Catatan

Akhirnya kembali ke tanah besar

Imej
Selepas beberapa hari 'terperangkap' di pulau ini, akhirnya penulis berjaya menyelesaikan peperiksaan berterusan terakhir, subjek etika profesional yang diuji merangkumi tiga bab utama, dengan soalan objektif sebanyak dua puluh soalan sahaja. Ramai di antara ahli kelas yang keluar sangat awal, seawal 15 ninit selepas masa ujian bermula. Ujian dilaksanakan di dalam dewan kuliah. Tentu sahaja para pembaca dapat bayangkan kedudukan dewan kuliah yang membukit. Orang belakang amat mudah untuk melihat jawapan di atas kertas objektif calon yang duduk di hadapan.  Selepas sekitar 15 minit, penulis juga keluar dari dewan selepas berjaya menghitamkan jawapan untuk kesemua soalan. Sebaik, keluar, penulis melangkah menuju ke bangunan HEP untuk mengambil baucer buku. Ya...selaku seorang pelajar, meskipun bertaraf PJJ, layak menerima baucer buku bernilai RM250.00... Sebaik tiba di kawasan tersebut, sudah agak ramai pelajar yang berada di dalam barisan yang dibahagikan mengikut abjad...

Sketsa bas biru dan bas pink

Kenaikan utama pelajar marhain di sepanjang 11 hari yang menyeronokan ini (ayat cubaan meneutralkan emosi) ialah bas berwarna biru dan kemudian transit serta bertukar kepada bas berwarna pink, atau dalam kalangan orang yang berbahasa melayu akan menyebutnya sebagai berwarna merah jambu. Bas biru ini merupakan keperluan utama kepada penghuni bangunan tersergam di puncak desir angin, bangunan paling jauh dan paling tinggi dari kampus utama. Apabila anda ketinggalan bas biru yang akan berhenti dihadapan bangunan penginapan, ada kemungkinan anda terpaksa menapak sejauh kira² lima KM untuk menuju ke jejantas dan kemudian mengambil bas pink untuk menuju ke kelas. Jika anda tidak bernasib baik, dari hentian selepas jejantas, anda mungkin terpaksa berjalan kaki menuju ke kelas. Bukan sekali dua penulis dan beberapa rakan terpaksa menapak ke kelas di bawah pancaran terik sang mentari... Mungkin bagi pelajar lelaki, kelihatan marcur berjalan dengan penuh bergaya ke kelas di bawah terik men...

Hari² terakhir di sebuah pulau ...

Imej
Pagi Khamis 10 Rabiul Akhir...tiada kelas sehingga ke jam 4 petang...Yahooo..yahoo le jawabnya. Sempatlah berjimba-jimbaan. Malamnya seusai test, da start main game. Mujurlah tak leh nak online. Kalau boleh, rasanya penulis tidur mungkin selepas subuh kot. Tak on9 pun tidur pukul 2 pagi... Kelas jam 4 petang ialah kelas ekonomi. Subjek yang agak pedih dan pahit untuk ditelan. Ada revision yang dibuat oleh pihak lecturer. Alhamdulilla. Fahamlah sikit tajuk² awal tu...Kelas pun hanya satu jam sahaja. Selesai kelas, kami bergegas-gegasan keluar pagar. Kunun untuk mencari makan di luar. Singgah di warung chua kuew teow. Itu sahaja namanya dan itu sahaja menunya. Ada tiga saiz, kecil, besar dan special. Memandangkan perut seperti tak makan satu hari, kami order yang bersaiz besar. Masa yang diambil untuk penyediaan tidaklah terlalu panjang. Bila tiba di meja, "Apa beza dengan saiz kecil" "aku rasa udangnya...jumlah udang.." Maka terpaksa dimakan ...

Masih tertahan : mencari sinar bahagia di pulau...

Hari ke sembilan di pulau. Penulis masih belum berpeluang untuk keluar dari kawasan yang dianggap luas ini. Hanya ada sedikit kesempatan selepas kelas petang sementara menunggu masuknya waktu untuk kelas jam 8.00 malam, makan di luar kawasan pagar yang jaraknya tidak sampai pun dua KM dari pos pengawal. Maka nan di gerai luar usaha milik pengusaha Kelantan ini agar menyelerakan dengan harga yang cukup ekonomik. Semalam merupakan hari yang paling genting di sepanjang hari yang telah dilalui. Mana tidaknya, ujian bertulis bermula se awal jam 8 pagi. Ertinya, kami terpaksa keluar bilik sekitar jam 7.30 pagi untuk mendapatkan khidmat bas pengangkut yang hanya mampu mengangkut kami hingga ke jejantas. Sebaik turun, kami akan berjalan kaki melalui jejantas yang terbentang di atas jalan raya yang agak sibuk menuju ke dataran kawad dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan kaki menuju ke dewan peperiksaan. Itu merupakan bangunan akademik yang paling hampir dengan penginapan sementara k...

Jumaat Di Pulau : Antara Yang Terbaik

Imej
Jumaat pertama di pulau menyaksikan penulis hadir agak awal. Al maklumlah, sebaik selepas Jumaat,akan berhadapan dengan test ekonomi yang merupakan second test sebaik sahaja melalui test pertama pada sebelah pagi. Meskipun ianya bercorak MCQs, namun kalau tiada apa² persediaan awal, bisa tidak nampak sebarang jawapan yang qat'ii. Tatkala masuk ke perut masjid berhawa dingin yang berusia puluhan tahun itu, jamaah yang hadir masih boleh dikira dengan jari-jemari di kedua-dua tangan. Maklumlah, jam baharu sahaja menunjukkan ke pukul 12.15 tengahari sedangkan waktu zuhur bakal menggelincirkan sang matahari dari istiwaa' sekitar jam 1.30 tengahari. Menjelang jam 1.00 manusia mula memenuhi rumah Allah. Dan kemudian, azan pun dikumandangkan dengan nada yang penuh sayu dan mendayu memanggil manusia segera meninggalkan segala urusan dan memenuhi panggilannya. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, mak...

Tahanan di pulau : sebuah pengalaman

Imej
Sekitar jam 0530 pagi waktu pada jam tangan dan juga yang tertera di muka gajet, bas yang ditumpangi telah melintasi jambatan terpanjang di asia untuk masuk ke pulau yang diperintah oleh sebuah pakatan. Permukaan selat yang memisahkan pulau dengan tanah besar kelihatan tenang menyambut fajar yang masih belum timbul. Tatkala pintu bas di perhentian terbuka, penulis disambut ramah oleh para pemandu teksi yang menawakan sewaan teksi ke lokasi yang diingini. "Itu tempat...RM15.." kata taukeh sebuah kereta sewa. "Dekat saja sudah mahal ka..." "Murah u naik bas..." Belum pukul enam pagi dah ada bas? Penulis terus menuju ke seberang jalan tempat yang sama sewaktu penulis tiba di stesen bas tersebut lebih kurang lima bulan yang lepas. Bertemu dengan seorang penduduk tempatan. "Kalau nak ke... tunggu bas di sini ke?" penulis bertanya selepas memberi salam. "Ye betul.." Kemudian muncul seorang lelaki muda berb...

Kesatuan ummah menerusi masjid: benarkah terlaksana?

Imej
Kita mungkin biasa mendengar kalimah ini. Kalimah berbaur dakwah yang nyata. Bahawa kesatuan ummah itu haruslah bermula di masjid. Di masjid didirikan jamaah solat. Diajar kepada muslim yang hadir agar mematuhi ketua, iaitu imam. Diajarkan juga kepada jamaah agar berdisiplin semasa solat berjamaah. Solat jamaah bukan seqadar solat bersama, tetapi perlu ditegakkan dengan pelbag lebih sedapai jenis disiplin, contohnya berdiri di dalam saf, meluruskan saf, masuk ke dalam saf sebaik selepas iqamah dialunkan oleh muazzin, tidak memulakan saf baru sebelum sempurna saf sebelumnya dan pelbagai jenis disiplin lagi. Al quran memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap muslim yang mampu memakmurkan rumah-rumah Nya.  Walau bagaimanapun, adakah sebenarnya jamaah masjid ini telah bersatu? Di dalam satu qaryah, terdapat satu masjid, dengan lima surau yang sangat berhampiran, hinggakan suara azan di antara satu sama lain dapat didengari dengan jelas dan seolah berlumba² pula untuk...