Catatan

Maulid oh maulid

Imej
Hujung minggu ini masih di kawasan tengah semenanjung emas, majlis sambutan maulid rasul diadakan bermula Jumaat malam. Di sebuah surau yang terletak di tepi jalan berhadapan dengan kedai makan, majlis bermula selepas solat Isya. Tetamu jemputan al fadhil ustaz zamri mantop. Hadirin agak ramai memenuhi ruang hadapan surau dan melimpah hingga ke jalan raya. Terdapat pembukaan sebuah gerai menjual kitab dan juga cd biasa.. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi dan seterusnya ceramah. Cukup teratur dan penuh adab ilmu.  Subuh esok ustaz yang sama hadir untuk kuliah subuh perdana di masjid jame. Keesokkannya di dataran diadakan majlis sambutan yang sama dengan menjemput penceramah tersohor yang biasa muncul di kaca televisyen. Perhimpunan atas nama menyambut keputeraan junjungan ini dianjurkan atas nama sebuah pertubuhan politik tersohor.  Sesuatu yang menarik untuk diulas, majlis makan bermula selepas asar hingga sebelum waktu isya menurut tentatif. Tatk...

Air oh air

Imej
Keadaan krisis air di hujung semenanjung emas kedengaran semakin meruncing. Ironinya, masalah tersebut lebih tertumpu di kawasan tengah hujung semenanjung. Dengan memiliki lapan empangan air yang kian menyusut, pihak penguasa dan pengurus bekalan air di kawasan tersebut telah menguatkuasakan catuan bekalan air berjadual yang lebih ketat. Jika pada Februari bekalan dicatu selama 24 jam, kini ianya dicatu selama 48 jam mulai Mac hingga akhir bulan. Adakah menjelang April, catuan akan lebih diperketatkan lagi? Apakah kita memang menuju kepada krisis air terbesar dalam sejarah semenanjung emas moden? Bayangkan jika Allah tidak menurunkan hujan selama setengah tahun. Ini bermakna hujan akan mula turun mulai bulan ogos, selepas melalui bulan syawal dan juga ramadhan. Adakah pihak berkuasa atas penjagaan air hanya melihat dan pasrah sahaja membiarkan hampir 150,000 penduduk kawasan tengah ini menderita ketiadaan air? Adalah sesuatu yang agak pelek pabila catuan ini hanya dikenakan d...

Kita semakin tidak keruan...

Imej
Masalah ini mungkin dipandang kecil bagi sebahagian insan. Mungkin ada yang menganggap ianya adalah kes terpencil. Tetapi bagi yang melihat dengan mata hati, sudah barangpasti akan terdetik di hati, apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kitaran keganasan seksual (mungkin istilah ini terlalu melampau) kelihatan semakin parah dalam masayarakat muslim dewasa ini. Selari dengan perkembangan Islam yang kununnya sedang berlari untuk mencapai puncak pusingannya, khususnya di negara Islam yang dikatakan paling tersohor di kalangan dunia Islam moden, ianya perlu dianggap sesuatu yang maha serius.. Kita tertanya-tanya bagaimana dalam masayarakat Melayu yang kununnya amat menitik beratkan soal adat dan budaya, kalaupun agak janggal untuk memakai istilah akhlak Islami yang sering dicemburui dan dituduh agak terkebelakang dan menjumudkan pemikiran masyarakat yang dianggap moden, boleh berlaku perkara buruk dan cemar sedemikian rupanya? Adakah ini hanya satu-satunya kes yang berlaku, at...

Berarak menuju keredhaan Allah dan Rasul....

Imej
Menjelang waktu Dhuha pagi khamis yang cerah dalam musim kemarau yang semakin menjalar di bumi semenanjung emas, berlaku sambutan maulid di organisasi. Meskipun rabiul awwal telah berlalu agak jauh, namun kehangatan sambutannya masih terasa khususnya di hujung selatan semenanjung ini. Ia sudah membudaya dan berakar umbi dalam masyarakat muslim di hujung benua ini sejak sekian lama. Acara bermula dengan perhimpunan dan kemudian berarak ke jame menara nan sebatang. Sambil berarak setiap kumpulan mendendangkan selawat dan sebagainya bagi memuji-muji akan Rasul. Tentu pemikir seperti Kassim Ahmad dan sahabat-sahabatnya agak jengkel dengan perarakan seumpama ini... Setiap kumpulan akan dinilai dan diberi markah berdasarkan keseragaman, alunan selawat dan sebagainya. Rupanya ada pertandingan yang berlaku. Maka setiap kumpulan bagai berlumba untuk mempamerkan kehebatan kumpulan masing-masing... Apabila tiba di tapak masjid, kesemua kumpulan pun berhimpun dan bersurai. Di dalam masjid diadakan...

Hanya kesedihan

Sabtu 15 Februari adalah tarikh permulaan sebuah kedukaan panjang yang tiada penyembuhnya buat sepanjang hayat. Tatkala menjengah ke bilik bonda sekitar jam 6.00 pagi beliau baru selesai mengambil wudhuk untuk menyempurnakan solat Subuh. Berkebetulan isteri bersekolah pada Sabtu ini untuk sekolah ganti.. "Kamu hantar ke sekolah ke?" " dia pergi sendiri" Dan kemudian penulis kembali masuk ke rumah di sebelah. Rupanya itulah perbualan terakhir kami. Sekitar jam 8 pagi tatkala mata hendak terlelap buat seketika, adik membuat ketukan di muka pintu dengan suara yang kedengaran agak cemas... "Bonda tak sedar..." Penulis segera masuk kerumah dan mendapati bonda terbaring di atas tilam di bahagian bawah katil beliau dalam keadaan tidak sedar. Cuba untuk dikejutkan tetapi tidak ada respon. Mata terbuka di bahagian sebelah kanan dan nafas turun naik kedengaran seperti sedang berdengkur... "Cepat call ambulan...." Dan penulis segera ke sebelah untuk mandi d...

Hujung minggu semakin tenang

Imej
Ya..hujung minggu tiba lagi. Jika pada tahun lepas, hujung minggu kita adalah Sabtu dan Ahad. Kini negeri di hujung benua asia ini kembali bercuti pada Jumaat dan Sabtu, mengulangi apa yang pernah berlaku beberapa dekad sebelum ini. Ternyata hujung minggu Jumaat dan Sabtu terlalu besar hikmahnya. Terpulanglah kepada pandangan individu. Bagi penulis, Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu sangat bermakna. Kita mampu bersedia dengan lebih baik untuk menghadapi solat Jumaat. Tidak perlu berasak-asak atau terkejar-kejar ke masjid dalam keadaan memakai pakaian kerja. Sempat untuk mandi sunat Jumaat sejurus sebelum melangkah ke masjid, tidak seperti dulu yang terpaksa mengawalkan mandi sunat sebelum pergi bekerja. Nawaitu keluar bekerja pada pagi Jumaat, meskipun sudah selesai mandi sunat, terasa amat berlainan dengan nawaitu keluar ke masjid untuk iktikaf pada hari Jumaat sejurus selepas menikmati mandi sunat... Ketenangan ini semakin menyeluruh pabila hujung minggu penulis tid...

Sekali lagi menjadi kaku...

Imej
Berada di pejabat baru meskipun telah berkhidmat lama di organisasi yang sama, pasti akan menampakkan sedikit kecanggungan. Walaupun boleh dikatakan 70 peratus rakan baru yang berada di pejabat baru adalah dari kalangan yang pernah dikenali, namun rasa kekok dan agak janggal tetap menerpa di minda. Apatah lagi bidang tugas yang disuguhkan jauh berbeza daripada yang biasa ataupun yang pernah dibiasakan. Maka jadilah penumpang baru ini semakin terkial-kial untuk cuba mengikut arus. Mungkin bagi rakan yang menerima bagi mereka sama sahaja. Tiada sebarang masalah. Boleh jadi perasaan sendiri yang terikut-ikut... Mungkin akan memakan sedikit masa. Bagi penulis, tempoh sebulan awal ini penting bagi kita mempamerkan imej diri serta menjual atau mempromosi diri di tengah laman masyarakat baru yang secara senghaja ataupun tidak, sebenarnya cuba memerhati dan menganalisis diri kita. Mungkin mereka pernah mendengar tentang kita jauh sebulan lebih awal dari tarikh kita muncul buat pertama kali di ...