Catatan

Jumaat Yang Terawal

Imej
Jumaat pertama untuk tahun ke tiga bagi hari ke empat berada di pulau tahanan. Pergh....baru empat hari rupenye...rasa macam dah lama bebeno berada di sini. Mungkin kerana keberkatan masa? Untuk makluman, dua jam berada di sini terasa seolah dah setengah hari berbanding sepanjang siang berada di rumah terasa seperti baru satu jam... Seawal jam 11.00 penulis telah bersiap untuk ke masjid. Ye lah, jarak masjid agak jauh dari Saujana Hiil Golf Resort ni...kalau nak kira menapak lah...tapi kalau menaiki tunggangan...kejap je...Lagipun mengambil iktibar pada Jumaat pertama tahun lepas. Turun pukul 12.30, tunggu punya tunggu bas tak muncul². Rupa² nya bas dah terlepas. Bas akhir jam 12.00 sebab pemandu nak solat Jumaat. Boleh terima ke alasan tu? Sebaik tiba di cafe, menikmati brunch yang berharga kurang dari RM5.00. Berlaukkan sayur, telur dadar dan juga hati pedal masak pedas... Seusai menikmati hidangan, bas kuning@bas geng bas sekolah sudah sedia menanti. Alhamdulillah. ...

Subjek hangit looo

Imej
Hari ketiga terdampar di pulau pengasingan... Di bawah Saujana Hill Golf Resot, hanya ada disediakan dua buah cafe makanan, sebuah koperasi yang menjual kepelbagaian keperluan, dari sabun basuh hinggalah ke mata pena, dan sebuah stall menjual kepelbagaian .... kerepeks....😩😩 Ertinya untuk menahan kelaparan, sama ada di waktu pagi, tengahari atau malam, hanya ada dua pilihan sahaja untuk makanan berat, sama ada nasi berlauk atau makanan khusus seperti nasi ayam penyet, nasi ikan bawal goreng, laksa, kuey teow sup dan sebagainya...Hanya itu sahaja. Di koperasi mungkin boleh didapati roti, atau niskut atau maggi untuk menahan aliran asid dari memamah usus akibat dari kegagalan untuk digunakan bagi memamah bahan makanan berbentuk protein, zat besi dan sebagainya... Hari ketiga kelas bermula jam 12 tengahari. Namun kami turun untuk menikmati brunch lebih awal. Ini bagi mengelakkan kejadian semalam daripada berlaku (rujuk kisah  http://abuzair.blogspot.my/2017/01/sauja...

Melayu di Tanah Melayu

Imej
Bangun pagi, seusai solat, bersegera menatap peti televisyen bagi menantikan berita jam 7 TV3 kegemaran, punca dan sumber utama berita negara. Kisah biasa yang dipaparkan, kemalangan di sana-sini, projek terbengkalai di Selangor, isu orang asli di Kelantan, isu hakisan melayu di Pulau Pinang. "Ringgit semakin kukuh di pasaran meskipun dibuka pada kadar yang rendah" fuuh lega rasanya....ingat tadi negara dah nak bengkrap...Ditambah dengan kenyataan gabenor berambut putih, orang biasa (bukan ahli ekonomi) tak perlu ulas pasal ringgit... Baca media semasa Hari dan Melayu dirasakan negaraku sungguh aman dan makmur. Ada la sedikit rompakan, pembunuhan, pembuangan anak dan sebagainya...tapi ekonomi terus kukuh. Politik kian bertambah selamat... Tatkala sarapan pagi, mata tertumpu pada kaca televisyen lagi yang memaparkan nyanyian dan gelekan lemah anak gadis melayu bertudung yang ingin mencuba nasib menjadi artis...dengan komen pihak juri yang menggalakkan....hampir ma...

Saujana Hill Golf Resort melambaiku

Imej
Hari kedua pertapaan penulis di pulau ini menyaksikan kelas secara officialnya bermula jam 11 hingga 1 tengahari, iaitu untuk subjek Isu² Pentadbiran Awam. Pensyarah untuk subjek ini sebagaimana pada tahun sebelumnya, kurang bermurah hati untuk menghadiakan kami slide power point untuk tatapan manja menjelang hari² peperiksaan, berbanding pensyarah lain. Inilah kehidupan sebagai pelajar tua pendidikan jarak jauh. Keterlaluan mengharap kepada suapan nota dan juga slide power point. Ironinya, meski pensyarah berkenaan tidak mesra berkongsi slide beliau, namun beliau ini memberikan tips untuk peperiksaan yang amat bernilai, dan terbukti keluar... Syarahan selama 1 jam setengah ini (mungkin diskaun 50%) berakhir lebih awal dari jangkaan waktu sebenar. Sementara menunggu kelas tutorial untuk subjek penulisan proposal tesis, kami bersiar² di kaki lima bangunan yang menyaksikan beberapa booth jualan barangan seperti baju, tudung dan sebagainya. Terdapat juga gerai kecil yang menyed...

Harapan D Saujana Hill Golf Resort

Imej
Untuk tahun ke tiga, penulis sekali lagi , dalam langkah kaki yang berat, meninggalkan bumi permastautinan menaiki kenderaan awam untuk menuju ke pulau tahanan. Penulis dihantar oleh isteri dan anak² seusai Isya hingga ke tangga bas.  Penulis memilih menaiki bas hanya sampai ke terminal feri sahaj berbanding bas merentas selat dek kerana harga yang berbeza. Jika sampai ke terminal hanya dengan RM 57.80 berbanding RM75.00 jika merentas selat. Jauh beza...Di terminal, kita hanya perlu tambah sekitar RM3.20 sudah tiba ke destinasi... Perjalanan hanya bermula sekitar jam 9.20 malam dengan beberapa persinggahan. Pergerakan bas tidaklah terlalu laju hingga dianggap membahayakan dan tidak pula terlalu perlahan hingga menimbulkan bahang kemarahan... Penulis selamat tiba di pesisir pengkalan, sekitar jam 5.30 pagi seperti tahun lepas jua. Pesisir pengkalan masih tidak berubah. Tetap seperti setahun yang lepas. Seolah tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Al maklumlah, negeri ...

The Last Day Of PPT's

Imej
Hari² terakhir seorang PPT di pejabat ini. Sungguh penulis tidak menyangka akan menjadi PPT terakhir bagi pejabat ini. Menjelang tahun 2017, pentadbiran pejabat diambil alih oleh gred 44. Ini bermakna selama dua tahun, penulis bertugas selaku PPT di pejabat ini adalah sama nilai dengan gred 44!! Sememangnya hijrah itu sesuatu yang sangat mencabar. Ada yang mengatakan ianya pahit untuk dilalui. Sebagaimana kisah² yang biasa kita dengar berkaitan peristiwa hijrah, sahabat² Rasul SAW meninggalkan  Makkah dalam keadaan mereka terpaksa meninggalkan harta benda, kaum keluarga, sahabat handai, anak dan isteri hanya semata-mata kerana Islam. Ada yang sudah menjadi hartawan, sanggup meninggalkan segala harta di Makkah sehelai sepinggang hanya semata² kerana Allah dan Rasul SAW. Ertinya, mereka keluar dari zon selesa menuju kepada zon yang belum pasti, hanya kerana mematuhi perintah Allah dan Rasul. Maka selaku seorang Muslim, perintah untuk hijrah dari suatu lokasi ke lokasi yang l...

Travel Log : Bila tersekat di lebuhraya untuk mengambil ujian

Entah mengapa untuk tahun ke tiga dalam pengajian jarak jauh di salah sebuah UA tersohor, pentadbiran UA tersebut mengambil keputusan untuk mengadakan PB lebih awal dan dilaksanakan di pusat wilayah pengajian. Setiap tahun, sejak awal penulis menjejak kaki ke dalam arena pengajian jarak jauh, PB, atau Peperiksaan Berterusan akan diadakan di kampus utama semasa berlangsungnya minggu intensif selama tiga minggu. Namun untuk tahun ini, PB bagi subjek universiti diputuskan untuk dibuat awal sebelum minggu intensif. Bagi penulis yang kununnya telah berada di tahun tiga pengajian, hanya ada satu sahaja subjek universiti yang diambil iaitu subjek JUE 300, atau English II.  Pada 10 Disember bersamaan 10 Rabiul Awal 1438, jam 4 petang telah dijadualkan PB diadakan di pusat wilayah yang terletak di hujung selatan semenanjung emas. Lokasinya bukanlah lokasi biasa semasa mengambil final exam tahunan. Ianya terletak agak jauh. Penulis telah merancang awal untuk menumpang salah seorang raka...