Catatan

Kad Debit...Mesin Pemprosesan atau manusia yang bermasalah?

Imej
Penulis mungkin boleh dikategorikan sebagai pengguna kad debit yang agak tegar @ fanatik. Mana sahaja lokasi pembelian, ingin hanya guna kad debit. Tapi sangat membenci penggunaan kad kredit atau bayaran tertangguh kerana mempunyai pengalaman hitam menanggung hutang tanpa kesudahan dan berpanjangan. Maka setiap kali membeli, meski hanya dengan serendah RM10 pun, penulis suka dan gemar untuk membayar mengguna debit, asal tiada sebarang caj tambahan. Maka pernah lah berlaku beberapa insiden, dimana bila ditanya pada sang pemungut wang,  "di sini boleh guna debit?" "Boleh..." Tetapi bila jumlah amaun bayaran kurang dari RM50, "Encik, lebih RM50 sahaja yang boleh guna debit.." Mujurlah dalam dompet ada juga wang tunai. Cumanya, ianya akan menyebabkan bajet yang telah ditetapkan untuk pembelian di kedai² yang memang kita tahu tiada kemudahan debit, seperti kedai makan dan kedai runcit di taman atau kampung, akan lari daripada yang...

Bayar tol...tapi sesak?

Imej
Keluar daripada lebuhraya di sebuah pekan kecil yang terkenal dalam negeri gapura selatan, kesesakan mula menonjolkan dirinya. Al maklumlah, petang sabtu, esok pejabat dan sekolah bermula manakala bagi yang bermazhab cuti sabtu ahad, petang sabtu adalah masa terbaik untuk berjalan dan berziarah keluarga, lebih² lagi eid masih terasa kemeriahannya dengan disemarakkan lagi oleh kelakuan artis dan pemimpin yang terus-terusan menyambutnya selagi ada syawal. Lorong untuk ke sebelah kanan hanya untuk satu lorong, tetapi dek kerana pecahan pintu keluar lebuhraya mempunyai empat lorong, kebanyakan kenderaan berpusu untuk masuk ke dalam lorong sempit yang satu. Adalah sesuatu yang amat pelik apabila pengurusan lebuhraya yang saban waktu tahu dan nampak keadaan sesak tersebut, pada waktu² puncak hanya membatukan diri di balik cermin gelap pejabat berhawa dingin tanpa memikirkan satu bentuk alternatif penyelesaian, walhal ianya perkara yang acapkali berlaku pada waktu cuti hujung minggu....

Hari² Hari Raya?

Imej
17 Syawal 1438, ertinya telah berlalu 16 hari sejak khatib turun dari mimbar pada pagi 1 syawal, Ahad di merata masjid dan surau di bumi semenanjung emas yang begitu kokoh dan tegas mempertahankan kefahaman ASWAJA versi nusantara. Namun, disesetengah lokasi, khususnya di tanah selatan, suasana sambutan masih lagi membahang, seolah tarikh 1 syawal itu tidak berganjak langsung. Saban hari, ada sahaja sambutan yang diadakan, sama ada acara ziarah, acara sambutan peringkat pejabat, acara sambutan peringkat jabatan, acara sambutan peringkat sekolah, acara sambutan peringkat zon, peringkat negeri, bahkan peringkat kawasan serta rumah² terbuka yang senantiasa kunjung tiba tanpa henti, khususnya di hujung minggu, jumaat sabtu bagi warga selatan semenanjung emas.  Acara yang khusus yang dikatakan membezakan mazhab sambutan edi fitri di antara penduduk selatan dan utara semenanjung emas ialah acara marhaban atau baraan. Ianya berterusan saban malam seusai solat Isya tanpa mengira ha...

Catatan Eid 1438

Imej
Syawal 1438 muncul bertepatan pada Ahad 25 Jun 2017 selepas mengharungi Ramadhan selama 29 hari. Seperti tahun sebelunya, eid disambut tepat sebagaimana yang telah tercatat dalam kalendar di persekutuan. Berbeza dengan perayaan eid di sekitar tahun 80an dan 90an di mana pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja² melayu mempunyai erti yang cukup besar dalam kehidupan muslim-melayu yang menghuni tanah besar persekutuan semenanjung emas. Kami tertunggu² akan masa siaran tersebut, yang lazim agak lewat berbanding pengumuman hari pertama Ramadhan. Biasanya, para keluarga melayu-muslim akan bermain teka teki mengenai tarikh hari raya. Khabar² angin, meskipun tidak serancak wassup dan dan juga FB apalagi IG, tetap bertebaran mengenai tarikh sambutan 1 syawal. Acapkali berlaku kesalah ramalan yang menyebabkan malam hari raya menjadi bertambah meriah atau sebaliknya. Jika ramalan tepat bahawa hari raya adalah keesokan harinya, maka beruntung keluarga yang telah memasak lebih awal. Mereka ...

Saya imam : rasis atau ekstremis?

Imej
Kejadian 11 Jun lalu di tapak pasar Ramadhan Gotham City adalah sesuatu lakonan memualkan. Ianya seolah lakonan kitar semula dengan beberapa watak tambahan, tanpa mengenepikan hero utama. Kali ini, hero utama telah berani memperkenalkan diri dengan memakai gelaran agama demi mempertahankan status quo sampah yang kelihatan jelik. Lebih malang lagi, apabila para pemegang tampuk kerusi empuk, seolah 'menghalalkan' tindakan yang dilakukan oleh pemuda yang berselimut agama di tengah² kesempurnaan Ramadhan. Dengan alasan lapuk, kunun hendak membalas perbuatan pembangkang, yang menang di parlimen dan DUN, pemimpin DUN kedua yang kununnya mewakili suara bumiputera hanya memberikan komen seperti biasa sahaja. Apakah tindakan sang imam itu diredhai oleh pimpinan tempatan? Jika dilihat kepada komen yang diberikan, ianya seolah merestui perkara tersebut. Namun alasan dangkal pimpinan tempatan mengenai isu pemindahan kawasan tapak bazaar adalah jauh dari kebenaran kerana mengikut ...

Tarawih Dahulu Tarawih Sekarang : Terkenang Semasa Dulu

Imej
Mungkin antara waktu awal-awal penulis menemui kalimah tarawih dan solat tarawih juga tatkala berada di Kem Lok Kawi Sabah. Kami pergi ke masjid secara beramai-ramai sambil menyanyi-nyayi kecil bermacam lagu (orang berselawat ke berzikir, dia pi nyanyi). Tapi lagu yang dibawa hanya lagu² P Ramlee sahaja. Tak pernah pule kedengaran adanya lagu² rock kapak apalagi cinta cintun disiulkan di kalangan kami. Mungkin boleh dinobatkan, ketua kumpulan kami itu ialah jimmy, tapi bukan jimmy pelikat tu..badannnya yang agak gempal dan nampak bersemangat menyebabkannya seolah memimpin kami untuk bergerak ke masjid. Di masjid, seperti biasa, ada juga yang datang hanya untuk bermain, ada yang datang untuk menyertai solat sunat taraweh, ada yg datang hanya untuk makan moreh. Dan trend sebegitu rasanya berterusan hingga ke hari ini. Cumanya, kanak-kanak sekarang seolah ada agenda lain apabila hadir solat taraweh. Bayangkan, imam dah memulakan bacaan al fatihah, masih ada lagi yang ...

Puasa dahulu puasa sekarang : Terkenang semasa dulu

Imej
Hari ke 21 ramadhan Semasa berusia sekitar 8 tahun, penulis memulakan puasa di kuarters lok kawi kem, kota kinabalu Sabah. Semasa itu, pertandingan musabaqah al quran (kini tilawah al quran) diadakan pada Ramadhan dan boleh diikuti secara live di kaca-kaca televisyen. Siaran TV pun hanya ada dua sahaja, TV1 dan TV2 dan dua² memaparkan siaran langsung yang sama pada waktu malam. Antara nasyid yang kerap dikumandangkan pada setiap kali majlis musabaqah ini ialah  Ya Ilahi Ya Rabbi Ampunilah dosa-dosa kami Untuk kejayaan sejati demi menguatkan iman di hati sepanjang zaman Engkau berkati sepanjang zaman Engkau berkati Quran menjadi panduan Ajarannya sangat berkesan Untuk hidup bahgia Insan seluruh alam sepanjang zaman Nasyid dikepalai oleh seorang pemuda bersuara lantang. Sepanjang siang ramadhan, biasa akan disajikan dengan kisah-kisah nabi, seperti nabi musa dan sebagainya. Berbanding ramadhan sekarang dimana TV lebih menyiarkan rancangan kh...