Catatan

Kerana sekeping kertas ...

Imej
17 Safar 1438 daripada hijrah Ar Rasul, penulis memulakan safar ke pulau impian seawal waktu dhuha mula menerikkan kehangatan mentarinya. Safar ini agak penting kerana ianya adalah safar untuk membuktikan sebuah kemenangan. Ianya juga MUNGKIN safar penutup untuk beberapa episod pertapaan ke pulau tersebut sejak Ogos 2014.  Sekitar jam 10 am, selepas menikmati sarapan lontong sate di pekan satelit, penulis meneruskan pemaduan almera putih berusia 59 bulan meluncur menuju destinasi paling jauh yang akan diterokai oleh kenderaan itu sejak dimiliki oleh isteri!! Sebelum itu, petang Khamis, penulis ke kedai  tayar untuk menggantikan tayar hadapan kiri yang mengalami keretakan kecil. Berbimbang² sekiranya tidak ditukar ganti mampu mencetuskan letupan. Mujurlah dapat diganti dengan tayar terpakai berharga RM50 sebuah. Cukuplah kiranya untuk menyelesaikan sebuah safar panjang, Insya Allah. Nak digantu dengan yang baharu, tiada kecukupan pula untuk dimodalkan. Almera...

Akhirnya tamat jua pelajar tua itu

Keputusan peperiksaan akhir yang dikeluarkan oleh pihak Universiti beberapa hari dalam bukan syawal menandakan tamatnya perjuangan pelajar tua ini mengharungi ranjau perjalanan seorang mahasiswa jarak jauh peringkat ijazah sarjana muda. Selepas melepasi angka 40, baharulah berjaya dengan izin Allah menyelesaikan sebuah epik novel kehidupan pelajar sarjana pertama. Sememangnya perjalanan yang dimulakan pada Ogos 2014, beberapa bulan selepas perginya bonda menghadap Ilahi adalah satu langkah yang agak drastik untuk mencabar diri bagi meningkatkan martabat ilmu keduniaan yang fana ini. PJJ di Universiti yang  terletak kira² 630 km daripada kediaman, dengan keadaan anak² yang sedang membesar dan bersekolah rendah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.... Terinspirasi selepas menghadiri istiadat konvokesyen UA tersebut oleh adik ipar, penulis tanpa menoleh kebelakang membuat keputusan untuk menyambung pengajian yang telah terlalu lama ditundakan sejak kali akhir mendakap s...

azan sebelum mara ke medan UPSR

14 Muharram tahun ke 1440 dari hijrah Ar Rasul merupakan hari pertama kebanyakan calon UPSR menghadapi kertas peperiksaan yang pertama. Penulis antara puluhan ribu bapa yang terlibat menghantar anak sulung hingga ke pintu dewan peperiksaan bagi memberikan suntikan semangat kepada anak. Berbeza dengan zaman semasa penulis mengambil peperiksan penilaian darjah lima sekitar tahun 1986 dahulu, kami pergi sendiri dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan. Tiada sebarang program motivasi yang dibuat di peringkat sekolah, apalagi program solat hajat. Tiusyen pun terpaksa mencari sendiri manakala pihak sekolah tidak langsung menyentuh persoalan tersebut. Sangat berbeza berbanding calon UPSR kini dimana program solat hajat sahaja diadakan sebanyak 3 kali. Itu tidak termasuk program motivasi, program selepas sekolah dengan tiusyen di bawah bimbingan guru ² dan banyak lagi. Acara pagi itu dimulakan dengan bacaan surah yassin yang sangat sinonim dengan perdaban Islam wangsa Melayu. K...

Parti Agama dan Parti Nasionalis

Imej
Sempena dengan 'kemenangan' parti agama sejak malam 27 zulhijjah selepas pengisytiharan rasmi keputusan PRK Seri Setia, beberapa pernyataan manis pimpinan mereka menunjukkan betapa mereka mempunyai pandangan optimis terhadap masa depan parti mereka.  Tatkala parti agama kelihatan begitu berahi untuk bersatu menundukkan PH bersama UMNO, kenyataan pimpinan UMNO pula kelihatan agak berbeza² Namun, kenyataan yang dikeluarkan untuk isu anwar kembali ke parlimen hampir sama dengan sahabat yang baru sahaja disucikan oleh mereka.  Kemanakah arah parti agama selepas ini?  Mampukah gabungan keduanya dengan kerjasama komponen BN, MIC mencetuskan fenomena baru yang bakal menggoncang PH? Adakah tugas pembangkang hanya berilusi dan senantiasa membuat keputusan yang tidak tepat? Secara awal, kita melihat wujud dua kelompok di dalam UMNO yang mana satu masih kental untuk mempertahankan idealisme nasionalisme pekat dan mereka dikaw...

Sayang Sarawak Sungainya Sempit

Imej
6 Zulhijjah 1439 daripada tahun hijrah Ar Rasul Telah datang  dan sempurna perintah daripada sang penguasa organisasi bahawa penulis dan tujuh orang lagi ahlinya diminta terbang ke bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Kami memulakan perjalanan darat beberapa minit sebelum azan zuhur berkumandang. Perjalanan daripada pintu masuk tol ke lapangan terbang memakan masa tidak sampai satu jam perjalanan. Tatkala melewati bulatan, kami terpesona dengan rekabentuk masjid yang tersergam indah dengan gabungan senibina nusantara dan arab.  Selepas menyelesaikan urusan check in bagasi secara sendiri di hadapan mesin yang dikepalai oleh dua orang yang biasa melakukan penerbangan, kami bergerak menghantar bagasi, membuat pemeriksaan masuk dengan meletakkan segala beg di atas bakul biru untuk masuk ke mesin pengimbas, diperiksa sebahagian tubuh dan kemudiannya masuk ke bilik menunggu. Seusai solat jama taqdim, kami bergerak untuk menikmati makanan tengahari. Burger King menja...

Kedai Makan Orang Kita Dan Kelemahannya

Imej
Wangsa Melayu bukanlah wangsa yang lemah ekonomi. Cumanya kebanyakan mereka gagal untuk mendapatkan kaedah atau modal bagi memulakan perniagaan. Perniagaan menjual makanan atau warung adalah sangat sinonim dengan wangsa ini. Kita biasa melihat golongan ini berniaga secara turun temurun daripada ibu, kepada anak dan kepada cucu. Namun, lokasi dan bangunan warung tidak berubah untuk tiga generasi. Beberapa malam lepas, isteri mengajak untuk menikmati mee rebus udang galah yang dikatakan sedang hangat tular di media sosial. Meski harga agak garang, namun ada keinginan juga untuk menikmatinya. Perusahaan makanan melayu yang terletak di hadapan deretan rumah taman. Agak sesak juga untuk mendapatkan parkir kerana terdapat satu lagi kedai makan yang agak tersohor di kalangan warga tengah hujung semenanjung emas yang turut menjadi tumpuan. Selepas pusingan kedua, baharulah mendapat lokasi parkir yang agak strategik. Itupun mungkin kerana restoran cina yang terletak di deretan paling huj...

Audit Kerajaan Baru

Imej
23 Zulkaedah tahun ke 1439 hijrah Ar Rasul penulis diamanahkan sebagai juruaudit untuk membuat pemeriksaan audit susulan bagi sub organisasi. Penulis hanya membantu ketua juruaudit untuk membuat pemeriksaan. Pengauditan adalah berkisar mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penulis tiba di lokasi beberapa minit sebelum kemunculan ketua juruaudit. Kehadiran kami disambut oleh lima orang auditee yang terlibat secara langsung dengan proses pengauditan di lokasi. Kami disuguhkan dengan air mineral secawan plastik jernih.  Selepas membuat pemeriksaan dokumen untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan tindakan yang dilakukan untuk membuat penambahbaikan terhadap komen audit sebelum ini, kami kemudian berarak menuju ke beberapa lokasi untuk melihat keadaan sebenar beserta bukti² penambahbaikan. Audit berakhir sekitar jam 10. 30 pagi. Mentari agak garang pada waktu dhuha itu. Audit susulan dibuat untuk melihat perkembangan terhadap teguran auditor yang dibuat beberapa ...