Catatan

Antara mencari qari dan mencari bintang....

KOTA BARU:  Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini. Masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve, yang merupakan hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain wang tunai RM15,000 beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. Anuar memperoleh 92.33 peratus markah manakala Hanimzah mendapat 88.34 peratus. Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 Jun hingga 6 Julai ini. Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas yang mengutip 89.67 peratus markah muncul naib johan manakala tempat ketiga milik qari Terengganu Mohamad Hafas Ali yang mendapat 86.67 peratus. Naib johan qariah pula disandang peserta Johor Nor Azrah Ayub yang memperoleh 86.00 peratus markah manakala tempat ketiga milik ...

Kerinduan terhadap Madinah menjelma kembali...

Imej
Jumaat hening ini tatkala menziarahi laman sosial FB, terpampang satu entry dari sahabat satu sekolah dan satu organisasi bergambar di KLIA untuk sekali lagi berangkat ke Tanah suci. Setahun sebelum ini, beliau juga berangkat ke tanah suci beberapa hari selepas penulis dan isteri pulang ke tanah air juga dari tanah suci. Nampaknya beliau menang lagi untuk ke tanah suci.. Dikhabarkan jua bahawa beliau akan menunaikan haji juga dalam tahun ini...subhanallah....bagaimana beliau berjaya menjadi tetamu Allah hampir setiap tahun? Penulis baru sahaja dua kali menghadiri dan menyahut panggilan kaabah. Kali pertama sekitar tahun 1991 dan yang terkini pada tahun lepas  http://abuzair.blogspot.com/2012/07/kembara-suci.html Semalam seusai solat zuhur di masjid, salah seorang jamaah bercerita mengenai anak lelaki beliau yang sudah menghafaz sebanyak 11 juzuk al quran di salah sebuah madrasah arabiah. Beliau juga bercadang untuk ke madinah sama ada cuti sabatikal ataupun cuti tanpa ...

Khutbah Jumaat

Imej
19 Syaaban - Jumaat yang gemilang. Buat julung kalinya penulis dapat mendengar khutbah dari awal hingga akhir. Sudah terlalu lama penulis hanya tertidur setiap minggu tatkala khutbah dibacakan .. Namun pada hari ini, alhamdulilla ..dapat mendengar teks bacaan khutbah yang dibacakan oleh sang imam. Ya..zaman ini adalah zaman mendengar bacaan teks khutbah. Bukan seperti zaman sebelumnya dimana imam benar-benar berkhutbah .. Khutbah pada kali ini berkisar tentang kebanggan umat Musa as yang terlalu angkuh mendabik dada menyatakan bahawa mereka merupakan umat Musa as yang digelar ahlil kitab. Namun kebanggaaan itu hanya pada zahir sahaja. Bukan pada pengamalan dan pematuhan kepada syariat Musa itu sendiri. Bahkan pendeta atau Rabbi merekalah yang mempelopori pengubahsuaian terhadap isi kandungan Taurat dan juga Injil agar bersesuaian dengan nafsu serakah mereka.  Mereka membaca kitab suci mereka hanya untuk mendapat keberkatan semata-mata. Bukan untuk diamalkan isi kandung...

Riwayat kereta II

Imej
YA...Naza Citra itu kembali menagih sesuatu dari tuannya. Ianya merengek-rengek, lebih-lebih lagi tatkala membuat belokan di selekoh. "Tu bunyi drive sharp tak? " kata salah seorang penumpang setia yang menemani perjalanan panjang setiap hari di antara Kluang ke Parit Raja.. "Boleh jadi bunyi arm.." kata penulis sebagai menyokong kata-kata salah seorang mekanik tatkala membuat alignment tayar sebulan lepas.. "Apa pun penyakitnya...kena tunggu duit dari langit.." Tatkala itu fikiran penulis ligat memikirkan sumber kewangan. Mungkin boleh menggunakan kad kredit yang baru sahaja dijelaskan sejumlah besar pinjaman penggunaannya oleh orang sebelah...teman setia di setiap perjalanan, kerana penggunaannya tempoh hari.  Mungkin juga boleh tunggu tuntutan OT masuk bersama gaji bulan Jun...Tapi entah berapa harga yang perlu dibayar ... belum boleh dibuat sebarang jangkaan... Jika ditanya pada bengkel sebangsa di Parit Raja, hanya senyuman jawapa...

Masjid kembali berkabut ..

Imej
Jumaat 12 Syaaban 1423 - sekali lagi masjid jame menara nan sebatang terpilih sebagai lokasi untuk melaksanakan program Jati Diri Ketara Sedar (JDKS) penjenamaan semula untuk program ini. Sekitar jam 3.30 petang, barulah peserta tiba dari dua buah SK yang berbeza tetapi masih dalam mukim yang sama. Sebahagian peserta dihantar sendiri oleh ibu bapa manakala sebahagaian lain dengan menaiki bas. Untunglah mereka seawal usia 12 tahun lagi sudah berjaya menjejak kaki ke IPTA tersohor .. Taklimat bermula sekitar jam 4.00 petang oleh KK yang kini telah memakai vest berwarna merah, manakala fasi memakai vest berwarna biru ..Untuk kali ini, lagu program ditukar kepada lagu yang lain selepas hampir dua tahun menggunakan lagu sebelum ini. Beberapa minit sebelum azan Asr, peserta menikmati minum petang dan kemudian seusai solat mereka menjalani Ice Breaking bersama fasi wanita, untuk pertama kalinya dalam sejarah pelaksanaan program yang menjejak ke usia tahun ke lapan.. Walau bag...

Hadis berkaitan solat jama tanpa sebab

At Thabrani meriwayatkan dalam Mu'jam Ash Shagir, Muhammad b Al Hassan Ibn Harun al Maushili memberitakan kepada kami, Muhammad bin Ammar al Maushili memberitakan kepada kami memberitakan kepada kami Umar b Ayub, dari Mu'adz bin 'Aqabah, dari Ziyad bin Sa'ad dari Abi Zubair dari Said bin Jubair dari ibn Abbas : "Sesungguhnya Nabi SAW telah menjamak antara zuhur dan asr, Maghrib dan Isya (Izalatul Katar, hal 136 Dari Kitab Haula Ash Shalah wa jama' baina faridhatain oleh As Syekh Abdullatief al Baghdadi. Penerbit Dar Al Ihya Li at Turats al Arabi, Beirut. At Thabrani meriwayatkan dalam Mu'jam al Ausath dan al Kabir dengan sanad dari Abdullah bin Mas'ud, katanya"RAsulullah SAW menjamak di Madinah antara Zuhur dan Asar, maghrib dan Isya" Maka dikatakan kepada beliau tentang itu, dan beliau berkata, Saya berbuat demikian agar tidak memberatkan ummat.. At Thabrani adalah Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayub bin Mudhair al Khumi . Beliau ...

Syaaban dan makan-makan

Imej
Marhabaan ya Syaaban...ia kembali muncul tahun ini. Ia menjadi jiran terdekat sebelum bulan seribu bulan muncul.  Sepertimana biasa Syaaban muncul selaku bulan penuh dengan acara makan percuma di masjid, surau bahkan rumah dan tidak ketinggalan di pejabat-pejabat. Umat Islam nusantara khususnya di bumi Malaysia kerap kali akan menyambut kedatangan syaaban dengan kenduri dan makan-makan.. Selalunya mereka akan membuat kenduri arwah..mengirimkan cebisan doa buat keluarga tersayang yang berada di pusat tahanan barzakh .. Kadang-kadang dalam satu malam ada 3-4 buah rumah buat kenduri. Bulan ini yang paling kenyang ialah tuan imam dan tuan bilal. Hingga kadang-kadang terpaksa dibahagi-bahagikan jamaah dan pembawa bacaan tahlil. Tetapi ada sesetengah lokasi yang sanggup menunggu jamaah datang ikut giliran, hingga ada yang menjejak ke dinihari. Rumah terakhir dilawati tentu agak hambar dek kerana kekenyangan dan mengantuk serta kepenatan .. Cuma penulis tertarik dengan kuliy...