Catatan

Menghias kubur menjelang syawal

Imej
28 Ramadhan tahun ke 1439 daripada hijrah Ar Rasul Mempamerkan hari yang cerah dan indah. Dalam perjalanan menuju ke pasar untuk membeli sedikit keperluan, perjalanan kami melalui kawasan pusara yang menempatkan mereka yang telah pergi. Kelihatan beberapa kenderaan dan manusia yang wujud di kawasan pusara tersebut. Oh ya....sudah hampir menjelang syawal. Sudah menjadi kebiasaan umat melayu untuk menziarahi pusara orang tersayang sebagai lambang dan tanda kasih sayang yang masih menghijau, mungkin sehijau pohon yang ditanam di bahagian kepala pusara sejak tarikh dikebumikan. Ziarah tersebut selalunya berbeza daripada ziarah biasa. Ada sesuatu yang diperbuat di kawasan pusara tersebut seperti aktiviti pembersihan dan pengindahan kawasan pusara. Terdapat waris yang mengecat batu nesan dan 'kepuk' yang membatasi ruang pusara. Maka akan jadi pelbagai warna di taman pusara tersebut. Tiada sebarang halangan atau kekangan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama mengenai perkara ...

semangat badar dan syahidnya sang imam

Imej
17 Ramadhan mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam diari umat Islam. Yang paling penting ialah peristiwa turunnya Al Quran sebagai kitab panduan dan mukjizat terbesar Junjungan Muhammad ﷺ dan pusaka agung tinggalan baginda untuk umat. Ulama mempunyai pandangan berbeza berkaitan peristiwa ini dimana sebahagian menyatakan ianya adalah masa al quran diturunkan sekaligus daripada luh mahfuz ke langit dunia. Sebahagian menyatakan, tarikh tersebut sebagai tarikh dimana Junjungan ﷺ menerima wahyu pertama di gua hira... Setiap tahun umat menyambut peristiwa nuzul al quran. Disesetengah negara cuti umum berlaku sebagai menghormati tarikh keramat tersebut. Tapi sayang sekali, meskipun saban tahun diraikan, masyarakat kelihatan masih jauh daripada pengamalan al quran dalam kehidupan. Walhal, al quran itu adalah seumpama manual kehidupan manusia yang wajib dirujuk untuk menjamin kesejahteraan... Peristiwa kedua yang penting pada tarikh tersebut ialah peperangan bada...

Ribut Pagi : RM400 - Gred 41 - Tabung Harapan - Piala Dunia

Imej
Ramadhan ke 15 tahun 1439 dari hijrah Ar Rasul - hujan mencurah turun menjelang Dhuha di bumi yang dimenangi pembangkang pada PRU14  (DUN). Penulis kelam kabut mengejar program yang diadakan di puncak desir angin. Bertemu pula dengan para pegawai tinggi organisasi yang bergelar gred 44 ke atas... Isu pemberian RM400 kepada kakitangan awam gred 41 kebawah bergema di bilik perbincangan. Ada suara nakal mengatakan, jumlah RM500 yang dijanjikan oleh pemerintah sebelum itu telah disalurkan untuk tabung harapan yang berkebetulan turut dilancarkan oleh PM semasa sidang akhbar semalam. Bagi gred 41 ke bawah pula, RM100 dipotong untuk disalurkan ke  dalam tabung tersebut. Isu RM40juta untuk penyiaran world cup jjuga dipanaskan.  "Mana mungkin dalam keadaan negara yang menanggung hutang 1 Trilion boleh menggunakan dana RM40juta untuk bola. Ironinya, dilancarkan pula tabung harapan..." Wassup nakal juga bertebaran di dalam saluran grup memaparkan slip bank kemasukan dui...

Rindu Taraweeh Zaman BN

Imej
Ramadhan 1411 adalah mencatat sebuah sejarah dalam kehidupan penulis di mana buat pertama kalinya penulis menjalani Ramadhan di perantauan, jauh daripada dakapan hangat keluarga. Pada waktu tersebut, penulis berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang agak berprestij pada waktu dan ketika itu. Sekolah tersebut baharu sahaja di buka dan batch penulis merupakan batch yang ketiga masuk dari tingkatan empat selepas berjaya mendapat keputusan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) yang agak baik pada waktu dan ketika itu. Ramadhan di SBP boleh dikatakan satu pengalaman yang menakjubkan. Kami akan berkumpul lebih awal di dewan makan untuk mengambil makanan, dan kemudian tray yang dipenuhi makanan itu akan disusun di atas meja. Ertinya, sepanjang Ramadhan kami akan makan malam bersama untuk kesemua warga sekolah tersebut. Sekitar jam tujuh, kami akan mula mendekati meja makan yang telah terhidang dengan tray berisi makanan tersebut. Duduk menunggu sambil berbual kosong. Sepatut...

Mazhab Baru Muncul Bersama Kerajaan Baru?

Imej
Malam ke 16 Ramadhan, ditandai dengan mudah bagi pengikut ajaran mazhab Syafie dengan bacaan qunut pada rakaat ketiga solat witir. Sebuah majlis iftaar yang dihadiri penulis di salah sebuah sekolah agak menarik untuk dipotretkan di sini. Sebelum masuk waktu maghrib, tatkala menunggu azan, petugas mengumadangkan bacaan surah yaasin secara beramai² sebagaimana amalan penduduk tanah semenanjung sejak yang diwarisi sejak zaman berzaman lagi. Berkebetulan malam ini merupakan malam Jumaat. Sebaik azan berkumandang, kami pun iftaar dengan kuih dua jenis dan sebotol kecil air mineral. Kemudian, iqamah dilaung dan kami solat berjamaah. Seusai solat, kami ke dewan makan untuk menikmati jamuan berat. Nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah dan sedikit kuah dal. Air sarsi tanpa gas dan air tauhu berwarna putih pekat menjadi hidangan penyejuk tekak yang gersang.  Seusai makan malam, kami duduk menanti program seterusnya. Peserta program galak sekali mengalunkan bacaan ta...

Kemenangan di awal pagi

23 Syaaban 1439 adalah merupakan hari membuang undi untuk seluruh persekutuan Tanah Melayu termasuk utara borneo dan juga S'wak. Hari ini juga turut dikenali sebagai Pilihanraya UMUM yang ke 14... Hari ini adalah hari Rabu. Namun pihak pemerintah mengisytiharkan hari ini sebagai hari cuti  untuk membolehkan rakyat yang bekerja untuk keluar mengundi... Penulis keluar mengundi sekitar jam 9 pagi bersama isteri. Penulis mengundi di SK Kg Melayu ... Tatkala tiba, orang ramai sudah berpusu² di pusat pembuangan undi. Penulis tatkala masuk di pintu pagar sekolah disapa oleh seorang petugas SPR bertanyakan no saluran... "Erkk...kalau tak tahu macammana?" "Boleh check di kaunter,,," Penulis sebenarnya telah melihat maklumat tersebut dalam laman sesawang namun tidak pula menyangka ianya berguna semasa hari mengundi. al maklumlah, 5 tahun sekali!! Pusat pembuangan undi kali ini kelihatan begitu sesak meskipun baru jam 9 pagi. Suasana ini amat berbe...

Al Kisah PH di Tengah Gapura Selatan

12 Syaaban 1439 tatkala memandu melalui bulatan pertama yang boleh membawa kenderaan ke bandar tengah daerah gapura selatan, ianya kelihatan lebih sesak daripada biasa. Kenderaan yang terempang akibat lampu isyarat juga mengalir agak perlahan daripada biasa. Dari jauh kelihatan gemerlapan lampu menyinari kawasan lapang berhampiran taman tasik yang menjadi tumpuan warga kota ini menikmati waktu petang dengan aktiviti sihat seperti berjoging. Setelah dekat, kelihatan pentas raksaksa dengan banner besar bersama gambar tiga individu yang bakal mewarnai bandar tersebut tersergam indah. Tatkala membuat laluan pertama dengan sedikit sesak, kedengaran hanya suara menggunakan bahasa Cina. Selepas membuat pusingan di bulatan, laluan kedua memperdengarkan suara juga dalam bahasa yang sama. Akhirnya, setelah di amat-amati ada juga suara bahasa melayu daripada calun DUN yang bersempadan. Cumanya, cerita yang dibawa adalah ulangan sahaja. Menceritakan kebobrokan pemerintah secara umum.  D...