Catatan

Khutbah tahun 2014

Imej
Menghirup udara Jumaat pertama di negeri Johor yang mengalami fenomena perubahan cuti mingguan. Sebenarnya bahang keheningan cuti mingguan Jumaat Sabtu ini telah mula dirasakan sejak petang Khamis lagi dek kerana perubahan waktu bekerja khususnya pada hari Khamis di mana waktu bekerja bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang sahaja... Khutbah jumaat pada tengahari ini cuba membawa jamaah merenungi tahun baru yang baru dimasuki relungnya pada beberapa hari lepas dimana ianya membawa maksud umur setiap makhluk telah bertambah dan semakin hampir untuk pulang ke kampung halaman akhirat. Khatib menyatakan bahawa di kampung akhirat, hanya ada tiga pilihan penempatan sahaja iaitu jannah, a'raf dan an naar...pilihan itu perlu dibuat di dunia...bukan selepas menutup mata. Ertinya kitalah yang akan mendapatkan tiket itu di kaunter dunia dengan membelinya bukan melalui wang ringgit, tetapi melalui akaun amalan dan tiket itu hanya akan kita ketahui di saat kita menghadapi sakarat k...

Januari 2014

Imej
Dan mentari petang 31 Disember melabuhkan tirainya dengan penulis memulakan langkah pertama untuk mendapatkan sesuatu yang sementara di dunia ini .. Perayaan sambutan tahun baru masehi masih lagi galak diadakan di bandar kecil yang berada di celahan sungai yang kerap mengamuk pabila hujan melebat melebihi dua jam secara terus menerus ini. Mungkin para pelaksana dan juga penganjur gagal mennafsirkan sebab musabab amukan sungai dari pandangan mata batin. Hanya sibuk melihat tadahan hujan semata-mata. Kalaulah mereka ini memahami pandangan batin dan ketuhanan, nescaya mereka ini akan cuba sedaya upaya mengelakkan sebarang bentuk penganjuran bersifat lagha dan melupakan Tuhan seumpama ini!! Dikhabarkan di ibu kota, disamping keserakahan dan keseronokan segolongan pemuja fremason dan illuminati menganjur dan melaksanakan konsert buat menyambut tahun-tahun yang mendekati ketrampilan Al Masih Dajjal, muncul segolongan yang melaksanakan apa yang dikatakan 'perhimpunan ha...

Kisah seorang pengawal...

Imej
Lewat petang natal penulis tiba di jaya jusco skudai untuk memenuhi hajat orang sebelah yang setia. Sebaik selesai menjamak solat di surau kecil bersama imam tamam muda, kami menyelesaikan tuntutan perut di kedai makan berhampiran. Sebelum itu, kami singgah di kedai durian murah berdekatan pasar borong pandan. Empat biji berharga RM10.00. Isi oklah buat melepas rindu kepada raja buah ini.  Maghrib muncul sebaik sahaja penulis selesai menikmati satu set lamb chop berharga sekitar RM12.30. Isinya agak padat dan sedikit liat. Namun nyata lebih baik berbanding di sebuah kedai makan berhampiran kediaman penulis berharga RM13.00 ..... Maghrib di surau sempit dilimpahi jamaah. Seorang warga pakistan telah mengazankan dan terpaksa mengimami jamaah dek kerana penduduk tempatan kelihatan malu-malu alah untuk maju kehadapan. Bacaan dengan telo Pakistan... Seusai solat bergerak ke tingkat atas untuk menunggu urusan selesai. Duduk di bangku kayu panjang dapat melihat pelbagai gelagat. Kawasan i...

Kuala Lumpur : i come

Imej
Musafir kami ke Kuala Lumpur pada bulan safar ini bermula seawal jam 6  petang sabtu. Kami mentakhirkan solat di lokasi tujuan. Kami singgah di restoran jejantas untuk menjamu selera. Putra putri seperti biasa merengek untuk mendapatkan aiskrim dan juga permainan. Mujurlah pilihannya yang berharga RM3.00 sahaja... Kami sampai ke destinasi sekitar jam 11 malam. Abang ipar menyambut kami di pintu rumah agamnya. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada keesokkan harinya. Kami akan menghantar beliau ke lapangan terbang seawal jam 6.30 pagi... Dan malam itu diisi dengan sedikit perbualan mengenai tanah suci dan juga menonton kisah seram di kaca televisyen. Seawal jam 5 pagi kami telah bangun bersiap. Seusai solat subuh, kami bergerak menuju ke lapangan terbang. Di sana urusan untuk berangkat kelihatan tidak berlaku. Oh rupanya abang ipar terjebak dengan syarikat yang menipu. Betapa manusia semakin rakus dengan dunia hingga mengkomersialkan urusan umrah dan sanggu...

Calon YB - Teringat pule semasa pilihanraya

Imej
Tiba-tiba teringat untuk menulis insiden semasa hari pengundian pada PRU 13. Cerita dah lama. Tapi masih belum basi... Penulis membuang undi di kawasan yang berhampiran dengan kediaman penulis dengan membawa bonda sekali. Beliau sebenarnya begitu bersemangat untuk membuang undi. Tapi jangan ditanya dia undi siapa...bukankah undi itu rahasia? Tatkala beratur di saluran umur pertengahan ini, muncul kelibat calon DUN dari pihak yang belum memerintah. Terdapat juga calon Parlimen juga yang belum memerintah. Yang sudah memerintah tiada pula kelihatan akan bayangnya pun... Maka bersalam-salamanlah calon ini akan segenap pengundi yang berada di saluran tersebut. Mungkin baginya saluran ini bakal membekalkan undi yang terbanyak untuk parti dan juga dirinya. Tiadalah pula kelihatan susuk tubuh calon ini berjalan kepada saluran orang-orang lama. Boleh jadi dia telah terhidu bahaya ataupun mungkin dia telah melaluinya tanpa disedari oleh penulis.  Kemudian, di suatu sudut...

Memerangi ajaran sesat?

Imej
Mutakhir ini para ulama yang mendokong fatwa mazhab sunni-masionalis semakin garang di persada untuk memenuhi tuntutan pemerintah mereka bagi memerangi kebejatan fahaman sesat saudara mereka sendiri dari kalangan syiah. Apabila pembesar mereka semakin bersemangat membantai pimpinan parti politik yang berbeza fahaman dan anutan dengan menngunakan senjata syiah, membuatkan penulis teringatkan keadaan yang berlaku dalam zaman kekuasaan daulah abasiyyah di bawah pimpinan khalifah Harun Al Rasyid tatkala para pembesarnya beserta ulamanya juga sedang giat memerangi syiah hingga antara yang dituduh ialah Al Imam Muhammad bin Idris As Syafie sendiri. Akhirnya setelah disoal siasat oleh khalifah sendiri, beliau akhirnya terbebas dari tuduhan liar tersebut. Kini hampir gegak gempita negara dengan isu ini. Apabila pihak yang berwajib menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu disahkan sebagai seorang syiah, maka ianya ternyata lebih mengelirukan ramai umat.  ...

10 tahun sama dengan sehari?

Imej
Tuan Guru Mudir Madrasah Arabiah di salah sebuah daerah di hujung semenanjung emas dalam menjawab salah satu soalan sesi kuliyyah maghrib baru-baru ini menceritakan bahawa teman- teman beliau yang ramai berada di Saudi menyatakan bahawa di negara Saudi, bilangan jenayah yang berlaku sepanjang 10 tahun adalah sama dengan jenayah yang berlaku sehari di US!! Bagaimana hal itu bisa berlaku? Ini adalah keberkatan pelaksanaan hukum hudud. Meskipun Saudi tidak melaksanakannya dengan adil dengan menghukum mengikut pilihan, iaitu yang dikenakan hudud biasanya orang bukan arab manakala yang Arab dielakkan, namun Allah tetap menurunkan kegerunan dalam dada penjenayah... Satu ketika seorang Yahudi bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya mengenai hukuman ke atas orang yang berzina di kalangan mereka. Maka Rasulullah SAW bertanya, "Apakah hukuman di dalam taurat kamu?" Mereka menjawab, "direjam sehingga mati" Selepas daripada itu, yahudi tersebut keluar dalam keadaan tidak ber...