Catatan

Terkenang Semasa Dulu : Latihan di sebelum fajar sadiq

Imej
Dua belas orang pemuda harapan yang telah dipilih oleh majlis warden, enam merupakan senator dan enam lagi dipilih melalui pilihanraya bebas pemilihan pengawas oleh majoriti pelajar, telah diberikan satu taklimat penting menjelang light off oleh Ketua Blok (KB) B.  "Ok..esok pagi, korang bangun lebih awal dan bakal KB serta pembantu dan juga KBS bersedia untuk kejutkan semua pelajar." "Rasanya KB dan pembantu je kot...KBS biar terus ke surau.." menurut KBS sedia ada. "Ok....semua KB dan pembantu esok bersiap lebih awal dan kejutkan semua pelajar. Pastikan semua dorm dikejutkan. Kalau boleh buat dua round. Satu round habiskan kemudian buat lagi round kedua. Biasanya dia orang ni round pertama sedar aje tapi tidur semula, round ke dua baru betul² sedar. Tapi kalau buat round ke tiga lagi bagus. Kejut mereka sebelum azan subuh. Kalau boleh, masa selawat dan mula kejut. Tu pun dah lewat" Begitu panjang penerangan yang diberikan. "Ada seba...

Terkenang Semasa Dulu : Bila pintu diketuk

Imej
Malam itu merupakan malam pertama untuk 12 orang yang terpilih bakal menduduki bilik exco sebuah sekolah berasrama penuh tersohor di tepi sungai terbesar di semenanjung emas. Dua belas orang pelajar lelaki itu adalah terdiri daripada beberapa orang pengawas yang memenangi pilihanraya pengawas tempoh hari bercampur dengan beberapa orang lagi yang dipilih oleh majlis warden. Selepas ligt off, mereka masih berbual-bual sesama mereka di atas katil double decker. "Betul ke kita ni bakal exco?" salah seorang bertanya dengan nada kurang percaya. "Dah tu...kenapa pula diletak kat sini? kan training nih...esok kena bangun awal kejut semua.." salah seorang menjawab.  Diantara mereka ada yang bakal dinobatkan sebagai KP pengganti kepada KP sedia ada. Meskipun namanya agak kurang disebut-sebut, perancangan Allah tiada siapa yang mampu menghalang.  Dan kedinginan malam serta kesunyiannya sesekali diganggu dek bunyi cengkerik dan juga lolongan anjing-anji...

LEGOLAND : Antara keseronokan dan ketakutan

Imej
Sehari sebelum parayaan Dewalee, penulis berkesempatan mengikuti rombongan sekolah kebangsaan ke Legoland, sebuah kota khayalan yang dimasyhurkan selaku sebuah taman tema utama di selatan negeri gapura selatan. Antara sebab utama pembinaan legoland di gapura selatan ialah untuk menarik pelancong ke negara ini. Ya...tujuan utama adalah pelancong...itulah sebabnya tiket melantun harganya.. Kami memulakan musafir ini seawal jam 0630 dengan menjadi keluarga pertama menaiki bas yang ditempah. Kami menuju ke sekolah tersebut untuk mengambil para pelajar dan juga guru. Tiba di sekolah tersebut kira-kira jam 0730. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti sebentar di pasar awam untuk mengambil sebuah keluarga guru pengiring. Perjalanan kami diteruskan sehingga tiba ke stesen minyak milik negara di pinggir pintu masuk tol. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti pula di R n R yang terhampir. Di situ, para pelajar dikehendaki makan bekalan yang disediakan iaitu nasi lema...

Perang semakin hampir

Imej
Keadaan di timur tengah kelihatan semakin genting kini apabila salah sebuah negara NATO iaitu Turki dengan penuh berani menembak jatuh dua pesawat tempur milik Russia. Russia yang semakin aktif memainkan peranan di Syria membantu Assad dengan melancarkan beberapa serangan udara ke atas kubu² kuat pihak pemberontak. Di darat, pasukan militia syiah dari Iran dan juga pejuang Hizbollah Lebanon begitu bersemangat menggempur para musuh Assad.  Pihak pemberontak yang bercampur baur dengan golongan khawarij moden hingga mengelirukan banyak pihak. US yang bermain sembunyi-sembunyi di kalangan pejuang dengan memakai nama IS dan ISIS kelihatan sangat berhati² dalam krisis di Syria ini. Tidak seperti di Iraq, US kelihatan begitu menjaga penampilannya di Syria dengan hanya membantu dari belakang dengan membina reban² untuk membiakkan lagi pejuang IS dan ISIS yang terdiri dari anak² muda yang begitu dilusi dengan agama serta diserapkan dengan semangat anti syiah. Saya...

Tarbiyyah Sentap Buat Pendosa

Imej
Mengapa agaknya diri ini semakin terkejar² akan dunia sedangkan tempoh expire date sudah semakin hampir? Tidakkah engkau sedar akan diri bahawa apabila jasad busukmu pertama kali menginjak lubang kubur, kamu akan menyesal kerana tidak pernah mengambil iktibar dari kematian orang di sekelilingmu sebelum daripada ini? Berapa ramai orang kaya yang dikebumikan sebelum ini, namun sesen RM pun tidak mampu dibawa ke sana bahkan tidak bernilai langsung? Berapa ramai orang berpangkat besar yang dikebumikan di sini, namun ianya hanya menimbulkan penyesalan sahaja? Berapa ramai manusia yang bergaji besar dikebumikan di sini, namun ianya hanya sesuatu yang sia² bahkan mungkar dan nankir tidak akan pernah bertanyakan, "Berapa gaji terakhirmu sebelum menemui kami?" Bahkan ramai pula orang kaya yang dipertanyakan dari mana engkau memperolehi kekayaan ini dan bagaimana engkau membelanjakannya? Orang berpangkat pula bakal ditanya, apakah pangkat yang disandang dij...

Kemana jamaah menghilang?

Imej
Menjelang zuhur, dua hari sebelum hari wuquf, penulis berkejaran ke sebuah surau berhampiran sebuah taman perumahan. Namun sebaik tiba, suasana surau lengang tanpa kelibat jamaah mahupun AJK. Penulis mengambil keputusan untuk ke hadapan lagi di dalam kawasan taman perumahan yang sama. Jarak tidak dampai 3 km. Alhamdulillah, tatkala tiba di pintu pagar surau, ianya sudah terbuka sedikit menandakan wujud jamaah di dalamnya. Selesai bersuci, tatkala masuk ke perut surau, hanya ada dua orang jamaah yang menanti. Seusai solat qabliyah, iqamah dikumandangkan dan salah seorang dari dua orang tadi mengimami solat kami. Ya..hanya tiga orang, dua orang adalah ahli qaryah.  Sebuah taman perumahan juga yang dilintasi oleh penulis petang jumaat berjerubu dalam hari tasyriq yang tiga berhadapan rumah majoriti muslim tersergam di atas kawasan bukit sebuah binaan kuil yang begitu gah. Khabarnya dalam taman kecil yang majoriti adalah muslim itu, terdapat tiga kuil termasuk yang pal...

Jumaat yang aneh

Imej
Jumaat hari keempat dalam bulan Zulhijjah seminggu selepas tragedi yang mengorbankan beberapa jamaah haji di masjidil haraam, penulis menunaikan Jumaat di jame qaryah penulis selepas beberapa minggu berada di luar kawasan.  Seusai solat Jumaat, imam @ khatib senior bangun menyeru jamaah agar menyertai solat hajat yang telah diiklankan sebelum takbiratul ihram Jumaat tadi. Disebut akan arah tuju solat hajat itu memohon agar segala perkara yang berlaku dalam negara dapat diselesaikan dengan segera oleh yang Maha Berkuasa. Tatkala dia menerangkan mengenai kaifiat solat hajat, beberapa jamaah telah kelihatan angkat punggung sama ada bergerak balik atau mencari ruang di bahagian belakang untuk solat ba'diah Jumaat. Sebaik takbiratul ihram, semakin ramai jamaah yang keluar dari masjid. Agak aneh kerana solat hajat itu dilaksanakan bertujuan agar Allah menyelesaikan masalah yang melanda negara, namun kenapa rakyat yang cintakan negara meninggalkan acara tersebut? Secara ...