Catatan

Paradigma Tauhid : Keliru dan Salah Faham

Imej
Paradigma tauhid adalah batu asas yang diletakkan oleh Rasulullah SAW dalam mendepani masyarakat kuffar di Makkah. Keadaan masayarakat Makkah sewaktu diutus Muhammad Rasulullah SAW adalah bergelumang dengan paradigma kesyirikan dengan pemujaan terhadap nafsu dan material dengan berselindung di sebalik nama al Latts dan Al Uzza. Paradigma kesyirikan yang dipimpin oleh Abul Hakkam (sebelum peperangan Badar) serta pimpinan quraisy yang lain seperti Abu Sufyan (Sebelum Fathul Makkah) yang telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat elit makkah pada era tersebut telah membuahkan kebobrokan dan kebejatan moral ketara di kalangan masyarakat dengan berleluasanya fenomena pembunuhan bayi perempuan, pemerdagangan manusia, pelacuran, penindasan terhadap kaum yang lemah dan pelbagai lagi. Secara mudah, gagasan paradigma tauhid yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah SAW  merupakan asas keimanan dan keyakinan manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t (surah al-Ikhlas, ayat 1-3)...

Antara kuda kepang, tarian dan walimah

Imej
Hujung minggu penulis berpeluang menghadiri sebuah majlis walimah yang diadakan di dewan berlokasi pusat bandar mukim di tengah-tengah negeri gapura selatan. Suasana agak lembab dek kerana hujan yang turun sekali-sekala dalam kuantiti yang agak rendah. Mencari parkir kereta juga menyebabkan penulis terpaksa membuat dua kali pusingan baharulah dipertemukan dengan lokasi yang agak sesuai dan selamat pada pandangan penulis. Sebaik masuk ke dalam dewan yang bersuasana suram, gegendang telinga menangkap satu bunyi rentak yang seakan familiar sebelum ini. Tanpa perlu membuat siasatan lanjut, penulis hanya terus menuju ke lokasi hidangan makanan berbantuk buffet dan langsung mengambil pinggan untuk meletakkan nasi dan lauk pauk. Kelihatan juga lauk pauk yang sudah seakan ditinggalkan tanpa penjagaan. Mungkin kerana waktu sudah beransur petang maka pihak penyaji makanan mengambil keputusan untuk tidak lagi memperbaharui hidangan yang hampir habis.  Mencari-cari lokasi ...

Ada apa dengan sijil tinggi?

Imej
Apabila seorang pelajar universiti di tanya, mengapa anda masuk universiti? "Saya mahu menjadi seorang yang terpelajar.." "Kenapa mahu seorang yang terpelajar?" "Agar boleh menjamin kehidupan yang lebih baik..." "Apakah dengan tidak masuk universiti hidup akan menjadi tidak baik?" "Emmm...tak juga...cuma mungkin sukar nak dapat kerja yang baik. Kalau dapat kerja yang baik, akan dapat pendapatan yang baik....nanti boleh bantu mak ayah di kampung..." Adakah seqadar itu kefahaman kita masuk ke universiti? Rata² akan menjawab secara umum untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Kalau hendak berkehidupan baik, berapa ramai orang kaya di dunia ini yang tidak masuk universiti hidup mereka jauh lebih baik dan kaya .. .. Pabila seorang pelajar sekolah menengah ditanya mengapa ke sekolah? "Untuk jadi pandai dan boleh masuk universiti..." Pabila seorang pelajar sekolah rendah tahun enam ditan...

Pejabat kosong : ada isu ke?

Imej
Masuk ke pejabat sekitar jam 8.15 pagi....suasana masih lengang. Tiada seorang pun staf yang kelihatan kecuali si pembuka pintu sahaja. Kebanyakan sedang menikmati sarapan pagi. GAMBAR HIASAN Menjelang jam 8.45 baharulah muncul wajah-wajah penghuni tetap pejabat berkenaan untuk memulakan kerja saban hari sehingga jam 5 petang. Sekitar jam 1 petang, suasana kembali suram. Penghuni pejabat akan muncul semula sekitar jam 2 ke 2.30 petang. Fenomena ini tidak diambil peduli oleh penguasa pejabat. Baginya, cukuplah jika kerja siap. GAMBAR HIASAN Masuk ke pejabat yang lain, seawal jam 8 tepat, penghuni pejabat sudah berada di hadapan pc. Sama ada sedang memulakan kerja, menyemak e mail atau up date FB itu bukan persoalan pokok. Yang penting jam 8 tepat, sudah berada di hadapan PC. Ada juga dikalangan staf di pejabat tersebut yang mengamalkan waktu masuk kerja ikut iklim bank. Jam 9 barulah muncul. Tapi hairan. Apabila disemak pada kedatangan, diketik sebelum jam...

Terkenang Semasa Dulu : Latihan di sebelum fajar sadiq

Imej
Dua belas orang pemuda harapan yang telah dipilih oleh majlis warden, enam merupakan senator dan enam lagi dipilih melalui pilihanraya bebas pemilihan pengawas oleh majoriti pelajar, telah diberikan satu taklimat penting menjelang light off oleh Ketua Blok (KB) B.  "Ok..esok pagi, korang bangun lebih awal dan bakal KB serta pembantu dan juga KBS bersedia untuk kejutkan semua pelajar." "Rasanya KB dan pembantu je kot...KBS biar terus ke surau.." menurut KBS sedia ada. "Ok....semua KB dan pembantu esok bersiap lebih awal dan kejutkan semua pelajar. Pastikan semua dorm dikejutkan. Kalau boleh buat dua round. Satu round habiskan kemudian buat lagi round kedua. Biasanya dia orang ni round pertama sedar aje tapi tidur semula, round ke dua baru betul² sedar. Tapi kalau buat round ke tiga lagi bagus. Kejut mereka sebelum azan subuh. Kalau boleh, masa selawat dan mula kejut. Tu pun dah lewat" Begitu panjang penerangan yang diberikan. "Ada seba...

Terkenang Semasa Dulu : Bila pintu diketuk

Imej
Malam itu merupakan malam pertama untuk 12 orang yang terpilih bakal menduduki bilik exco sebuah sekolah berasrama penuh tersohor di tepi sungai terbesar di semenanjung emas. Dua belas orang pelajar lelaki itu adalah terdiri daripada beberapa orang pengawas yang memenangi pilihanraya pengawas tempoh hari bercampur dengan beberapa orang lagi yang dipilih oleh majlis warden. Selepas ligt off, mereka masih berbual-bual sesama mereka di atas katil double decker. "Betul ke kita ni bakal exco?" salah seorang bertanya dengan nada kurang percaya. "Dah tu...kenapa pula diletak kat sini? kan training nih...esok kena bangun awal kejut semua.." salah seorang menjawab.  Diantara mereka ada yang bakal dinobatkan sebagai KP pengganti kepada KP sedia ada. Meskipun namanya agak kurang disebut-sebut, perancangan Allah tiada siapa yang mampu menghalang.  Dan kedinginan malam serta kesunyiannya sesekali diganggu dek bunyi cengkerik dan juga lolongan anjing-anji...

LEGOLAND : Antara keseronokan dan ketakutan

Imej
Sehari sebelum parayaan Dewalee, penulis berkesempatan mengikuti rombongan sekolah kebangsaan ke Legoland, sebuah kota khayalan yang dimasyhurkan selaku sebuah taman tema utama di selatan negeri gapura selatan. Antara sebab utama pembinaan legoland di gapura selatan ialah untuk menarik pelancong ke negara ini. Ya...tujuan utama adalah pelancong...itulah sebabnya tiket melantun harganya.. Kami memulakan musafir ini seawal jam 0630 dengan menjadi keluarga pertama menaiki bas yang ditempah. Kami menuju ke sekolah tersebut untuk mengambil para pelajar dan juga guru. Tiba di sekolah tersebut kira-kira jam 0730. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti sebentar di pasar awam untuk mengambil sebuah keluarga guru pengiring. Perjalanan kami diteruskan sehingga tiba ke stesen minyak milik negara di pinggir pintu masuk tol. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti pula di R n R yang terhampir. Di situ, para pelajar dikehendaki makan bekalan yang disediakan iaitu nasi lema...