Catatan

Kisah Aku & PPT : Part 2 Hanya enam bulan?

Imej
Bermula pertengahan Ogos 2006, selepas empat tahun, penulis telah di arahkan bertukar ke sub pejabat lain. Pejabat kali ini juga tanpa mempunyai pegawai gred N41 untuk unit pentadbiran, yang membawa maksud tugas mengetuai pentadbiran adalah berada di bawah batu jemala patik jua. Maka di sini, bidang tugas adalah lebih jelas. Untuk tugas kawalan kewangan, ada ruang untuk sang PPT menurunkan tanda tangan sebagai bukti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memeriksa dan menyelia perjalanan urus tadbir  kewangan sebuah pejabat. Pejabat ini menguasai perkara berkaitan hal ehwal luar bersangkutan dengan pelajar. Maka di sini, penulis dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia perkara-perkara berkaitan perolehan yang mengaitkan sukan, padang, selenggara padang misalnya, dan sebagainya. Sebenarnya atau hakikatnya, hanya menguruskan pembayaran sahaja. PTPO akan membuat kerja-kerja perolehan, kemudian hasil kerja beserta inbois dicetak dan perlu diperakukan oleh sang PPT, dan akhirnya pemb...

Kisah aku dan PPT : part 1

Imej
Penulis mula menjawat jawatan selaku PPT secara rasminya pada tanggal 15 Februari tahun 2002 masihi bersamaan 3 zulhijjah tahun ke 1422 dari hijrah ar Rasul. Organisasi yang sudi menganugerahkan jawatan tersebut ialah sebuah organisasi berorientasikan pendidikan dalam negeri gapura selatan. Sebenarnya penulis telah dua kali menghadiri temuduga di organisasi ini dan hanya kali kedua sahaja berjaya, itupun tatkala penulis menjawat jawatan selaku penghulu salah sebuah mukim dalam daerah naungan gapura selatan. Sebelum daripada itu, tatkala penulis masih berjawatan gred W6 di salah sebuah pejabat pentadbir agama, rakan penulis yang telah agak lama berada di organisasi tersohor tersebut telah berulang kali memberikan iklan tawaran jawatan untuk dipohon. Namun dek kerana pada waktu itu taraf jawatan adalah sementara, manakala jawatan W6 yang disandang pada ketika itu bertaraf kontrak, pentadbir agama yang merupakan bos penulis, menasihati penulis, bahawa kedua²nya lebih kurang sama....

Bila geraham dicabut dua : dunia seakan terbalik

Imej
Hari keempat bulan hijrah Ar Rasul ke 1439, menjelang waktu Dhuha yang agak terik, penulis terkocoh² menuju ke klinik pergigian dalam organisasi yang terletak beberapa langkah daripada pintu pejabat penulis. Nawaitu penulis telah nekad untuk menamatkan gangguan pada geraham kanan yang semakin menyesakkan. Sebaik masuk ke dalam pintu kaca, penyambut di kaunter memaklumkan bahawa doktor tiada di pejabat pada hari ini. Maka bersegera penulis membelek laman sesawang organisasi untuk mencari klinik gigi yang menjadi sidang panel. Maka terpapar satu nama baru yang agak berhampiran. Selepas cuba menghubungi rakan² untuk bertanyakan klinik yanglebih selesa tetapi gagal mendapat jawapan sama ada secara lisan maupun tulisan, penulis terus sahaja meredah pergi ke klinik tersebut. Sebaik tiba di lokasi, nama klinik ada tapi klinik biasa. Bukan klinik pergigian. Cuba menghubungi no yang tertera pada laman sesawang...ada dua nombor tapi tiada sebarang jawapan.  Maka, tanpa berfikir panj...

Khutbah eid: masih di takuk lama

Imej
10 Zulhijjah kembali bertandang untuk tahun 1438, bertepatan pada hari Jumaat penghulu segala hari. Solat Eid dihadiri penulis berlokasi di jame daerah tengah Gapura Selatan yang telah berusia beberapa abad. Penulis bersama keluarga agak tergesa² menuju ke masjid tersebut kerana takut terlewat. Kebiasaan masjid akan mengadakan solat eid adha agak awal berbanding solat eid fitri kerana hendak mengejar waktu menyembelih korban. Lagipun masa untuk menyembelih untuk hari ini agak ketat kerana mengejar kehadiran solat Jumaat. Sebaik tiba di perkarangan masjid, kedengaran suara pegawai masjid sedang memberi keterangan berkaitan fadhilat mengerjakan solat sunat eid adha. Beberapa minit selepas melabuhkan kenderaan di lokasi yang difikirkan sesuai, maka seruan solat kedengaran. Kami bergerak masuk ke dalam ruang masjid yang sudah dipenuhi jamaah. Berbeza dengan keadaan waktu Subuh pagi tadi yang hanya tidak sampai satu saf dipenuhi manusia. Seusai solat eid, terdapat beberapa wajah ya...

Ganjil sang muazzin jumaat

Imej
Jumaat 10 zulkaeadah 1438, Jumaat di jame daerah tengah gapura selatan. Sudah agak lama tidak berada d masjid milik penuh pemerintah ini untuk menghadiri jamaah Jumaat disebabkan kesibukan urusan duniawi. Penulis sering bertukar masjid untuk menghadiri jamaah Jumaat. Seusai tahiyyatul masjid, duduk merenung diri. Dari balik pembesar suara yang terpasang di menara, kedengaran sayup bacaan ayat al quran. Kemudian bacaan itu terhenti dan digantikan dengan bacaan berbahasa ibunda. Boleh jadi pembacaan tafsir ayat yang dibacakan tadi tetapi tidak jelas kerana pembesar suara dalam ruang solat tidak dipasang. Mungkin kerana rosak atau tidak perasan. Namun keadaan ini sudah saban minggu berulangan yang membuktikan ianya bukan atas faktor lupa atau ketidak senghajaan. Ianya boleh dianggap sebagai dirancang. Timbul lagi persoalan, untuk siapa bacaan tafsir itu? Untuk orang di luar masjid mungkin. Ini kerana di masjid lain dalam daerah tersebut, seperti masjid raya dalam kampung tersohor ya...

Sesak di Kluang Mall

Imej
Kluang Mall sekitar jam 10 malam, malam ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 60. Bangunan plaza perniagaan yang tergah di bandar Bat Town yang mengenakan bayaran RM1 kepada setiap kenderaan yang masuk menumpang parkir dibawah lembayung lindungan bangunan tersebut pada hari-hari biasa, dan bertambah kepada RM2 pada hujung minggu, berbanding BP Mall yang tersohor dan meniti di bibir penduduk Penggaram, yang turut menawarkan pelbagai dagangan dan kedai namun tidak mengutip sebarang bayaran untuk kenderaan pelanggan menikmati faedah yang sama dengan apa yang diterima di Kluang Mall, tanpa ada sebarang kekurangan atau kelebihan yang wujud. Berbalik kepada kisah 10 malam. Penulis dan isteri baharu sahaja selesai menikmati makan malam di salah sebuah restoran yang menawarkan makanan ala western, namun perisa sudah agak jauh daripada zaman awal penawarannya. Sebaik masuk ke perut kenderaan, selepas berjaya membayar RM1 wang meletak parkir, dashboard menunjukkan ke angka 10 malam. Kendera...

Menggapai Kaison Di JJ Tebrau

Sekitar jam 3 petang, penulis bergerak dari Bat Town menuju ke lokasi biasa atas tujuan menyiapkan visi. Singgah di sebuah kedai makan asam pedas ikan air tawar di tepi jalan utama. Dengan harga yang amat berpatutan, seketul kepala ikan terhidang dalam rendaman asam pedas kemerahan. Seusai makan, kami terus bergerak menuju ke destinasi. Perjalanan lancar hinggalah tiba di hujung tol, dimana penulis telah menyelesaikan qasar asar dan meneruskan perjalanan berpandukan GPS. Sebaik menghampiri pintu tol kedua untuk bayaran RM2.10, kelihatan deretan panjang kenderaan. Pada mulanya disangkakan akibat kesesakan kenderaan yang bertambah dek kerana musim cuti sekolah. Tetapi setelah keadaan agak lama, dan setelah dipertanyakan kepada jurutol yang bertafakur di dalam kotak tol, maka ketahuilah adanya lori yang terbalik... Maka dari jam 4.55 pm hingga membawa ke jam 6.30 p...barulah selesai melintasi lori yang celaka, maka roda kenderaan baru deras akan pusingannya. Kami tiba di lokasi b...