Catatan

Riwayat kereta II

Imej
YA...Naza Citra itu kembali menagih sesuatu dari tuannya. Ianya merengek-rengek, lebih-lebih lagi tatkala membuat belokan di selekoh. "Tu bunyi drive sharp tak? " kata salah seorang penumpang setia yang menemani perjalanan panjang setiap hari di antara Kluang ke Parit Raja.. "Boleh jadi bunyi arm.." kata penulis sebagai menyokong kata-kata salah seorang mekanik tatkala membuat alignment tayar sebulan lepas.. "Apa pun penyakitnya...kena tunggu duit dari langit.." Tatkala itu fikiran penulis ligat memikirkan sumber kewangan. Mungkin boleh menggunakan kad kredit yang baru sahaja dijelaskan sejumlah besar pinjaman penggunaannya oleh orang sebelah...teman setia di setiap perjalanan, kerana penggunaannya tempoh hari.  Mungkin juga boleh tunggu tuntutan OT masuk bersama gaji bulan Jun...Tapi entah berapa harga yang perlu dibayar ... belum boleh dibuat sebarang jangkaan... Jika ditanya pada bengkel sebangsa di Parit Raja, hanya senyuman jawapa...

Masjid kembali berkabut ..

Imej
Jumaat 12 Syaaban 1423 - sekali lagi masjid jame menara nan sebatang terpilih sebagai lokasi untuk melaksanakan program Jati Diri Ketara Sedar (JDKS) penjenamaan semula untuk program ini. Sekitar jam 3.30 petang, barulah peserta tiba dari dua buah SK yang berbeza tetapi masih dalam mukim yang sama. Sebahagian peserta dihantar sendiri oleh ibu bapa manakala sebahagaian lain dengan menaiki bas. Untunglah mereka seawal usia 12 tahun lagi sudah berjaya menjejak kaki ke IPTA tersohor .. Taklimat bermula sekitar jam 4.00 petang oleh KK yang kini telah memakai vest berwarna merah, manakala fasi memakai vest berwarna biru ..Untuk kali ini, lagu program ditukar kepada lagu yang lain selepas hampir dua tahun menggunakan lagu sebelum ini. Beberapa minit sebelum azan Asr, peserta menikmati minum petang dan kemudian seusai solat mereka menjalani Ice Breaking bersama fasi wanita, untuk pertama kalinya dalam sejarah pelaksanaan program yang menjejak ke usia tahun ke lapan.. Walau bag...

Hadis berkaitan solat jama tanpa sebab

At Thabrani meriwayatkan dalam Mu'jam Ash Shagir, Muhammad b Al Hassan Ibn Harun al Maushili memberitakan kepada kami, Muhammad bin Ammar al Maushili memberitakan kepada kami memberitakan kepada kami Umar b Ayub, dari Mu'adz bin 'Aqabah, dari Ziyad bin Sa'ad dari Abi Zubair dari Said bin Jubair dari ibn Abbas : "Sesungguhnya Nabi SAW telah menjamak antara zuhur dan asr, Maghrib dan Isya (Izalatul Katar, hal 136 Dari Kitab Haula Ash Shalah wa jama' baina faridhatain oleh As Syekh Abdullatief al Baghdadi. Penerbit Dar Al Ihya Li at Turats al Arabi, Beirut. At Thabrani meriwayatkan dalam Mu'jam al Ausath dan al Kabir dengan sanad dari Abdullah bin Mas'ud, katanya"RAsulullah SAW menjamak di Madinah antara Zuhur dan Asar, maghrib dan Isya" Maka dikatakan kepada beliau tentang itu, dan beliau berkata, Saya berbuat demikian agar tidak memberatkan ummat.. At Thabrani adalah Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayub bin Mudhair al Khumi . Beliau ...

Syaaban dan makan-makan

Imej
Marhabaan ya Syaaban...ia kembali muncul tahun ini. Ia menjadi jiran terdekat sebelum bulan seribu bulan muncul.  Sepertimana biasa Syaaban muncul selaku bulan penuh dengan acara makan percuma di masjid, surau bahkan rumah dan tidak ketinggalan di pejabat-pejabat. Umat Islam nusantara khususnya di bumi Malaysia kerap kali akan menyambut kedatangan syaaban dengan kenduri dan makan-makan.. Selalunya mereka akan membuat kenduri arwah..mengirimkan cebisan doa buat keluarga tersayang yang berada di pusat tahanan barzakh .. Kadang-kadang dalam satu malam ada 3-4 buah rumah buat kenduri. Bulan ini yang paling kenyang ialah tuan imam dan tuan bilal. Hingga kadang-kadang terpaksa dibahagi-bahagikan jamaah dan pembawa bacaan tahlil. Tetapi ada sesetengah lokasi yang sanggup menunggu jamaah datang ikut giliran, hingga ada yang menjejak ke dinihari. Rumah terakhir dilawati tentu agak hambar dek kerana kekenyangan dan mengantuk serta kepenatan .. Cuma penulis tertarik dengan kuliy...

Antara Dua

Imej
Membaca akhbar, internet dan tengok berita di TV siaran utama negara beberapa hari ini, antara kes hangat kini: kes 1: seorang pengguna media baru yang dikhabarkan menghina YDPA  kes 2: tarian separuh bogel di pusat membeli belah utama secara terbuka pada waktu puncak Bagi kes 1: bertalu2 bantahan dan desakan untuk mengambil tindakan kepada seorang pengguna media baru yang dikatakan membuat posting menghina YDPA. NGO, parti politik, pejuang bangsa, pejuang negara, individu...bertalu2 tampil membuat laporan polis dan mendesak tindakan segera diambil.. Kes 2: Ianya adalah satu penghinaan kepada agama Allah dan ajaran Nabi kita. Bukan kah itu satu penghinaan yang jelas dan terang nyata? Apakah ada yang lebih utama dan lebih besar dari Allah dan Rasul-Nya?? Apa tindakan pihak2 pejuang agama, bangsa dan tanahair dalam memprotes hal pada kes 2? Pemerintah? Bukankah YDPA dan Raja-raja adalah juga yang bertanggungjawab menjaga agama Islam mengikut perlembagaan kita? Bukankah menghina ...

SISTEM SYURA VS SISTEM DEMOKRASI

Imej
Pengenalan Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan  yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat  semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pe milihan khalifah, bidang kuasa, perundangan  dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak antara orang Islam dengan orang bukan Islam Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam   menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami adalah rakyat berhak menentukan   segala-galanya. Contohnya seperti...

Bila YB nak rajin nih

Imej
Topik hangat di warung tatkala sarapan pagi tadi ialah kenaikan harga rokok. Menurut rakan seperminuman (frasa kata yang direka-reka-pen) kenaikan harga barangan sekarang tidak diumumkan secara rasmi oleh media .. Benar atau tidak ? Ahli forum juga ada menyebutkan mengenai kadar cukai GST yang dikhabarkan turut naik namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pasukan blogger pro pemerintah.. Maka bercerita jualah, adakah YB yang baru dilantik ini tidak tahu gerak nadi rakyat marhain? Rakyat semakin terhimpit dengan gaji yang kecil, hutang yang semakin memberat, harga susu dan makanan keperluan lain melambung, setiap bulan dapat gaji  hanya membayar hutang sahaja kemudian ikat perut dan perasaan hingga muncul hujung bulan yang baru.. Adakah YB tau? Pernahkah YB turun ke pasar membeli ikan seorang diri tanpa ditemani sang pengampu? Pernahkah YB berjalan-jalan dalam kawasan yang dimenangi, duduk mengeteh di warung sebentar dan berjalan ke segenap ceruk rantau melihat masalah ummah...