Catatan

Pelaksanaan Hudud di Brunei : apa reaksi kita?

Di mana-mana sahaja pada hari ini, golongan yang condong hatinya kepada Islam rata-rata turut merasa gembira dengan pengumuman penting yang dibuat oleh baginda Sultan Brunei mengenai pelaksanaan hudud di negara tersebut. Di FB juga berita tersebut begitu hangat diperkatakan dan video serta maklumat berita dari brunei begitu banyak di share pada laman tersebut. Masing- masing kelihatan ghairah dengan kejayaan dan keputusan salah seorang raja di alam melayu ini. Walau bagaimanapun ianya tetap mendapat reaksi yang berbeza-beza. Salah seorang pendidik di menara gading menyatakan bahawa ada kemungkinan ianya tidak dilaksanakan. Hanya seqadar perkataan dan pengumuman sahaja. Bagi pihak yang condong kepada pelaksanaan islam yang syumul, mereka memuji-muji langkah sultan tersebut manakala bagi pihak yang kurang mesra syariah, mereka cuba membangkitkan isu hudud yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan sekitar tahun 1990an yang mana ianya gagal dilaksanakan di negeri tersebut bahkan mereka menud...

Tiga Hari Dua malam di Paloh

Bermula jumaat hari terakhir tasyriq dua kumpulan mahasiswa dan mahasiswi telah berangkat menuju ke sebuah pekan kecil dalam mukim paloh. Kumpulan seramai 70 orang ini dipecahkan kepada dua seksyen dengan dua kenderaan yang berbeza. Sememangnya pergerakan pada semester ini dilanda pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dengan qadar seberapa segera. Dengan perancangan di saat akhir dan hanya mengambil masa sekitar dua minggu, termasuk cuti eid adha yang menyaksikan kebanyakan pelajar pulang bercuti di kampung dan dibayangi kelas tambahan di hujung minggu nanti. Program yang dirancang hampir dibatalkan di saat akhir dan tatkala pengarah program datang bersama kertas proposal di hari terakhir bekerja, minggu sebelum eid adha, jelas pada wajahnya menggambarkan kumpulan ini seolah tidak bermaya untuk merealisasikan program ini pada hujung minggu berikutnya. Namun sebaik tiba hari arafah, penulis telah menggerakkan diri untuk mendapatkan kenderaan kerana itu perkara terpenting disamping be...

Semangat korban yang hilang :part II

Imej
Kita sememangnya dapat menyediakan haiwan ternak untuk dijadikan sebagai korban. Mungkin ada juga dikalangan kita yang sanggup menyimpan sedikit dari wangnperbelanjaan bulanan guna untuk membeli sebahagian dari korban yang mungkin bernilai RM700 untuk satu-satu bahagian. Bagi si kaya  dan orang ternama, setakat berbelas ekor lembu untuk acara korban bukanlah sesuatu yang membebankan. Namun disebalik kegirangan dan keghairahan kita menyembelih binatang ternakan ini dan mengagihkannya, adakah kita mampu menghayati falsafah sebenar sebuah pengorbanan? Sebagai contoh, apabila organisasi yang menjadi tempat kita mencari makan memerlukan kita untuk mengisi sebuah acara peringkat negeri atau setidak-tidaknya daerah dihujung minggu pada waktu malam, bukan untuk menyanyi, tetapi cukup untuk hadir selaku peserta semata-mata yang tidak memerlukan seseorang untuk mengeluarkan wang sakunya walau RM0.01 pun, namun dek kerana hilangnya semangat pengorbanan dan berkobarnya semangat...

Hari raya korban: semangat korban yang kian pudar

Imej
Hari ini, sehari selepas kerajaan saudi mengumumkan tarikh wukuf, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira perbezaan mazhab yang semakin memuncak kini, meraikan eid adha, hari yang diasaskan dari semangat pengorbanan suci yang ditunjukkan oleh Ibrahim as dan juga anaknya Ismail as. Daripada semangat pengorbanan dua anak beranak ini, maka Allah swt telah menggantikan Ismail as dengan seekor kibasy. Maka umat islam sehingga ke saat ini masih lagi melaksanakan syariat nabi Allah Ibrahim ini yang juga telah diperintahkan di dalam syariat junjungan besar Muhammad SAW. Umat Islam masih meneruskan amalan korban dengan menyembelih pelbagai binatang ternakan berupa lembu dan kambing atau unta atau kibasy menurut aturan syariat sehingga ke hari ini.  Kita biasa mendengar amalan ini dilaksanakan diserata ceruk negara umat islam. Kita biasa juga mendengar umat islam berkongsi untuk menyembelih seekor lembu dengan harga RM400 ke RM700 untuk satu bahagian. Selari dengan kenaikan har...

Sekali lagi ke masjid India

Ahad sehari sebelum wuquf di arafah, kami sekali lagi bergerak menuju ke masjid india untuk mendapatkan bekalan buat jualan. Kali ini kami bergerak ditemani putera dan puteri-puteri kami berserta bonda penulis. Kami bergerak agak lewat, sekitar jam 10.30 dan berhenti untuknsarapan pagi di hadapan institut pertanian. Kemudian terus memecut tanpa henti menuju destinasi. Singgah di rumah ibu saudara untuk transit bonda dan putera serta puteri kedua. Kami tiba di laluan masuk ke masjid sekitar jam 2 petang. Panas tengahari begitu membahang terik. Setelah mendapat lokasi sesuai selepas terperap dalam jam yang agak pendek, kesemua penumpang diturunkan dan penulis menunggu parkir. Hampir tiga jam menunggu. Akhirnya sejurus sebelum azan asr Allah menganugerahkan jua tempat parkir. Syukur padaMu wahai zat Yang Maha Pemurah. Menunggu parkir sebenarnya merupakan salah tarbiyyah dariNya. Meskipun kadang-kadang panas juga apabila parkir yang dinantikan hampir menjadi kenyataan, tiba-tiba muncul ker...

Bagaimana menjadi baik?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya hendak menjadi seorang yang baik? Apakah kriteria yang menyebabkan seseorang itu dinobatkan sebagai baik? Adakah dikatakan baik itu ialah seseorang yang rajin dan pandai belajar sahaja? Ataukah yang dikatakan baik itu bila menjadi kaya wa raya? Ibn Abbas salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW ada formulanya. Formula ini diterima daripada sebaik-baik manusia yang diketahui oleh semua umat baik di timur mahupun di belahan barat. Manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah junjungan besar Muhammad b Abdullah SAW sendiri... Baginda ada menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa apabila seseorang itu dikehendaki Allah menjadi baik maka dia akan menjadi seorang yang faham akan agamanya... Nah...rupanya apabila seseorang itu faham akan agama, maka dia pasti akan menjadi seorang yang baik. Maka tidaklah menjadi syarat untuk faqih tentang agama itu perlu mendaftar menjadi salah seorang pelajar universiti...

Kadang-kadang menjadi PAR .. kadang-kadang menjadi kerani...kadang-kadang menjadi PP

Imej
Ye..walaupun jawatan penolong pegawai, kelas B, kalau mengikut gelaran dahulu kala, bukanlah terlalu tinggi...sekadar penyelia jika berada di kawasan perindustrian, namun jika dibandingkan di jabatan-jabatan kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah, ianya adalah satu jawatan yang agak berprestij. Ia seringkali juga digelar AO atau Assistant Officer.  Kalau sebelum SSM diperkenalkan, ianya adalah berada dalam gred N6, namun sekarang sudah menjadi gred N27. Gred ini dipakai juga oleh penghulu ... Di pejabat atau organisasi penulis, jawatan ini tidaklah dilihat sebegitu gah seperti yang berlaku dalam iklim di pejabat tanah atau pejabat daerah. Mungkin hal ini adalah disebabkan faktor jumlah penjawat jawatan ini yang agak ramai. Begitu juga jika dinaikkan ke gred 32 sekalipun, kadang-kadang tugas yang dipikulkan atau yang dipertanggungjawabkan menurut yang terkandung dalam senarai berbeza dengan realiti sebenar. Menurut pandangan salah seorang penceramah INTAN, semasa menghad...