuqim ditambah" [Muslim] Dari Ya'la b Umayyah bahawasanya dia pernah bertanya kepada Umar Ibn Khattab, katanya, "Bagaimana pandangan tuan mengenai ayat Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu. (an nisa:101) Bukankah sekarang telah aman?  Maka jawab Umar, "Aku pernah memikirkan apa yang ditanyakan itu lantas kutanyakan kepada Rasulullah SAW, lantas beliau menjawab, "Hal itu adalah suatu kelapangan dari Allah yang dikurniakan kepadamu ,maka terimalah kemurahanNya itu" [Muslim] Hadis ini menyatakan kepada golongan mutakhir ini yang kelihatan kurang bersetuju dengan proses solat...

Ke Avillion lagi..

Imej
Hujung minggu ini penulis dipanggil sekali lagi ke bangunan yang berukiran senibina English di tengah - tengah kesibukan kota melaka bagi menyertai bengkel yang turut dihadiri oleh para pembesar organisasi. Terasa diri sangat kerdil untuk hadir hingga membuat beberapa panggilan ke pejabat yang membuat pelawaan. Sememangnya ketua sub organisasi sejak awal-awal minggu telah membuat arahan melalui tulisan di dalam kotak surat elektronik agar penulis hadir ke mesyuarat tersebut bersama timbalan beliau. Kemudian sang timbalan juga tidak dapat hadir lalu diturunkan ke batu jemala ketua jabatan. Dan KJ juga tidak dapat hadir maka diperturunkan ke batu jemala orang kanan jua.. Maka penulis memulakan musafir beberapa jam selepas menyelesaikan solat jumaat di Jame kampung penulis.  Sekitar jam 5 petang, penulis tiba di pejabat untuk mengambil pakaian yang tertinggal. Ya ..pakaian itu meskipun hanya sebuah jaket biru tua yang sudah berkarat butang lengan sebelah..tetapi masih berguna un...