Catatan

Hari terakhir Ramadhan rupanya...

Hari ke 29 ramadhan tiba jua menjengahkan diri dengan sinaran mentari bagaikan warna keperakan. Ini dikongsi bersama dengan dua sahabat yang lain yang turut mengakui perkara tersebut. Benarlah akan ijtihad hujjatulmislam al Ghazali akan malam qadr yang dijangka jatuh pada malam ke 29 ramadhan pabila awal ramadhan berlaku pada hari rabu... Kesibukan hari ini untuk membuat sedikit persiapan. Ya...melayu tetap mengekalkan status quo bahawa perlu membuat persiapan untuk menyambut lebaran...ke pasar tani untuk membeli dan membelah dan kemudian membuat sedikit persiapan. Menyelesaikan masalah motosikal tua yang agak lama tersadai dek keraja tayar yang lembik tidak sempat untuk dipamkan anginnya. Membawa motor dengan tayar belakang lembik menuju ke kedai motor. Mentari memang tidak panas. Kedai motor biasa milik pasangan berbangsa tionghua. Nyonya becok bercerita mengenai kucing peliharaannya. Dari cerita yang disampaikan ternyata beliau amat sangat menyanyangi kucingnya. Kucing-kucing itu di...

Malam ke 29 ramadhan 1434....harapan terakhir

Imej
Kehadiran malam ke 29 ramadhan hanya dicemari dengan bunyi dentuman mercun. Namun pada tahun ini tiada pula kedengaran bunyi meriam buluh sebagaimana tahun sebelumnya. Mercun adalah tanda keseronokan atau kegembiraan. Telah dimainkan dengan meluas dalam majlis keramaian di negara tanah besar China beribu tahun dahulu.  Mungkin kita telah terasuh dari kecil untuk meraikan 1 syawal sebagai hari kemenangan. Kemenangan atas peperangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Kejayaan menahan kehendak makan, minum dan senggama pada siang hari sepanjang Ramadhan. Namun kebanyakan dari kita hanya beranggapan bahawa kejayaan Ramadhan hanyalah setakat itu sahaja.. Jarang kita mengetengahkan idea bahawa segala kehendak nafsu yang menjurus kepada dosa sepanjang ramadhan seperti mengumpat, berbohong dan sebagainya yang mengundang dosa juga perlu ditahan untuk mendapatkan anugerah sebenar hasil tarbiyyah Ramadhan iaitu taqwa.. Maka tidak hairanlah kalau pejabat kerajaan kebanyakkanya diisi dengan lag...

Hari ke 27 ramadhan

Imej
Hari ini dimulai penulis tatkala jam azan subuh yang diawalkan 30 minit menlaksanakan tugasannya.  "Allahu Akbar...alangkah ruginya aku...aku tidak layakkah untuk menjadi salah seorang penerima anugerah al qadr?" Ya..masih ada beberapa minit berbaki untuk mendirikan solat. Selepas bersahur dengan air dan kurma, cuba menjejak redha ilahi di akhir malam....sebenarnya di penghujung malam....yang begitu gawat...moga-moga jika benarlah turunnya angkatan rombongan jibrail pada malam 27 tadi termasuklah hamba Mu yang lemah ini dalam senarai orang yang mendapat 1000 bulan...meskipun hanya secarik sahaja ya Rabb... Entah mengapa begitu sukar untuk bangun solat malam. Walhal seusai solat isya tadi sempat tidur sekira-kira satu jam dan boleh banguna berjalan serta memandu kereta. Namun bila tiba sahaja di rumah, segala pemikiran dan tubuh seolah terpaku dan terpedaya. Bisikan yang entahkan dari mana berkata, awal lagi. Akan elok jika ditakkhir hingga akhir se...

Seolah sudah hari raya

Imej
Hari ke 26 Ramadan yang agung....malam ini boleh menjadi malam penentu untuk menyambut rombongan jibrail dari langit. Pagi seusai subuh disambut denngan deraian hujan lembut membasahi bumi ... Rancangan di peti televisyen juga telah berselang-seli dengan bunyi-bunyian kemeriahan hari raya. Tragedi mercun juga seolah diulang tayang saban tahun dan tahun ini mungkin yang paling tragis.. Perbualan dengan teman setia dan tercinta tatkala menikmati juadah berbuka maghrib tadi juga berkisar mengenai mercun dan sebagainya. Betapa tatkala di zaman kanak-kanak kami amat meriah diwarnai pelbagai dentuman mercun dan bakaran bunga api. Namun rasanya tidak pernah pula kedengaran wujud sebarang kejadian yang menyayat hati ataupun kecederaan yang perlu digemburkan di dada akhbar dan juga media massa lainnya. "Kita orang siap main meriam buluh lagi. Tak de apa masalah pun yang berlaku," kata orang sebelah. Wah nampaknya sejarah hari raya beliau jauh lebih hebat dari sejarah hari raya penulis...

Kuliah zuhur hari ke 24

Seusai solat zuhur dalam cuaca nyaman hari ke 24 Ramadhan tazkirah zuhur diisi oleh ustaz baru di masjid menara nan sebatang Antara isi menarik kuliah beliau ialah bagaimana para salaf dapat mengkhatamkan al quran hingga 4 kali pada waktu siang dan 4 kali pada waktu malam... Bagaimana imam as syafie dapat khatam al quran sekali sehari manakala dalam bulan ramadhan dua kali sehari? Bagaimana seorang alim menolak untuk bersembang dan berbual kosong kerana khuatir masanya terbuang begitu sahaja dek kerana risau tentang umur yang semakin berkurangan. Imam as syafie mengarang syair taubat yang indah...tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak kuat menanggung siksaMu dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosanya....sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...apabila pada hari itu perutnya merasa kenyang? Bagaimana dengan kita pula?

Kemakmuran malam akhir ramadhan

Imej
Meniti malam ke 25 ramadhan di tengah bandar kecil, ibu daerah tengah gerbang selatan semenanjung emas. Suasana sesak menyelubungi bandar kecil ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya meskipun suara bacaan imam masih kedengaran jelas di corong-corong menara rumah Allah. Ini bermakna tarikan ke bazaar ramadhan jauh lebih hebat berbanding tarikan tawaran ke rumah Allah bagi merebut kelebihan 10 malam akhir... Kesesakan di tengah bandar juga agak luar biasa. Terfikir juga di benak ini mengapa kenderaan begitu banyak memenuhi setiap inci ruang yang difikirkan boleh untuk parkir. Kelihatan juga sang polis begitu galak menurunkan tandatangan diatas helaian kertas saman untuk diselitkan ke wiper kereta yang terpilih. Suasana di bazaar pula tidak boleh diceritakan dengan hanya tulisan di blog picisan. Semakin meriah dan bergaya serta menyambut para pengunjung yang mungkin dahagakan sentuhan pelengkap syawal yang masih jauh... Begitu bersemangat umat ini untuk berhari raya hinggakan...

Solat di belakang Kawasaki

Isya malam ke 23 Ramadhan menyapa bumi daerah tengah semenanjung selatan. Penulis agak lewat menghadiri solat pada malam ini. Tetapi tidak selewat malam semalam hingga terpaksa menyertai solat tarawih dengan niat solat Isya...                                   Apa yang menarik ialah jamaah tarawih sememangnya agak 'liat' untuk didirikan. Kebanyakan jamaah seperti malu-malu alah untuk memasuki saf. Hinggakan tatkala imam memulakan bacaan surah selepas ummul kitab barulah saf jamaah dapat dipenuhi. Penulis berdiri di belakang lelaki berbaju bertulisan kawasaki dan berseluar jean dengan kopiah keras  yang kelihatan agak lusuh. Meskipun berpakaian ringkas dan simple namun kelihatan dari belakang susuk tubuh lelaki ini kelihatan begitu khusyu menghadap sang pencipta berbanding diri penulis yang  berdiri lesu dan berfikiran liar... Benarlah kadang-kadang pakaian bukanlah boleh mengukur tahap ...