Catatan

Seorang yang mustajab doanya

Imej
Usair bin Amru (ada yang kata nama sebenarnya ialah Usair bin Jabir) berkata, "Dalam satu peperangan, Umar bin Khattab didatangi oleh sepasukan pembantu daripada penduduk Yaman. Beliau bertanya kepada mereka, 'Ada sesiapa antara saudara sekalian yang bernama Uwais bin Amir?' Akhirnya Uwais bin Amir dibawa berjumpa beliau. 'Adakah saudara bernama Uwais?' Umar bin Khattab bertanya. 'Ya!', jawab Uwais. 'Benarkah saudara daripada keturunan Murad daripada kalangan suku Qaran?', Umar bertanya lagi. 'Ya!', jawab Uwais. Adakah saudara menghidapi penyakit sopak tetapi kemudian penyakit sopak saudara sembuh, kecuali pada satu tempat sebesar wang dirham?' tanya Umar lagi. 'Ya!', jawab Uwais. 'Adakah saudara mempunyai seorang ibu?', Umar bertanya lagi. 'Ya!', jawab Uwais. Kemudian Umar Bin Khattab berkata, 'Saya mendengar Nabi Muhammad menerangkan, 'Saudara sekalian akan bertemu dengan Uwais bin Amir, daripada ket...

Kisah lelaki yang sangat kasih akan ibunya

Imej
Lelaki ini bukanlah seorang yang dikenali ramai. Hanya seorang lelaki yang tinggal di kampung pendalaman. Di tengah ketandusan padang pasir gersang. Hanya bersama seorang ibu tua. Dia begitu kasih dan taat pada ibunya. Tidak ia meninggalkan ibunya keseorangan hanya untuk menenuhi kehendaknya. Pada zamannya telah muncul seorang utusan mulia. Dia memang berniat untuk bertemu dengannya. Begitu memuncak keinginannya untuk menatap wajah insan yang bercahaya. Insan yang menerima tarbiyyah langsung dari Tuhannya. Tetapi apakan daya. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan ibunya keseorangan hanya semata-mata untuk memuaskan kehendaknya. Tidak sanggup dia meninggalkan ibunya walaupun untuk menemui insan teragung. Baginya, berbakti kepada seorang ibu jauh lebih baik dari segalanya. Apabila junjungan Nabi SAW meninggalkan dunia yang fana ini, sahabat nabi ada hasrat untuk menemui lelaki itu. Ini kerana junjungan mulia ada menyebutkan yang lelaki tersebut wajar dicari. Pabila bertemu, maka min...

Surau taman nan indah...kosong dari hidayah?

Imej
Menjelang waktu Asr akhir Rabiul Akhir, penulis agak tergesa-gesa untuk memulakan perjalanan ke bandar Penggaram atas beberapa urusan penting. Singgah di salah sebuah surau di taman perumahan. Surau yang agak biasa disinggahi. Tetapi selalunya pada waktu Maghrib dan Isya. Jarang sekali penulis singgah di surau tersebut untuk solat sir. Tatkala tiba, pada fikiran penulis, jamaah mungkin telah bersama imam di rakaat kedua. Itupun paling cepat bagi penulis dapat mengejar jamaah mereka. Dalam tergopoh-gapah memanjat tangga surau yang agak tinggi, terpandang seorang tua duduk di hadapan pintu kaca yang dipagari jerjak besi.. "Kunci ke pakcik?" Tegur penulis sambil memegang paip untuk berwudhuk... "begitulah..." Dan solat Asr pada petang itu di surau taman yang indah, terdapat penghawa dingin dengan pintu pagar utama yang tidak pernah dibuka sejak penulis singgah untuk solat di situ sejak beberapa tahun lepas, hanya dengan seorang imam dan juga seorang ja...

Sesak setiap petang

Menjelang jam 5.00 petang, lalulintas utama di pekan kecil yang kelihatan semakin membangun akan mula menghadapi kesesakan lalu lintas. Hal ini sejak beberapa minggu lepas menjadi semakin tidak terkawal. Beberapa tahun sebelum ini, kesesakan jarang berlaku di laluan ini. Tetapi sejak berdirinya dua lampu isyarat yang kununnya diperjuangkan oleh pimpinan setempat, ianya mula mengundang masalah kesesakan. Bayangkan saudara terperangkap selama hampir 15 ke 30 minit setiap hari tatkala pulang dari kerja dari sebuah pekan kecil yang terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan bandaraya Johor Bahru....apalagi ibukota negara!! Namun itulah delema yang terpaksa dihadapi setiap hari. Dikatakan bahawa wakil rakyat tempatan memegang portfolia yang agak penting di persada negara. Mungkin beliau tidak mendapat infornasi yang tepat. Mana mungkin dia nampu berada setiap hari di pekan yang menjadi nadi dalam kawasan yang diwakilinya itu. Tentu tugas pemantauan rakyat akan diserah kepada orang kep...

Masjid dan corongnya...

Imej
Beberapa minggu ini, disamping keghairahan majoriti (?) rakyat semenanjung emas dan dua tanah besar borneo terarah kepada isu kehilangan pesawat terbang, perhatian warga muslim yang menjadi majoriti warga semenanjung emas dan sebahagian tanah besar borneo ini dilarikan dengan isu seorang lelaki muslim yang membuat laporan polis mengenai seruan azan dan tarhim yang didakwa mengganggu kehidupannya dan juga kehidupan kebanyakan warga karyah di kediamannya.  Isu ini menjadi hangat selepas mungkin minda rakyat 'terpaksa diarahkaan pn' kepada isu pesawat yang semakin 'tenggelam' dengan kepelbagaian teori di media alternatif, maka ia menjadi letih dan tercari-cari isu lain yang boleh menyegarkan sementara kerisauan rakyat terhadap nasib para penumpang pesawat tersebut. Ia menjadi semakin hangat apabila lelaki yang membuat laporan polis itu bukan sahaja seorang muslim, tetapi kelihatan sebagai seorang muslim (memakai kata-kata keramat Timbalan Pengarah HEP salah se...

PC Fair Oh PC Fair

Imej
PC fair muncul lagi di daerah ini. Kali ini penulis menjadi pengunjung utama. Amat jarang sebenarnya penulis berkunjung secara serius ke PC fair di mana-mana. Kalau kata hendak menjejak kaki pun sebenarnya amat sukar. Inikan pula untuk serius mencari sesuatu. Namun kali ini ada misi yang perlu diselesaikan. Mencari note book untuk isteri.. Setelah jenama yang diperlukan berjaya di kesan, maka penulis segera memaklumkan kepada isteri. Sekitar jam 6 petang mereka telah muncul di tempat meletak kereta. Setelah persetujuan dicapai, bayaran cuba dibuat melalui debit kad. Sayangnya debit kad kepunyaan salah sebuah bank yang amat terhad mesin ATM ini buat hal. Tak boleh nak detect. Ini bukan pertama kali berlaku. Sudah banyak kali berlaku. Kalau nak disalahkan kad, macam tidak berapa logik pula. Akhirnya barang yang telah dibungkus bersama beberapa hadiah terpaksa dibiarkan dahulu. Terpaksa melangkah pulang untuk mencari mesin ATM. Memandangkan jam telah menunjukkan ke angka 6.45 petan...

Aspirasi pengawas

Imej
Rupanya agak sukar untuk sesebuah sekolah harian memilih pelapis pimpinan pelajar. Pencarian pelajar yang benar-benar berwibawa dan berdisiplin kerap menemui jalan buntu. Acapkali sekolah menengah harian tersilap memilih pelapis menyebabkan sekolah akhirnya kecewa dengan pilihan mereka sendiri. Mungkin ada teori lain yang boleh digunapakai. Para guru kerap beranggapan pelajar yang bermasalah tidak bolehndibentuk lagi. Mereka selalunya dipinggirkan dari arus perdana dan dijauhkan dari memakai uniform pengawas, atau apa-apa sahaja pimpinan peringkat pelajar. Sekolah penulis pada 1992 pernah memecah rekod dengan memilih pelajar yang dianggap 'taiko' sebagai pengawas. Majlis warden sekolah telah membuat keputusan yang agak mengelirukan apabila memilih kebanyakan taiko selaku pengawas. Ironinya, pilihan mereka bukanlah suatu kesilapan. Geng taiko ini telah membuktikan bahawa apabila mereka diberikan tanggung jawab, mereka menyahut cabaran dan berubah menjadi role model dikalangan ...