Catatan

Agama itu Hanya Soal Keluarga?

Imej
Negara Wasatiyyah Semenanjung emas sememangnya amat dikenali dengan barisan penceramah serta para ulama yang ikhlas menebarkan keilmuan mereka. Hampir setiap malam, ada sahaja acara keilmuan yang dijalankan di serata ceruk masjid dan surau juga lokasi padang dan sebagainya. Jika ada program yang ditaja oleh badan² tertentu atau agensi kerajaan, maka ulama yang dijemput juga merupakan mereka yang tersohor dan dikenali. Biasanya topik yang akan diulas dan diperbahaskan ialah berkaitan dengan kekeluargaan. Amat jarang sekali topik² selain kekeluargaan menjadi agenda yang akan diangkat dalam ceramah mahupun forum umum. Apalagi jika program tersebut disiarkan di kaca televisyen ataupun di corong² radio. Pernahkah topik negaraku : Madinah Ke Dua, diperbahaskan di dalam Forum Ehwal Islam yang dikeudarakan pada malam Jumaat setiap minggu? Apakah pernah kita mendengar dalam majlis sambutan maulid, penceramah jemputan berani bercerita berkaitan aqidah dan tauhid, selain kisah untuk meng...

Mengisi Sebuah Kemenangan

Imej
Awal bulan Disember tahun 2017, sejarah akhirnya terakam kemas dalam diari organisasi serta kesatuan berkaitan kemenangan dalam pemilihan JK oleh pihak yang menamakan diri mereka sebagai pasukan transformasi.  Pasukan transformasi adalah merupakan pembentukan satu kumpulan yang lahir daripada idea untuk membela pasukan yang telah 'dikuburkan' tanpa nisan selepas berjaya mengaut kemenangan tipis dalam pemilihan Okt 2016. Selepas mengalami krisis pengiktirafan dengan pihak jabatan dan berlarutan sehingga hampir setahun, akhirnya dikuburkan begitu sahaja tanpa nisan dan tanpa sebarang tanda. Terdapat beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pasukan JK di luar skop untuk membela keberadaan mereka di persada kepimpinan kesatuan, namun semuanya menemui jalan buntu. Jabatan masih mengiktiraf JK yang dibentuk sebelum Okt 2016 sebagai JK yang sah. Tindakan terakhir yang cuba dilakukan oleh pasukan tersebut ialah untuk menubuhkan kesatuan kedua, namun ianya tertahan di pering...

Pos Laju Yang Tak Berapa Laju

22 Disember 2017, meniti hari² terakhir 2017, seperti yang tercatat dalam resit yang dikeluarkan oleh pencetak POS yang dikatakan laju di dalam negara semenanjung emas. Penulis agak tergesa² mengejar date line pada 29 Disember untuk tugasan subjek jarak jauh. Selepas beberapa tahun menggunakan perkhidmatan ini, kali ini nampaknya ia telah berjaya mempamerkan wajah sebenar. Selepas membuat tracking pada 26 Dis, tugasan yang dihantar masih belum menemui destinasinya. Penulis masih boleh bertenang. 27 Dis, penulis mula resah. Apa tidaknya, data di tracking on line menunjukkan tiada sebarang perubahan pergerakan lokasi. Meski telah sampai ke negeri yang dituju, tapi masih lagi belum tiba ke destinasi sebenar. Penulis cuba menghubungi talian bebas tol kununnya yang terpampang di resit, namun tidak berjawab. Cubaan menggugle untuk mencari no alternatif, khususnya di kawasan atau negeri yang menempatkan destinasi yang dituju. Terdapat tiga nombor yang diberikan. Tapi sayang sekali, ketig...

Menjejak KAISON di Paradigm Mall

Imej
Sudah hampir dua bulan tidak sempat mencatat sebarang coretan di muka blog ini. Seharusnya papan muka blog ini ditutup sahaja jika sekiranya penulis bekerja dengan pihak yang menugaskan penulis untuk membuat coretan. Namun, dek kerana penulis bebas daripada sebarang anasir paksaan mana² pihak, maka tidak menjadi masalah bagi penulis jika hanya untuk berkarya seqadar setahun sekali sahaja pun... Penulis berada di Paradigm Mall, antara shopping kompleks yang terkini di buka di kawasan selatan semenanjung emas. Sebelum itu, kompleks ini pernah terbengkalai dan terbiar usang untuk hampir puluhan tahun (secara tepatnya terlupa) sebab sejak penulis berkhidmat di Johor Bahru pada 1997 hinggalah ke tahun 2017, baru dalam tahun ini kompleks yang terbiar itu diberi sentuhan semula. Berkebetulan penulis dan isteri berhajat untuk mencari KAISON - nama yang biasa penulis coretkan dalam blog picisan ini. Jika sebelum ini, terpaksa berkunjung ke Tebrau, yang memang telah terpahat akan ...

Kisah Aku & PPT : Part 2 Hanya enam bulan?

Imej
Bermula pertengahan Ogos 2006, selepas empat tahun, penulis telah di arahkan bertukar ke sub pejabat lain. Pejabat kali ini juga tanpa mempunyai pegawai gred N41 untuk unit pentadbiran, yang membawa maksud tugas mengetuai pentadbiran adalah berada di bawah batu jemala patik jua. Maka di sini, bidang tugas adalah lebih jelas. Untuk tugas kawalan kewangan, ada ruang untuk sang PPT menurunkan tanda tangan sebagai bukti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memeriksa dan menyelia perjalanan urus tadbir  kewangan sebuah pejabat. Pejabat ini menguasai perkara berkaitan hal ehwal luar bersangkutan dengan pelajar. Maka di sini, penulis dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia perkara-perkara berkaitan perolehan yang mengaitkan sukan, padang, selenggara padang misalnya, dan sebagainya. Sebenarnya atau hakikatnya, hanya menguruskan pembayaran sahaja. PTPO akan membuat kerja-kerja perolehan, kemudian hasil kerja beserta inbois dicetak dan perlu diperakukan oleh sang PPT, dan akhirnya pemb...

Kisah aku dan PPT : part 1

Imej
Penulis mula menjawat jawatan selaku PPT secara rasminya pada tanggal 15 Februari tahun 2002 masihi bersamaan 3 zulhijjah tahun ke 1422 dari hijrah ar Rasul. Organisasi yang sudi menganugerahkan jawatan tersebut ialah sebuah organisasi berorientasikan pendidikan dalam negeri gapura selatan. Sebenarnya penulis telah dua kali menghadiri temuduga di organisasi ini dan hanya kali kedua sahaja berjaya, itupun tatkala penulis menjawat jawatan selaku penghulu salah sebuah mukim dalam daerah naungan gapura selatan. Sebelum daripada itu, tatkala penulis masih berjawatan gred W6 di salah sebuah pejabat pentadbir agama, rakan penulis yang telah agak lama berada di organisasi tersohor tersebut telah berulang kali memberikan iklan tawaran jawatan untuk dipohon. Namun dek kerana pada waktu itu taraf jawatan adalah sementara, manakala jawatan W6 yang disandang pada ketika itu bertaraf kontrak, pentadbir agama yang merupakan bos penulis, menasihati penulis, bahawa kedua²nya lebih kurang sama....

Bila geraham dicabut dua : dunia seakan terbalik

Imej
Hari keempat bulan hijrah Ar Rasul ke 1439, menjelang waktu Dhuha yang agak terik, penulis terkocoh² menuju ke klinik pergigian dalam organisasi yang terletak beberapa langkah daripada pintu pejabat penulis. Nawaitu penulis telah nekad untuk menamatkan gangguan pada geraham kanan yang semakin menyesakkan. Sebaik masuk ke dalam pintu kaca, penyambut di kaunter memaklumkan bahawa doktor tiada di pejabat pada hari ini. Maka bersegera penulis membelek laman sesawang organisasi untuk mencari klinik gigi yang menjadi sidang panel. Maka terpapar satu nama baru yang agak berhampiran. Selepas cuba menghubungi rakan² untuk bertanyakan klinik yanglebih selesa tetapi gagal mendapat jawapan sama ada secara lisan maupun tulisan, penulis terus sahaja meredah pergi ke klinik tersebut. Sebaik tiba di lokasi, nama klinik ada tapi klinik biasa. Bukan klinik pergigian. Cuba menghubungi no yang tertera pada laman sesawang...ada dua nombor tapi tiada sebarang jawapan.  Maka, tanpa berfikir panj...