Catatan

Ziarah SOGO

Imej
Sebagaimana tahun² sebelumnya, acara ziarah SOGO diteruskan lagi pada tahun ini. Cuma bezanya, ia dilaksanakan sebelum menjelang Ramadhan. Jumaat 15 Syaaban dipilih sebagai hari untuk safar ke sana. Perjalanan bermula sekitar jam 8.30 pagi. Singgah di warung kupi buat mengalas perut yang mula berbunyi. Lontong ayam goreng dan sate menjadi hidangan pagi. Sememangnya hidangan seumpama ini sukar untuk didapati di negeri² lain di Tanah Semenanjung Emas, melainkan di negeri yang tidak berkibar walau sedetik pun bendera Union Jack di tiang benderanya hingga kini. Sate yang biasanya dimakan di malam hari di warung² seantero semenanjung emas, dimakan sebagai sarapan pula di hujung selatan semenanjung emas. Sekitar jam 9.15 pagi kenderaan putih milik isteri penulis dipandu masuk ke lorong pengutip cukai lebuhraya. Untuk kepastian, penulis bertanya kepada sang petugas pengutip cukai lebuhraya akan pelaksanaan penggunaan pembayaran dengan menggunakan kad semata². Kununnya tidak lagi diterima...

Menjana kemenangan Islam atau menghancurkan Islam?

Imej
Bagaimana kita mampu menjana kemenangan Islam? Adakah kita yang bekerja di sektor awam, jauh dari medan politik, hanya menonton siaran tv arus perdana, membaca media berupa akhbar kertas semata², tidak ikut usrah, jarang mendengar ceramah, sekali sekala mendengar bacaan al quran, sekali sekala mendengar nasyid mampu menjana atau setidak-tidaknya membantu kemenangan Islam? Atau adakah kemenangan Islam itu hanya boleh didokong oleh kelompok elit tertentu bertitle ulama semata²? Jika perkara yang pertama itu jawapannya ya...bagaimana caranya? Cara paling mudah ialah... kita tidak menghalang orang yang mahu menegakkan agama kita untuk meneruskan aktiviti dan apa jua acara berkaitan. Kita dengan kuasa yang kita ada bahkan menggalakkan segala aktiviti Islami di mana-mana sahaja yang berada dalam ruang lingkup kekuasaan kita, seperti taman perumahan kita, atau masjid kita, ataupun di bangunan tempat kita bekerja.  Maka apakala kita diberi nikmat kuasa dengan jawatan tin...

Adakah kita bekerja untuk kemenangan Islam?

Imej
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Az Zariyat :56) Ayat ini begitu jelas dan terang menyentuh mengenai tujuan atau misi manusia dan jin diciptakan iaitu hanya untuk mematuhi perintah Allah. Maka apakah sepanjang kehidupan kita dalam 24 jam misalnya adakah kita berjaya mencapai KPi pematuhan dan pengabidian sebagaimana yang dituntut dalam ayat ini? Adakah ini membawa maksud manusia hanya diperintah untuk duduk di atas sejadah atau duduk di masjid semata² tanpa melakukan pekerjaan lain? Adakah kita keliru dengan keadaan ini? Adakah hanya dengan memenuhi tuntutan fadhu ain harian, seperti solat sudah mencukupi? Satu waktu solat lebih kurang 10 minit dihabiskan dengan iringan zikir. Ertinya lima waktu baru 50 minit daripada 24 jam...lantas dimana kita letakkan lagi 23 jam 10 minit itu? Adakah dengan bekerja kita mencari nafkah kita dianggap mematuhi ayat ...

Akhirnya kapal itu karam....

Imej
Kapal lama yang cuba dinakhodai oleh orang baru itu rupanya tidak mampu bertahan lama. Realitinya, ia semakin hampir menemui jalan tenggelam selepas dibadai tsunami yang lebih hebat dari Aceh 2014. Segala usaha berbentuk subversif akhirnya berjaya melobangi bahtera itu dan air laut membaham ganas masuk ke perut bahtera. Hanya tinggal dek yang separa patah sahaja kelihatan. Meski ingin ditutup mulut awak² agar jangan menceritakan perihal kapal kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang menanti dengan harapan di pelabuhan dan daratan, namun hembusan angin meski kelihatan selembut sutera cina, ianya tiba juga ke cuping para penanti di daratan. Dan akibat perbalahan politiking yang sebegitu hebat oleh segolongan proletariat yang suka untuk bersenggama dengan borjouis demi mengaut secebis nasi jelantah buat mengisi tembolok yang kian kelaparan dan dahagakan kuasa, maka diperturutkan jua. Akhirnya, semua proletariat yang mengharapkan kepada sebuah tesis sebenar dari sang pejuan...

Konsep Kepimpinan Ulama : Antara Realiti dan Fantasi

Imej
Konsep Kepimpinan Ulama yang diwar-warkan oleh kepimpinan sebuah badan siasah popular di negara semenanjung emas yang berkahwin dengan utara borneo pada 1963, dikatakan telah memulakan atau memperkenalkan konsep tersebut pada awal tahun 1980'an sejurus selepas kejayaan Al Marhum Khomeini menjatuhkan Takhta Merak yang telah berdiri lebih 2000 tahun. Semangat dan karisma kepimpinan beliau telah dengan cepat merasuk jiwa para pejuang Islam sedunia yang sememangya amat dahagakan kepada penubuhan sebuah daulah Islamiyyah sejak tahun 1924, selepas kejatuhan khilafah Ottoman Turki oleh sekularis pimpinan Kamal.  Khomeini, meskipun dikenali sebagai seorang syiah, telah berjaya berinovasi dengan konsep imamah dengan ijtihadnya dan menimbulkan idea Wilayatul Faqih, iaitu kepimpinan para pewaris atau pengganti imam ke 12 sepanjang ketiadaan atau keghaiban imam tersebut. Period masa kehilangan atau keghaiban imam yang panjang itu yang dikatakan akan muncul jua pada akhir zaman selaku Al M...

Landasan keretapi dan kita

Imej
Sejak penulis bermastautin semula di bandar gotham semenanjung emas pada tahun 1987, bandar tersebut sudah sedia terpisah kepada dua bahagian yang besar oleh sebuah landasan keretapi. Hal ini adalah disebabkan wujudnya sebuah stesen keretapi yang terletak di tengah² daerah hujung semenanjung emas.  Landasan tersebut terus mengekalkan status quonya di tengah² bandar tersebut tanpa menghiraukan siapapun yang menjadi wakil rakyat atau Yang Berhormat, tanpa mengira kedai² yang disusun di beberapa meter kiri dan kanan landasannya, juga tanpa mengira sebarang rungutan dari penduduk persekitarannya. Sekitar tahun 1990an, sebelum masuknya edisi 2yk yang hanya gimik para aristokrat dan juga proletariat, sebuah jalan dibina sebelum dari landasan melalui jalan yang agak jauh yang membolehkan para pengguna jalan raya menggunakannya untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan apabila tren menggunakan landasan tersebut dan pagar menutup jalan menghalang pertembungan kenderaa...

Kerana sebulat tayar

Imej
Pagi yang hening...seperti biasa...berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin slide bagi mengelakkan terlewat. Keadaan agak genting kerana pergerakan dari kota kediaman agak lewat disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah kesilapan memilih jalan utama di mana pada waktu tersebut, keretapi melintang memutuskan jalan antara bandar dan juga jalan menuju ke pejabat. Maka terpaksa berhempas pulas melalui jalan yang sesak dek kerana pasar orang cina di pinggir sungai utama. Selepas melepasi lampu isyarat di felda, dengan pecutan sekitar 100km, tiba-tiba kelihatan sesuatu terbang dari tayar sebelah kanan. Hati tiba² menjadi gusar...Alamak...taya aku meletup ke? Kenderaan segera di susur ke tepi jalan dan tatkala turun melihat, wah..tayar sudah bocor..Jam di tangan menunjukkan pukul 7.40 pagi... Maka bersegera dengan malas membuka bonet belakang yang sudah rosak pada pemegangnya yang menyebabkan bonet itu tidak mampu berdiri sendiri. Hendak ditukar, harganya RM195 sebatang...dah ...