Catatan

Poligami : Antara keliru dan salah faham

Imej
Tajuk ini agak berat untuk diperbincangkan. Mungkin ramai di kalangan muslimah di negara dambaan umat Islam sedunia ini akan begitu cepat mengalihkan tajuk ini daripada menjadi tatapan mereka.  Penulis ingin sekali berkongsi perbincangan hangat yang tidak rasmi yang berlaku di kalangan sahabat² di pejabat penulis. Alor setar Kedah. Isnin 26. 3. 2016.. Exco agama Dato Rawi telah memberi ucapan di majlis perasmian bangunan baru pejabat kadi daerah yan yang berjumlah rm380 ribu. Beliau berkata dengan terbinanya bangunan pejabat kadi ini telah memberi ruang dan impak yang sangat positif terhadap institusi keluarga di kedah. Dalam ucap tema, beliau telah menimbulkan hasrat tentang kebimbangan lebihan wanita yang berumur dan tidak bertemu jodoh lagi. Jabatan perangkaan telah melaporkan jumlah wanita di kedah adalah 1 nisbah 20. Dengan meringankan serta melonggarkan syarat akan memberi ruang yang lebih mudah bagi para wanita yang semakin hari semakin bertambah bilangan anak dar...

Meluat lah dok pejabat nih....

Imej
"Tak best la dok kat pejabat nih.." Kita terbiasa mendengar rungutan yang seumpama ini dari rakan-rakan sepejabat, khususnya yang baru dipindahkan ke pejabat baru. Biasanya apabila staf yang sudah berakar umbi (istilah penulis untuk staf yang duduk terlalu lama disesebuah pejabat), apabila dipindahkan ke jabatan lain, akan dapat merasai aura yang berbeza. Jika sebelum ini dia berada di pejabat yang sangat menyamankannya, maka apabila dipindahkan ke pejabat lain yang agak kurang nyaman, rakan yang berbeza, saiz pejabat yang berbeza dan kepelbagaian perbezaan lain akan dapat merasai pelbagai rasa kurang enak. Ada kalanya rasa kurang enak itu akan sedikit demi sedikit hilang apabila rakan-rakan yang sedia wujud di pejabat baru dapat disekufukan. Namun ada juga kalanya perasaan itu semakin hari semakin mendongkol, ditambah dengan pelbagai perisa rakan ² baru yang kelihatan jelik. Apabila perasaan kurang enak itu semakin gagal dikawal, maka akhirnya akan meletusnya segala a...

kempen budayakan solat : pernahkah?

Imej
Pernahkah pembaca yang terbaca tulisan ini terserempak dengan kempen seumpama ini? Kempen menggalakkan muslim mengerjakan solat, atau dalam bahasa melayu menunaikan sembahyang. Sama ada kita pernah berada di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama, kolej, universiti bahkan pejabat sekalipun, rasanya agak janggal bila kita menyebut mengenai kempen seumpama ini. Yang biasa kita dengar ialah kempen anti denggi, kempen anti rasuah, kempen makan makanan tempatan, kempen 1 rumah satu komputer dan banyak lagi. Meskipun negara ini merupakan negara yang menjadi sebutan dan pujian sebagai sebuah negara Islam yang patut dicontohi oleh sekelian negara Islam lain, namun tidak pernah kita dengar kempen seumapam ini berlaku (pada pengetahuan penulis) Tetapi mungkin bagi penduduk negeri Siti Wan Kembang, kempen seumpama ini telahpun disuburkan. Bahkan mereka mungkin sudah terbiasa dengan kempen dan galakan seumpama ini dari pihak pemerintah sendiri.  Oh...baru penulis fa...

Pernahkah ditangkap kerana tidak solat Jumaat?

Imej
Hampir setiap hari akhbar tabloid harian di negara sanjungan dunia Islam ini akan memaparkan tangkapan khalwat a.k.a maksiat oleh pihak 'polis agama'. Berita² sensasi penangkapan ini semakin merebak dan melebar di mukasurat akhbar sehari selepas perayaan besar yang berlaku di negara tersebut, seperti selepas malam tahun baru, atau selepas malam sambutan merdeka. Graf penangkapan pasangan khalwat akan mendadak naik pada malam-malam tersebut. "polis agama" juga berlumba² memasang jerat menanti tangkapan di merata hotel murah dan hotel bajet seluruh negara. Tapi peliknya, hanya hotel murah, bajet dan rumah tumpangan yang menjadi lokasi buruan penuh bernafsu para "polis agama" ini. Hotel bertaraf mewah tidak pula berani dijejaki dan disyaki. Itu mungkin sudah menjadi moto mereka. Menghapus maksiat di kalangan orang awam.... bukan orang khusus... ENAKMEN 4 TAHUN 1997 ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997 BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENG...

Hari ini dalam sejarah

Imej
16 Mac 2016 merupakan tarikh keramat kelahiran blok pakatan baru pembangkang dengan termeterainya persefahaman antara Parti Agama dan Parti Ikatan - yang merupakan juga serpihan parti pemerintah yang dipimpin oleh salah seorang bekas menteri kabinet zaman keemasan pemerintahan pemerintah.  Pemimpin Parti Agama dalam menyifatkan pakatan itu menyebutkan sebuah pakatan pembangkang yang tidak bersifat agresif. "Menyokong kerajaan dalam perkara kebaikan...dan menentang sekiranya berlaku yang tidak baik.." Pimpinan Ikatan juga menyatakan persetujuan mengenai hudud yang belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.  "Pembentangan di parlimen adalah untuk memperkukuhkan mahkamah syariah sahaja.." antara intipati petikan wawancara dengan presiden ikatan. Bagaimana parti agama rela mendiamkan hudud yang menjadi asas perjuangan tika ingin bermutaah dengan ikatan namun mewar-warkan pelaksanaannya sejurus sebelum muktamar dan pemilihan agung serta menjadikannya bah...

Deklarasi rakyat : Kemana akhirnya?

Imej
Petang Jumaat minggu lepas, kita dikejutkan dengan pengisytiharan deklarasi rakyat oleh Tun M dan para pendukung beliau, termasuk para mantan musuh politik beliau sendiri yang mana intipati utama deklarasi itu adalah menuntut agar PM sedia ada meletak jawatan. Namun deklarasi tidak menyatakan secara jelas akan siapakah yang bakal menggantikan PM itu. Maka berdengunglah para politikus kedua-dua pihak, sama ada yang menyokong atau menentang. Seperti biasa, para pahlawan dan panglima penjaga PM bertempik keras menyatakan bahawa tindakan tersebut langsung membelakangkan lunas-lunas demokrasi. Ada yang menyatakan bahawa Tun M hanya mahu menobatkan anaknya menjadi PM. Kenyataan ini agak kelakar kerana anak Tun M, Mukhriz hanya berkerusi DUN di kawasan negeri Kedah. Adakah ADUN mampu menjadi PM? Bukankah AP sahaja yang boleh? Walau apapun kata semua orang, deklarasi telah ditandatangani. Tun M, Mukhriz, mantan TPM, mantan presiden MCA era Tun turut hadir di samping barisan kepimp...

Pengalaman Selepas SPM : 24 tahun lampau

Warna pagi Khamis bercerita mengenai apa yang dilakukan selepas SPM. Sememangnya selepas keputusan SPM keluar, bahkan sebelum keluar lagi, sebaik sahaja selesai kabut SPM, para calon selalunya akan mula menghadapi dunia nyata masing². Kebanyakan calon akan mula bekerja. Mungkin ada juga yang hanya lepak di rumah. Makan, tidur, surfing dan sebagainya. Itu mungkin untuk anak orang kaya sahaja.  Penulis, meskipun dari kalangan keluarga yang tidak berada, hampir juga terjebak dengan acara makan, tidur...(masa zaman tu tiada surfing). Namun, selepas dikejutkan dengan kata² keramat seorang sahabat, "Kita ni hanya menumpang je kat rumah orang tua. Sepatutnya dah kena mula bekerja bantu mereka..." maka bersegeralah penulis mencari ruang-ruang pekerjaan. Krja pertama yang penulis lakukan ialah sebagai pekerja hotel. Hotel itu masih wujud di kampung penulis. Penulis memohon sebagai stewardes. Jawatan seolah pramugara pesawat. Namun sebenarnya skop tugasan ialah sebagai pem...