Catatan

Jumaat yang aneh

Imej
Jumaat hari keempat dalam bulan Zulhijjah seminggu selepas tragedi yang mengorbankan beberapa jamaah haji di masjidil haraam, penulis menunaikan Jumaat di jame qaryah penulis selepas beberapa minggu berada di luar kawasan.  Seusai solat Jumaat, imam @ khatib senior bangun menyeru jamaah agar menyertai solat hajat yang telah diiklankan sebelum takbiratul ihram Jumaat tadi. Disebut akan arah tuju solat hajat itu memohon agar segala perkara yang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan segera oleh yang Maha Berkuasa. Tatkala dia menerangkan mengenai kaifiat solat hajat, beberapa jamaah telah kelihatan angkat punggung sama ada bergerak balik atau mencari ruang di bahagian belakang untuk solat ba'diah Jumaat. Sebaik takbiratul ihram, semakin ramai jamaah yang keluar dari masjid. Agak aneh kerana solat hajat itu dilaksanakan bertujuan agar Allah menyelesaikan masalah yang melanda negara, namun kenapa rakyat yang cintakan negara meninggalkan acara tersebut? Secara ...

Bila khatib hendak transform?

Imej
Sudah agak lama tidak bercerita kisah solat Jumaat. Sebetulnya penulis berada di luar qaryah untuk beberapa Jumaat ini. Sudah agak lama tidak solat di masjid qaryah sendiri.  Kali ini penulis berkesempatan solat Jumaat di Masjid Bandar Paloh. Mungkin ramai di kalangan kita yang jarang mendengar nama Paloh. Banyak juga kawasan di negara ini yang dinamakan dengan Paloh. Masjid ini terletak di dalam Mukim Paloh daerah Kluang Johor.  Minggu sebelumnya penulis berkesempatan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Uda. Masjid yang besar dan tersergam indah ini mempunyai bilangan jamaah yang agak ramai. Menariknya, jamaah untuk solat biasa juga boleh mencapai hingga ke lima saf dengan setiap saf hampir menampung kira-kira 100 orang lelaki. Ini adalah anggaran pada pandangan penulis sahaja. Mungkin jumlah iu lebih kecil atau lebih besar untuk kiraan jamaah mengikut saf. Solat Jumaat di Jamek Sultan Ibrahim Ayer Hitam yang terletak di atas bukit tengah pekan Ayer Hita...

Orang Naik Pangkat Kita Naik Tocang

Imej
Sehari dua ini heboh di sekeliling organisasi perihal sahabat² bertuah dari kalangan orang atasan yang dinaikkan pangkat. Kenaikan pangkat golongan ini telah menjadi lebih mudah dengan pengumuman pihak tertinggi berkaitan kenaikan pangkat golongan ini berdasarkan tahun perkhidmatan. Alangkah besar nikmat yang dikurnia kepada mereka. Sudah tentu ianya datang dariNya jua. Maka jadilah hamba yang bersyukur. Tetapi bagaimana pula dengan nasib golongan bawahan ini? Adakah dibiarkan sahaja tanpa pembelaan yang sewajarnya? Orang bawahan ada skim tersendiri. Jangan kata nasib mereka tidak terbela. Bukankah selepas berkhidmat selama 13 tahun, maka gred jawatan akan dinaikkan? Tidakkah kamu mahu menjadi hamba yang bersyukur? Ya...selepas 13 tahun berkhidmat, Ahmad yang dilantik sebagai penjawat gred 17 akan dinaikkan ke gred 22. Tentu Ahmad gembira tidak terkata. Tak payah nak berebut-rebut untuk mengejar pangkat. Ianya akan datang bergolek.  Tetapi selepas 13 tahun ...

Menggapai Ijazah Pertama di usia 4 siries

Imej
Mungkin ada dikalangan kita yang tersenyum sendirian pabila masih ada yang baru hendak memulakan langkah menggapai ijazah pertama tatkala usia menjejak ke angka 40 an.  Mungkin ianya sudah agak terlambat bagi sesetengah golongan. Namun ada juga yang melihatnya sebagai satu langkah permulaan yang baik. "Better late then never" begitu kata sesetengah pihak. Sememangnya usaha menuju kejayaan seumpama ini agak mencabar. Bagi penulis, yang telah setahun memulakan langkah seumpama ini melalui program PJJ, pada awalnya agak kabur dan kerap bermain dengan perasaan diri sendiri, mampukah aku meneruskannya? Apabila menghadiri program Minggu Suaikenal (mungkin ini satu-satunya universiti yang mewujudkan minggu suaikenal kepada pelajar PJJ), suntikan semangat mula dirasai. Meskipun rakan² kebanyakkannya berusia jauh lebih muda dan bersemangat, namun ianya secara tidak langsung memberikan lonjakan positif ke dalam diri penulis.  Minggu suaikenal membolehkan kita mendapatkan m...

Kalaulah punch kad hanya sekali sehari

Imej
Setiap pagi berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin pengetik atau perakam kedatangan. Sebelum jam 8 bagi penjawat awam dan sebelum jam 9 bagi staf swasta. Itu waktu standard bagi mereka. Adakah majikan pernah sedar dan membuat kajian, berapa ramai yang mengetik sebelum jam  8 pagi dan kemudiannya hanya duduk di meja kerja mulai jam 8.30 pagi atau lebih lewat lagi? Pernahkah majikan membuat sebarang kajian berapa ramai staf yang terpaksa memandu laju hampir setiap pagi, melanggar beberapa peraturan seperti had laju dan lampu merah, hanya semata² untuk menyelamatkan kedatangannya daripada tercalar? Mungkin pelaksanaan sistem ini perlu dikaji semula.  Tetapi kadangkala aneh kerana ada juga staf penjawat awam yang tidak perlu mengetik untuk merakam kehadiran mereka pada waktu masuk dan pulang. Mereka hanya perlu mengetik sekali sahaja sebagai menandakan bahawa mereka wujud di pejabat mereka. Dan ini adalah benar. Bukan dongeng orang dahulu kala. Sekiranya staf ...

Hari Raya di Organisasi - tapau lagi

Imej
Sambutan hari raya masih lagi berlegar² di sekeliling kita. Keindahan syawal yang sudah semakin tua umurnya itu tetap menggembirakan hati muslimin, khususnya dari kalangan bani jawi. Bukti utama, hampir setiap rumah dan juga pejabat serta organisasi akan mengadakan acara sambutan rasmi. Seolah tiada sah akan sambutan hari raya itu tanpa adanya sambutan rasmi. Dari istana terbuka hinggalah kepada rumah terbuka, ianya terus diraikan .. Tidak ketinggalan acara sambutan di organisasi tersohor. Meskipun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, acara sambutan tetap diteruskan, walaupun negara baru sahaja meratapi berita terkini berkaitan kehilangan pesawat MHS, kemeriahan syawal tetap didambakan. Meskipun RM jatuh dengan SANGAT TERUK hingga ke paras 3.91 sedolar, majlis yang diatur tetap mewah dengan pelbagai makanan. Sejak seawal jam 8 pagi lagi, para petugas sudah berpusu² menuju ke lokasi program. Acara formal bermula jam 11 pagi dengan ketibaan dif jemputan di pihak pengur...

Eid Fitri itu milik bani jawi?

Imej
11 Syawal 1436. Di sana-sini, kemeriahan sambutan syawal masih boleh dirasai oleh sesiapa yang mahu dan masih ghairah untuk menyambutnya. Media massa dan para selebriti yang merupakan tunggak utama keceriaan eid sepanjang syawal memainkan peranan sebagai pengiklan tersohor di setiap rumah. Maka semakin semarak dan bergemuruh jiwa para penduduk tanah semenanjung emas ini khususnya meraikan dan menikmati Syawal. Dengan kosmetik rumah terbuka, kosong-kosong, dan pelbagai lagi, jiwa bani jawi ini diruntun untuk meraikan sebulan syawal dengan penuh keghairahan. Maka tidak hairan apabila berjalan di mana-mana, pabila bertemu dengan sahabat, dengan segera salam dihulurkan dan perkataan "Selamat Hari Raya" pasti akan dikuntumkan di bibir merekah, meskipun takbir hari raya telah lama terpadam sebaik khatib mengumandangkan lafaz takbir tujuh gema di atas mimbar suci. Penulis kerap terkeliru. Di tengah alunan lunak bacaan marhaban, buat mengganti lafaz takbir yang tidak disyari...