Catatan

Tanda kiamat - semakin mendekat...

Imej
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi) Maka dikatakan itulah yang sedang kita hadapi kini. Tidak sempat hendak menghitung hari yang mendatang, tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan tahun baru 2014. Terasa seolah-olah baru sahaja meraikan tahun baru 2013. Pada masa kehidupan zaman datuk dan nenek kita dahulu, manusia adalah amat prihatin dengan masa. Dek kerana ketiadaan sebarang peralatan elektrik yang mampu menerangi kegelapan malam dengan neon serta menemani kesunyian malam dengan televisyen ataupun sebarang gajet, maka mereka akan benar-benar menepati kehendak Allah sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam al quran Allah jualah Yan...

Tetamu senja

Imej
Lewat maghrib rabiul awwal tatkala menikmati juadah sementara menantikan kehadiran isya, sekonyong-konyong kedengaran suara lelaki memberi salam di halaman rumah. Pabila dilihat dan dijenguk di bibir tingkap, kelihatan dua tetamu dai sudah bersiap untuk bertamu.  Maka penulis menerima tetamu hanya di hadapan rumah kerana keadaan dalam rumah yang agak kurang selesa. Maka tetamu senja menyatakan nawaitu untuk ziarah disamping mengundang penulis hadir ke program dakwah di jame yong peng sekitar bulan mei kelak. Tetamu ini seorang yang agak berumur dan berpengalaman bertamu dirumah usang ini dengan mesej hampir sama. Seorang lagi pemuda yang masih sangat bersemangat bersama jamaah dai ini. Kisah berkisar mengenai kepentingan menghidupkan amalan agama dalam diri, keluarga dan masyarakat. Perumpamaan seperti ais yang diletakkan di luar pasti cepat cair, tetapi jika disimpan di persekitaran sejuk seperti peti sejuk, maka sudah pasti ianya akan dapat bertahan dengan...

Khutbah tahun 2014

Imej
Menghirup udara Jumaat pertama di negeri Johor yang mengalami fenomena perubahan cuti mingguan. Sebenarnya bahang keheningan cuti mingguan Jumaat Sabtu ini telah mula dirasakan sejak petang Khamis lagi dek kerana perubahan waktu bekerja khususnya pada hari Khamis di mana waktu bekerja bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang sahaja... Khutbah jumaat pada tengahari ini cuba membawa jamaah merenungi tahun baru yang baru dimasuki relungnya pada beberapa hari lepas dimana ianya membawa maksud umur setiap makhluk telah bertambah dan semakin hampir untuk pulang ke kampung halaman akhirat. Khatib menyatakan bahawa di kampung akhirat, hanya ada tiga pilihan penempatan sahaja iaitu jannah, a'raf dan an naar...pilihan itu perlu dibuat di dunia...bukan selepas menutup mata. Ertinya kitalah yang akan mendapatkan tiket itu di kaunter dunia dengan membelinya bukan melalui wang ringgit, tetapi melalui akaun amalan dan tiket itu hanya akan kita ketahui di saat kita menghadapi sakarat k...

Januari 2014

Imej
Dan mentari petang 31 Disember melabuhkan tirainya dengan penulis memulakan langkah pertama untuk mendapatkan sesuatu yang sementara di dunia ini .. Perayaan sambutan tahun baru masehi masih lagi galak diadakan di bandar kecil yang berada di celahan sungai yang kerap mengamuk pabila hujan melebat melebihi dua jam secara terus menerus ini. Mungkin para pelaksana dan juga penganjur gagal mennafsirkan sebab musabab amukan sungai dari pandangan mata batin. Hanya sibuk melihat tadahan hujan semata-mata. Kalaulah mereka ini memahami pandangan batin dan ketuhanan, nescaya mereka ini akan cuba sedaya upaya mengelakkan sebarang bentuk penganjuran bersifat lagha dan melupakan Tuhan seumpama ini!! Dikhabarkan di ibu kota, disamping keserakahan dan keseronokan segolongan pemuja fremason dan illuminati menganjur dan melaksanakan konsert buat menyambut tahun-tahun yang mendekati ketrampilan Al Masih Dajjal, muncul segolongan yang melaksanakan apa yang dikatakan 'perhimpunan ha...

Kisah seorang pengawal...

Imej
Lewat petang natal penulis tiba di jaya jusco skudai untuk memenuhi hajat orang sebelah yang setia. Sebaik selesai menjamak solat di surau kecil bersama imam tamam muda, kami menyelesaikan tuntutan perut di kedai makan berhampiran. Sebelum itu, kami singgah di kedai durian murah berdekatan pasar borong pandan. Empat biji berharga RM10.00. Isi oklah buat melepas rindu kepada raja buah ini.  Maghrib muncul sebaik sahaja penulis selesai menikmati satu set lamb chop berharga sekitar RM12.30. Isinya agak padat dan sedikit liat. Namun nyata lebih baik berbanding di sebuah kedai makan berhampiran kediaman penulis berharga RM13.00 ..... Maghrib di surau sempit dilimpahi jamaah. Seorang warga pakistan telah mengazankan dan terpaksa mengimami jamaah dek kerana penduduk tempatan kelihatan malu-malu alah untuk maju kehadapan. Bacaan dengan telo Pakistan... Seusai solat bergerak ke tingkat atas untuk menunggu urusan selesai. Duduk di bangku kayu panjang dapat melihat pelbagai gelagat. Kawasan i...

Kuala Lumpur : i come

Imej
Musafir kami ke Kuala Lumpur pada bulan safar ini bermula seawal jam 6  petang sabtu. Kami mentakhirkan solat di lokasi tujuan. Kami singgah di restoran jejantas untuk menjamu selera. Putra putri seperti biasa merengek untuk mendapatkan aiskrim dan juga permainan. Mujurlah pilihannya yang berharga RM3.00 sahaja... Kami sampai ke destinasi sekitar jam 11 malam. Abang ipar menyambut kami di pintu rumah agamnya. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada keesokkan harinya. Kami akan menghantar beliau ke lapangan terbang seawal jam 6.30 pagi... Dan malam itu diisi dengan sedikit perbualan mengenai tanah suci dan juga menonton kisah seram di kaca televisyen. Seawal jam 5 pagi kami telah bangun bersiap. Seusai solat subuh, kami bergerak menuju ke lapangan terbang. Di sana urusan untuk berangkat kelihatan tidak berlaku. Oh rupanya abang ipar terjebak dengan syarikat yang menipu. Betapa manusia semakin rakus dengan dunia hingga mengkomersialkan urusan umrah dan sanggu...

Calon YB - Teringat pule semasa pilihanraya

Imej
Tiba-tiba teringat untuk menulis insiden semasa hari pengundian pada PRU 13. Cerita dah lama. Tapi masih belum basi... Penulis membuang undi di kawasan yang berhampiran dengan kediaman penulis dengan membawa bonda sekali. Beliau sebenarnya begitu bersemangat untuk membuang undi. Tapi jangan ditanya dia undi siapa...bukankah undi itu rahasia? Tatkala beratur di saluran umur pertengahan ini, muncul kelibat calon DUN dari pihak yang belum memerintah. Terdapat juga calon Parlimen juga yang belum memerintah. Yang sudah memerintah tiada pula kelihatan akan bayangnya pun... Maka bersalam-salamanlah calon ini akan segenap pengundi yang berada di saluran tersebut. Mungkin baginya saluran ini bakal membekalkan undi yang terbanyak untuk parti dan juga dirinya. Tiadalah pula kelihatan susuk tubuh calon ini berjalan kepada saluran orang-orang lama. Boleh jadi dia telah terhidu bahaya ataupun mungkin dia telah melaluinya tanpa disedari oleh penulis.  Kemudian, di suatu sudut...