Catatan

Terpaksa melangkah pergi: kad merah telah dilayangkan...

Hari ini hari terakhir di pejabat puncak desir angin....terdapat acara makan tengahari yang diadakan agak tergesa2. Mungkin ianya bukan acara resmi. Bos kelihatan keluar duit poket sendiri. Dimeja makan restoran yang agak rersohor di pekan kecil, penulis diminta membuat sedikit ucapan. Tapi penulis menolak dengan baik.. Gerakan jarum minit menuju ke angka selepas 4.59 terasa agak perlahan. Melangkah pergi dengan agak berat. Meskipun baru berusia sebulan lebih di pejabat itu, terdapat desakan agar penulis segera pindah ke pejabat lain. Ini mungkin rekod dalam organisasi. Dipindahkan dalam jangkamasa sebulan daripada tarikh berpindah ke pejabat puncak desir angin. Tatkala surat arahan pindah tiba, ada telahan nakal mengatakan penulis sendiri yang mohon dipindahkan. Kunun kerna tidak sesuai. Kunun kerana kurang gembira. Itu hanya telahan nakal. Surat arahan itu tidak pernah terjangka akan datang secepat ini. Kita semua penjawat awam yakin akan dipindahkan. Tidak pernah ada yang bertugas ...

Merapatkan saf : perkara yang dipandang remeh

Apabila imam telah berdiri di hadapan mihrab untuk melaksanakan solat berjamaah, maka adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengingatkan jamaah di belakangnya untuk merapatkan saf yang renggang dan meluruskan saf yang bengkang-bengkok sebelum memulakan takbiratul ihram. Namun tidak ramai imam yang mampu berbuat demikian. Adakah kerana ia terlupa, atau dia tidak mempunyai kekuatan untuk berkata-kata (tidak semua orang boleh melakukan public speaking), atau dia sememangnya tidak tahu. Acapkali jamaah akan menemui atau mempunyai seorang inam karyah yang apabila sudah berada di hadapan terus sahaja memulakan takbir tanpa menoleh ke belakang apa lagi untuk memberikan ingatan kepada jamaah. Maka kita akan kerap menemui keadaan saf yang tidak rapat, keadaan saf yang bengkang-bengkok dan juga yang terputus. Bukankah Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa baginda pernah melihat syaitan sebesar anak kambing yang berada di antara saf solat yang tidak rapat? Junjungan besar SAW juga pernah ...

Khilafah :benarkah sistem yang dituntut?

Imej
Sistem khilafah sering dilaung-laungkan sebagai sistem terbaik untuk menjayakan kenegaraan berasaskan syariah. Dikatakan bahawa kewujudan sistem khilafah perlu disegerakan dan diperjuangkan agar syariah islam benar-benar dapat ditegakkan. Sistem khilafah bermula sebaik sahaja kaum muhajirin dan ansar membaiah Abu Bakr di balai bani saidah beberapa ketika selepas kewafatan Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW wafat. Meskipun ahli keluarga baginda sedang disibukkan dengan urusan jenazah Rasulullah SAW, namun tindakan sebahagian kaum ansar yang berkumpul di Balai Bani Saidah bertujuan melantik khilafah telah menyebabkan Umar segera menarik keluar Abu Bakr yang sedang sibuk menyelesaikan urusan tajhiz menuju ke sana. Sebaik Abu Bakr dibaiah selaku khalifah pertama, meskipun ada diantara sahabat yang dilaporkan kurang bersetuju dan lewat memberikan baiah sehingga 6 bulan selepas perlantikan, ianya menandakan bermulanya sistem khilafah di dalam islam dan ada dikalangan sarjan...

Berakhirnya kisah seorang Anwar

Imej
Selepas nasib DSAI ditentukan pada perbicaraan liwat II, lewat senja beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang, beberapa pihak mula melihat bahawa ianya merupakan titik pengakhiran karier politik beliau. Mungkin ada di antara para pendukung beliau yang begitu teruja untuk memperjuangkan nasib beliau. Apatah lagi beberapa hari kemudian beliau telah mengisytiharkan reformasi 2.0. Seolah negara separa aman ini akan digegarkan lagi dengan tindakan himpunan sejuta umat sebagaimana yang pernah berlaku pada 1998, ataupun lebih hebat sebagaimana perhimpunan merah di ibukota thailand... Apabila berita kehilangan pesawat MHS743 menyelubungi media massa sehari selepas itu, berita mengenai DSAI hampir lenyap di mana-mana akhbar utama. Begitu juga nasibnya dengan hari pencalonan di DUN Kajang. Persoalannya, adakah pakej percutian lima tahun DSAI dari arena politik negara ini akan memberikan impak yang lebih besar terhadap gerakan pembangkang atau semakin melemahkan pakatan? Umum mengetah...

Pendidikan kita : Hanya menjayakan cinta?

Imej
Tatkala menemani menemani isteri yang ada urusan di salah sebuah kedai terkemuka di salah sebuah kompleks membeli belah yang agak tersohor namanya, di belahan pantai barat hujung semenanjung emas, terpaksa melayan karenah putera kecil yang sibuk berlari dan membuat kecoh, meskipun di dalam kawasan menunggu itu perlu kepada sedikit ketenangan... Maka terpandanglah akan penulis beberapa pasang kekasih yang berjalan melalui lorong di sebalik pintu kaca kedai. Tertarik melihat pasangan yang pada pandangan fizikal penulis masih berada di sekolah rendah atau paling teruk pun di awal persekolahan peringkat menengah berjalan seiring sambil berpegangan tangan. Si gadis memakai tudung dan baju t shirt berlengan panjang beserta berseluar agak longgar dengan lelaki yang kelihatan berimej kemas.. Kemudian lalu lagi pasangan yang kelihatan sama, dengan lelaki yang kelihatan agak kurang matang...berpegang tangan dan merangkul erat pinggang sang gadis... Dalam hati terdetik, apakah ...

Rujuk JAKIM dulu sebelum buat konsert

Imej
Di serata nusantara, antara berita terhangat yang sering dijadikan topik perbualan sama ada dalam media cetak atau media elektronik kini selain dari isu MHS 370 ialah berita penganjuran konsert yang meragut enam nyawa yang kebanyakkan adalah dari kalangan anak bangsa melayu islam. Dalam kepelekan dan kebingungan dunia untuk mencari penyelesaian terhadap misteri kehilangan pesawat terbang milik MAS ini rupanya masih ada insan yang begitu berani melonjak dan melayan keserakahan nafsu untuk secebis keuntungan dan keglamouran meluluskan penganjuran konsert seumpama ini. Tiada pula disibukkan dengan sensitiviti keluarga mangsa. Tiada pula yang mahu mengharamkan atau menghalang pelaksanaannya. Maka Allah membuka aib mereka yang bertanggungjawab dengan mematikan beberapa insan di lokasi kejadian. Kalaulah tiada kematian nescaya tiada siapa pun yang tahu betapa negara semenanjung emas yang dikatakan hebat dan begitu gah akan acara berciri keislamannya itu BERJAYA mengajurkan konsert bertaraf ...

Maulid oh maulid

Imej
Hujung minggu ini masih di kawasan tengah semenanjung emas, majlis sambutan maulid rasul diadakan bermula Jumaat malam. Di sebuah surau yang terletak di tepi jalan berhadapan dengan kedai makan, majlis bermula selepas solat Isya. Tetamu jemputan al fadhil ustaz zamri mantop. Hadirin agak ramai memenuhi ruang hadapan surau dan melimpah hingga ke jalan raya. Terdapat pembukaan sebuah gerai menjual kitab dan juga cd biasa.. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi dan seterusnya ceramah. Cukup teratur dan penuh adab ilmu.  Subuh esok ustaz yang sama hadir untuk kuliah subuh perdana di masjid jame. Keesokkannya di dataran diadakan majlis sambutan yang sama dengan menjemput penceramah tersohor yang biasa muncul di kaca televisyen. Perhimpunan atas nama menyambut keputeraan junjungan ini dianjurkan atas nama sebuah pertubuhan politik tersohor.  Sesuatu yang menarik untuk diulas, majlis makan bermula selepas asar hingga sebelum waktu isya menurut tentatif. Tatk...