Catatan

Pecutan terakhir Ramadhan .. perlumbaan dan pencarian itu bermula

Imej
Telah masuk hari ke 20 daripada hari² Ramadhan hari ini. Umat Islam telah mula memasuki gelanggang akhir Ramadhan. Gelanggang akhir ini bakal menentukan sama ada berjaya atau tidak individu atau calon² yang dipilih menyertai madrasah Ramadhan untuk meraih anugerah taqwa dan seterusnya kembali kepada fitrah, seolah seorang bayi yang baru dilahirkan tanpa secalit dosapun pada 1 Syawal. Namun keghairahan sesetengah dari kita untuk meraih keseronokan syawal yang belum tentu ditemui telah berjaya mengalahkan tawaran Tuhan kepada para hambaNya. Syawal masih dilihat sebagai matlamat akhir puasa ramadhan, bukan taqwa. Walhal al quran jelas menyatakan bahawa matlamat akhir berpuasa ialah buat meraih taqwa, bukan hari raya. "Wahai orang² yang beriman! Difardhukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang² sebelum kamu, agar kamu bertaqwa " Al Baqarah : 183 Malam² akhir Ramadhan di negara Arab akan membuatkan hati menjadi sayu dan lunak pabila jamaah be...

Ulangtahun Badar Al kubra

Imej
Hari ini 17 Ramadhan 1436 hijrah...merupakan ulangtahun Badar Al Kubra, peperangan pertama di dalam Islam. Hujan membasahi bumi daerah tengah gapura selatan buat pertama kali agak lebat selepas beberapa hari mengharungi kegersangan yang agak bersangatan. Kuliah Subuh oleh mudir madrasah arabiyyah menyentuh mengenai kepentingan solat subuh. Beliau menyatakan mengenai hadith Nabi SAW mengenai pahala solat sunat subuh seperti dunia dan isinya. Ulamakhilaf mengenai pahala atau ganjaran itu adakah untuk solat subuh atau solat sunat subuh, hinggakan ulama fiqh menyatakan bahawa apabila seseorang itu tertinggal solat sunat subuh, maka ia boleh melaksanakan selepas selesai solat fardhu subuh demi mengejar ganjaran pahala yang dinyatakan. Tuan guru juga menyatakan bahawa solat subuh merupakan motivasi utama umat ini. Dinyatakan bahawa tatkala tentera Rom hendak menjatuhkan atau melumpuhkan pasukan Islam, telah dihantar mata² di ibukota Madinah semasa pentadbiran Umar Al Khattab. Selepa...

kembalikan sistem monarki

Imej
Sistem monarki adalah sistem yang tertua yang pernah wujud dalam pemerintahan. Dipercayai bahawa ianya sudah wujud sejak 3000 tahun dahulu. Kesemua tamadun awal manusia seperti tamadun mesopotamia, indus, mesir dan china mengamalkan sistem ini. Di rantau asia, sistem monarki sememangnya telah lama wujud dan berdiri dengan elemen hindu buddha. Raja-raja dianggap dewa dan ketaatan terhadap mereka amat dituntut. Menderhaka terhadap mereka dianggap satu dosa yang hanya boleh dihapuskan dengan jalan hukuman bunuh. Di sesetengah tempat, seperti China, bukan hanya pesalah yang dibunuh, tetapi ahli keluarga mereka juga turut dihapuskan... Kewujudan sistem monarki di dalam Islam diterajui dan diungguli oleh Khalifah Muawiyah B Abi Sufyan yang mengasaskan Dinasti Umawi sebaik berjaya mendapatkan keabsahan perjawatan khalifah daripada Al Hassan Bin Ali Bin Abi Talib. Berselindung disebalik jawatan khilafah, sistem monarki ini berterusan dan bertukar-tukar tangan daripada Umawi kepada Abb...

Puasa itu hanya tidak makan dan minum dan dot...dot...dot..

Imej
Hari ke 13 Ramadhan ... suasana di pejabat-pejabat kerajaan sudah mula diresapi dengan semangat untuk mengejar kegembiraan syawal dan cepat-cepat ingin menanggalkan jubah ramadhan. Daripada sang penjual kuih, sang penjual pakaian hinggalah kepada pemain lagu-lagu hari raya. Semangat hendak meneruskan ramadhan hampir sahaja lumpuh. Saf-saf solat di rumah Allah di malam Ramadhan sudah mula menunjukkan pengurangan namun belum mencapai tahap kritikal. Bazaar-bazaar Ramadhan sudah mula menunjukkan kemeriahannya. Namun kemuncak kemeriahan pengimarahan bazaar ramadhan akan bermula pada 10 malam akhir ramadhan manakala rumah-rumah Allah akan mula menunjukkan kadar penurunan jumlah jamaah yang kritikal. Seolah para malaikat yang dijanjikan untuk turun ke dunia pada malam al qadr tidak mahu diraikan atau dialu-alukan di serata bumi semenanjung emas dan kepulauan borneo ini. Benarlah kalam salah seorang ulama yang kerap disanggah oleh golongan yang beremosi dan mengaku sebagai puak yang berja...

Restoran 24 jam

Imej
Beberapa hari lepas Buletin Utama ada memaparkan mengenai cadangan untuk menutup atau dalam bahasa lebih mudah, menghadkan perniagaan kedai-kedai makan 24 jam menjadi waktu berniaga biasa sahaja. Maka beberapa tokoh kedai-kedai makan tersebut bersuara membantah. Muncul pula wajah yang mengatakan daripada tutup kedai makan 24 jam, baik tutup pub dan bar yang nyata lebih menghasilkan budaya sosial songsang. Maka ditemuramah beberapa pengunjung tegar kedai makan 24 jam yang makan dalam keadaan sopan dan ada kalanya bersama anak-anak meraka. Semuanya tidak setuju dengan cadangan tersebut. Sebab utama ialah kerana Bendahara juga sudah menyatakan akan akur sahaja dengan kehendak pemilik kedai makan 24 jam untuk meneruskan operasi sebagaimana biasa. Masyarakat yang ditemuramah bagaikan menafikan dengan keras bahawa kedai-kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari ini pembawa virus kebejatan dalam akhlak kelompok masyarakat. Cuba kita perhatikan kedai 24 jam ini di lokasi ...

Falsafah umrah yang semakin hilang...bicara kedua

Imej
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya mendekati kota makkah dengan berihram untuk mengerjakan ibadah umrah. Setibanya di pinggiran Makkah, tentera quraisy di bawah kekuasaan Abu Sufiyyan bertegas menghalang kaum muslimin daripada menghampiri Makkah.  Seorang utusan, Uthman b Affan dihantar untuk berunding. Namun, beliau gagal untuk pulang dalam masa yang ditetapkan. Maka muncul khabar angin mengatakan Uthman telah terbunuh. Kaum muslimin cemas dan kedengaran suara aggresif untuk membalas dendam. Api peperangan mula tercetus. Beberapa hari kemudian, Uthman pulang dengan selamat ke pangkuan kaum muslimin. Akhirnya, duta quraisy datang menemui Rasulullah SAW dan dengan bongkak mengarahkan agar jamaah umrah pimpinan Nabi SAW segera berangkat pulang. Perundingan segera dibuat dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangi perjanjian damai. Pada zahirnya ianya menguntungkan kaum quraisy Makkah hinggakan Umar menjadi seperti tidak percaya dan menganggap ianya berat seb...

Falsafah umrah : kemana?

Imej
Seorang lelaki sedang duduk melepaskan lelah sambil menikmati secangkir air zam-zam, sebaik selesai solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim. Ketika itu,matanya tertumpu pada sekumpulan jamaah yang berebut-rebut untuk mencium hajar aswad di sudut bangunan tua yang dibangunkan oleh Ibrahim dan anaknya Ismail. Jamaah yang berebut itu kebanyakannya dari golongan berumur pertengahan. Saling tolak-menolak dan kelihatan hampir berkelahi untuk bersegera menikmati haruman hajar aswad yang diriwayatkan di dalam hadis sebagai batu yang diturunkan dari jannah.  Diriwayatkan dari Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda, "Hajar Aswad dari batu-batu syurga dan tidak ada satu benda di bumi yang diturunkan dari syurga melainkan batu itu" (Riwayat Thabrani) Polis yang bertugas terpaksa mengawal keadaan agar tidak timbul sebarang perkelahian. Lelaki tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat saudara-saudara yang sanggup bertolak dan berasak untuk segera menghampiri b...