Catatan

Khilafah :benarkah sistem yang dituntut?

Imej
Sistem khilafah sering dilaung-laungkan sebagai sistem terbaik untuk menjayakan kenegaraan berasaskan syariah. Dikatakan bahawa kewujudan sistem khilafah perlu disegerakan dan diperjuangkan agar syariah islam benar-benar dapat ditegakkan. Sistem khilafah bermula sebaik sahaja kaum muhajirin dan ansar membaiah Abu Bakr di balai bani saidah beberapa ketika selepas kewafatan Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW wafat. Meskipun ahli keluarga baginda sedang disibukkan dengan urusan jenazah Rasulullah SAW, namun tindakan sebahagian kaum ansar yang berkumpul di Balai Bani Saidah bertujuan melantik khilafah telah menyebabkan Umar segera menarik keluar Abu Bakr yang sedang sibuk menyelesaikan urusan tajhiz menuju ke sana. Sebaik Abu Bakr dibaiah selaku khalifah pertama, meskipun ada diantara sahabat yang dilaporkan kurang bersetuju dan lewat memberikan baiah sehingga 6 bulan selepas perlantikan, ianya menandakan bermulanya sistem khilafah di dalam islam dan ada dikalangan sarjan...

Berakhirnya kisah seorang Anwar

Imej
Selepas nasib DSAI ditentukan pada perbicaraan liwat II, lewat senja beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang, beberapa pihak mula melihat bahawa ianya merupakan titik pengakhiran karier politik beliau. Mungkin ada di antara para pendukung beliau yang begitu teruja untuk memperjuangkan nasib beliau. Apatah lagi beberapa hari kemudian beliau telah mengisytiharkan reformasi 2.0. Seolah negara separa aman ini akan digegarkan lagi dengan tindakan himpunan sejuta umat sebagaimana yang pernah berlaku pada 1998, ataupun lebih hebat sebagaimana perhimpunan merah di ibukota thailand... Apabila berita kehilangan pesawat MHS743 menyelubungi media massa sehari selepas itu, berita mengenai DSAI hampir lenyap di mana-mana akhbar utama. Begitu juga nasibnya dengan hari pencalonan di DUN Kajang. Persoalannya, adakah pakej percutian lima tahun DSAI dari arena politik negara ini akan memberikan impak yang lebih besar terhadap gerakan pembangkang atau semakin melemahkan pakatan? Umum mengetah...

Pendidikan kita : Hanya menjayakan cinta?

Imej
Tatkala menemani menemani isteri yang ada urusan di salah sebuah kedai terkemuka di salah sebuah kompleks membeli belah yang agak tersohor namanya, di belahan pantai barat hujung semenanjung emas, terpaksa melayan karenah putera kecil yang sibuk berlari dan membuat kecoh, meskipun di dalam kawasan menunggu itu perlu kepada sedikit ketenangan... Maka terpandanglah akan penulis beberapa pasang kekasih yang berjalan melalui lorong di sebalik pintu kaca kedai. Tertarik melihat pasangan yang pada pandangan fizikal penulis masih berada di sekolah rendah atau paling teruk pun di awal persekolahan peringkat menengah berjalan seiring sambil berpegangan tangan. Si gadis memakai tudung dan baju t shirt berlengan panjang beserta berseluar agak longgar dengan lelaki yang kelihatan berimej kemas.. Kemudian lalu lagi pasangan yang kelihatan sama, dengan lelaki yang kelihatan agak kurang matang...berpegang tangan dan merangkul erat pinggang sang gadis... Dalam hati terdetik, apakah ...

Rujuk JAKIM dulu sebelum buat konsert

Imej
Di serata nusantara, antara berita terhangat yang sering dijadikan topik perbualan sama ada dalam media cetak atau media elektronik kini selain dari isu MHS 370 ialah berita penganjuran konsert yang meragut enam nyawa yang kebanyakkan adalah dari kalangan anak bangsa melayu islam. Dalam kepelekan dan kebingungan dunia untuk mencari penyelesaian terhadap misteri kehilangan pesawat terbang milik MAS ini rupanya masih ada insan yang begitu berani melonjak dan melayan keserakahan nafsu untuk secebis keuntungan dan keglamouran meluluskan penganjuran konsert seumpama ini. Tiada pula disibukkan dengan sensitiviti keluarga mangsa. Tiada pula yang mahu mengharamkan atau menghalang pelaksanaannya. Maka Allah membuka aib mereka yang bertanggungjawab dengan mematikan beberapa insan di lokasi kejadian. Kalaulah tiada kematian nescaya tiada siapa pun yang tahu betapa negara semenanjung emas yang dikatakan hebat dan begitu gah akan acara berciri keislamannya itu BERJAYA mengajurkan konsert bertaraf ...

Maulid oh maulid

Imej
Hujung minggu ini masih di kawasan tengah semenanjung emas, majlis sambutan maulid rasul diadakan bermula Jumaat malam. Di sebuah surau yang terletak di tepi jalan berhadapan dengan kedai makan, majlis bermula selepas solat Isya. Tetamu jemputan al fadhil ustaz zamri mantop. Hadirin agak ramai memenuhi ruang hadapan surau dan melimpah hingga ke jalan raya. Terdapat pembukaan sebuah gerai menjual kitab dan juga cd biasa.. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi dan seterusnya ceramah. Cukup teratur dan penuh adab ilmu.  Subuh esok ustaz yang sama hadir untuk kuliah subuh perdana di masjid jame. Keesokkannya di dataran diadakan majlis sambutan yang sama dengan menjemput penceramah tersohor yang biasa muncul di kaca televisyen. Perhimpunan atas nama menyambut keputeraan junjungan ini dianjurkan atas nama sebuah pertubuhan politik tersohor.  Sesuatu yang menarik untuk diulas, majlis makan bermula selepas asar hingga sebelum waktu isya menurut tentatif. Tatk...

Air oh air

Imej
Keadaan krisis air di hujung semenanjung emas kedengaran semakin meruncing. Ironinya, masalah tersebut lebih tertumpu di kawasan tengah hujung semenanjung. Dengan memiliki lapan empangan air yang kian menyusut, pihak penguasa dan pengurus bekalan air di kawasan tersebut telah menguatkuasakan catuan bekalan air berjadual yang lebih ketat. Jika pada Februari bekalan dicatu selama 24 jam, kini ianya dicatu selama 48 jam mulai Mac hingga akhir bulan. Adakah menjelang April, catuan akan lebih diperketatkan lagi? Apakah kita memang menuju kepada krisis air terbesar dalam sejarah semenanjung emas moden? Bayangkan jika Allah tidak menurunkan hujan selama setengah tahun. Ini bermakna hujan akan mula turun mulai bulan ogos, selepas melalui bulan syawal dan juga ramadhan. Adakah pihak berkuasa atas penjagaan air hanya melihat dan pasrah sahaja membiarkan hampir 150,000 penduduk kawasan tengah ini menderita ketiadaan air? Adalah sesuatu yang agak pelek pabila catuan ini hanya dikenakan d...

Kita semakin tidak keruan...

Imej
Masalah ini mungkin dipandang kecil bagi sebahagian insan. Mungkin ada yang menganggap ianya adalah kes terpencil. Tetapi bagi yang melihat dengan mata hati, sudah barangpasti akan terdetik di hati, apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kitaran keganasan seksual (mungkin istilah ini terlalu melampau) kelihatan semakin parah dalam masayarakat muslim dewasa ini. Selari dengan perkembangan Islam yang kununnya sedang berlari untuk mencapai puncak pusingannya, khususnya di negara Islam yang dikatakan paling tersohor di kalangan dunia Islam moden, ianya perlu dianggap sesuatu yang maha serius.. Kita tertanya-tanya bagaimana dalam masayarakat Melayu yang kununnya amat menitik beratkan soal adat dan budaya, kalaupun agak janggal untuk memakai istilah akhlak Islami yang sering dicemburui dan dituduh agak terkebelakang dan menjumudkan pemikiran masyarakat yang dianggap moden, boleh berlaku perkara buruk dan cemar sedemikian rupanya? Adakah ini hanya satu-satunya kes yang berlaku, at...