Catatan

Kerana sebulat tayar

Imej
Pagi yang hening...seperti biasa...berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin slide bagi mengelakkan terlewat. Keadaan agak genting kerana pergerakan dari kota kediaman agak lewat disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah kesilapan memilih jalan utama di mana pada waktu tersebut, keretapi melintang memutuskan jalan antara bandar dan juga jalan menuju ke pejabat. Maka terpaksa berhempas pulas melalui jalan yang sesak dek kerana pasar orang cina di pinggir sungai utama. Selepas melepasi lampu isyarat di felda, dengan pecutan sekitar 100km, tiba-tiba kelihatan sesuatu terbang dari tayar sebelah kanan. Hati tiba² menjadi gusar...Alamak...taya aku meletup ke? Kenderaan segera di susur ke tepi jalan dan tatkala turun melihat, wah..tayar sudah bocor..Jam di tangan menunjukkan pukul 7.40 pagi... Maka bersegera dengan malas membuka bonet belakang yang sudah rosak pada pemegangnya yang menyebabkan bonet itu tidak mampu berdiri sendiri. Hendak ditukar, harganya RM195 sebatang...dah ...

Kembali selepas tiga tahun

Jumaat hari ke 13 Jamadil Awal tahun ke 1438 hijrah Ar Rasul, sebelum terbit fajar sadiq penulis telah bergerak keluar rumah menuju ke kem bagi melaksanakan tugasan program. Perjalanan melalui kawasan perkampungan yang panjang. Singgah Subuh di salah sebuah masjid, itupun sudah berada di rakaat akhir. Penulis tiba di lokasi sekitar jam 6.30 pagi. Pintu pagar masih tertutup rapat. Menghubungi rakan fasi lain, barulah pintu dapat dibuka. Kira² 15 minit juga termanggu² di hadapan pagar... Tatkala memandu masuk, para peserta program baharu sahaja usai dari surau. Mereka sedang dikumpulkan di hadapan bangunan di bawah arahan kem komandan biasa. Mereka mengalunkan zikir asma ul husna, lagu program dan kemudian membuat regangan ringan.  Ya sudah tiga tahun penulis meninggalkan bidang fasi. Terasa agak kekok pagi ini bila dihadapkan dengan peserta. Lagipun  penulis telah tertinggal beberapa sesi bersama mereka untuk kali ini... Pertemuan dengan beberapa orang fasi seni...

Hari terakhir di Pulau Tahanan tahun 2017

Akhirnya, selepas berjaya melolosi hari² yang dianggap sukar, maka tiba rupanya hari akhir di pulau ini. Hari ini ada dua PB yang perlu dilalui sebagai ujian yang terakhir. PB Sejarah bermula jam 9.00 pagi. Maka kami berdua bergerak agak awal pagi ini menuju ke dewan peperiksaan yang tidak berapa jauh dari resort. Kami tiba sekitar jam 8.30 pagi. Ini ertinya ada 30 minit sebelum masuk. Dikatakan terdapat empat soalan dan perlu dijawab satu sahaja. Sejak hari Sabtu malam selepas menghadapi PB JMS 212, kami tunggang terbalik study untuk dua subjek bagi PB pada hari ini.  Pagi seawal jam 4.30 penulis telah terbangun. Entah kerana kerisauan terhadap PB atau kegirangan untuk pulang. Sukar untuk dijawab. Berpeluang untuk study subjek JMS211 kali akhir. Jika sepanjang siang penulis menghadam topik lain, baru pagi ni perasan topik lagi satu lebih mudah hadam dan lebih mudah hafal. Alhamdulilla, apabila dibuka sahaja kertas soalan pada pagi ini, soalan yang dikeluarkan adalah sebag...

Jumaat terakhir di Jamek Malik Faisal....

Jumaat terakhir di Pulau tahanan...menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman. Meski terpaksa berhadapan dengan tiga lagi PB ... namun kekuatan dipohon beserta bantuan dariNya.. Dek kerana tiada kelas pada hari ini dan PB hanya berlaku pada petang esok, maka ada terasa sedikit kelapangan di dalam dada. Maka berjaga sedikit hingga ke pertengahan malam Jemahat semalam untuk cuba menyiapkan tugasan Pembangunan Politik Malaysia. Isi kandungan dah dibuat. Tinggal nak perkemaskan bahagian bibiliografi sahaja.  Menjelang azan subuh pagi Jumaat terjaga. Agak lewat jika dihitung dari kronologi kehidupan di sepanjang usia berada di pulau tahanan ini. Terkocoh² bersiap untuk menghadiri jamaah Subuh di surau resort... Menjelang jam 12, kami bergerak keluar dari bilik resort untuk menghadiri jemaah Jumaat. Tanpa memikirkan makan pagi dan makan siang, terus mengejar bas sekolah yang berkebetulan tiba agak lewat. Ketika bergerak masuk ke perut bas, kami berselisih dengan jumlah ...

Berape hari dah?

Imej
Hari khamis terakhir di pulau tahanan... hari ke lima dalam bulan Jamadil Awal..tahun ke 1438 dari hijrah Ar Rasul  SAW ..Macam dah lama tak up date ruangan ini. Dek kesibukan menimba ilmu. Kata salah seorang pensyarah berpangkat Profesor, kamu harus ghairah kepada ilmu...bukan ghairah kepada kertas (sijil)... Hari ini ada PB untuk subjek Konflik Dalam Masyarakat Majmuk sekitar jam 12 tengahari dan berakhir jam 1.30 tengahari. Soalan ada tiga berbentuk esei dan wajib dijawab satu. Sekitar jam 11.30, kami dah berada di ruang legar dewan peperiksaan. Tak tahulah kenapa kami menjadi antara yang awal berada di situ. Hatta pensyarah pun tiba agak lewat. Sekitar jam 1.10 petang, penulis dah keluar dari bilik peperiksaan. Sebenarnya, sebaik sahaja mendapat kertas soalan, penulis termenung sejenak memikir dan mengingat point² penting yang bisa diingati untuk menjawab dua dari tiga soalan yang dibentangkan. Tatkala orang lain dah memulakan penulisan, penulis masih terkebil² mengingati ...

Pensejarahan Melaka - Kuliah Sejarah

Imej
Hari kelima di pulau tahanan... Malam semalam berjaya untuk tidur awal ... itupun secara tidak senghaja. Seusai Isya. Dan Alhamdulillah, dapat bangun pada jam 11 malam. Maka bersegeralah untuk study kununnya. PB adalah pada Ahad jam 12 tengahari. Modul yang perlu dibaca berbab-bab. Namun digagahi jua demi mengejar ilmu dan ghairah kepadanya... Itupun gagal bertahan...sekitar jam 3 pagi ...dah berangkat semula ke alam gelap. Alhamdulillah, azan di HP menggetarkan gegendang telinga penulis. Solat Subuh berjamaah di surau resort hanya dihadiri oleh tiga lelaki dewasa sahaja. Seusai solat, berjalan balik dan cuba menyambung study yang terbengkalai pada jam 3 pagi tadi.  Kelas pada hari kelima, sabtu berlangsung pada jam 2 hingga jam 4. Penulis merasa seolah duduk di dalam majlis penglipur lara di zaman kesultanan Melaka. Banyak info berkaitan kerajaan Melaka yang boleh dikongsi bersama. Antaranya sikap kegilaan Sultan Mahmud, Sultan terakhir Melaka, terhada...

Jumaat Yang Terawal

Imej
Jumaat pertama untuk tahun ke tiga bagi hari ke empat berada di pulau tahanan. Pergh....baru empat hari rupenye...rasa macam dah lama bebeno berada di sini. Mungkin kerana keberkatan masa? Untuk makluman, dua jam berada di sini terasa seolah dah setengah hari berbanding sepanjang siang berada di rumah terasa seperti baru satu jam... Seawal jam 11.00 penulis telah bersiap untuk ke masjid. Ye lah, jarak masjid agak jauh dari Saujana Hiil Golf Resort ni...kalau nak kira menapak lah...tapi kalau menaiki tunggangan...kejap je...Lagipun mengambil iktibar pada Jumaat pertama tahun lepas. Turun pukul 12.30, tunggu punya tunggu bas tak muncul². Rupa² nya bas dah terlepas. Bas akhir jam 12.00 sebab pemandu nak solat Jumaat. Boleh terima ke alasan tu? Sebaik tiba di cafe, menikmati brunch yang berharga kurang dari RM5.00. Berlaukkan sayur, telur dadar dan juga hati pedal masak pedas... Seusai menikmati hidangan, bas kuning@bas geng bas sekolah sudah sedia menanti. Alhamdulillah. ...